Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Wednesday, May 23, 2012

Amoi kedai nset yang melampau!

Okay. Begini ceritanya. 3 hari yang lepas telefon aku takboleh keluar dari recovery mode. Maksudnya bila kita cuba untuk on telefon tu dia akan tunjuk gambar usb dan suruh connect kat iTunes. Aku search punya search punya search di internet cara untuk restore balik telefon aku tapi aku kurang berjaya jugak. Macam-macam cara aku jumpa tapi satu pun tak berhasil. Samaada aku yang salah step atau memang takpandai. So aku buat kesimpulan bahawasanya telefon aku takboleh guna cara yang orang lain guna sebab aku punya model dari luar negara. Bukan beli di luar negara tapi datang dari luar negara. 
 *Aku saja buat conclusion macam tu untuk sedapkan hati walaupun aku tau telefon datang dari manapun setting & cara baiki dia tetap sama . T.T

Then, aku pun putus asa la. Aku pun bawak telefon aku pegi kedai nset kat UO Ipoh nu. Check,check,check, lepas tu amoi tu kata kalau dia boleh buat aku kena bayar RM70. Aku takpikir panjang terus cakap ya. Sebab dah stress sangat buat benda tu sendiri. 
Lepas sejam telefon aku boleh bernyawa kembali macam normal tapi data-data + gambar semua hilang hangus terbakar. Tapi nasib baik Jailbreaker aku masih ada lagi.
Dan yang paling taik sekali aku rasa, bila amoi tu kata simkad takboleh pakai sebab telefon aku tak unlock lagi. Dia boleh unlock kan tapi aku kena tambah pitih lagi la. Kira punya kira, dia cakap paling kurang Rm50.
Shit!
Aku seriuslyyy menyumpah-nyumpah amoi tu dengan bos dia sekali, dengan bos kepada bos dia sekali! Aku pun tanya la kenapa mahal sangat. Dia pun cakap la sebab lu punya nset dari luar negara maa. Nak eksess intelnet kuar negara kena bayar mahal wo. Kata amoi tu dengan nada serius dan konfiden aku taktau apaapa. Aku pun terus cakap takpa sebab aku try buat sendiri dan blah. 

Kat sini aku nak bagitau, pada iPhone user,jangan la percaya benda karutmarut yang amoi tu cakap tadi sebabnya benda unlockunlock ni la benda paling simple sekali. Duduk kedai mamak ada Wi-fi pun boleh buat. Free lagi. Cuma guna jari. Serius!



Sunday, May 13, 2012

ENTRY UNTUK GADIS SAHAJA : Gadis dan pantiliner :)

Kurang ajar tak title ni? Tak kan~ Hoho. Aku sekadar nak kongsi pandangan.

Okay!
Sejak dua menjak jadi gadis 20-an ni aku makin hari makin ada daya keinginan dan kerajinan untuk tumpukan perhatian dan manjakan diri aku. Wah..panjang lebar. 

Contohnya macam pengunaan pantiliner. (Betul ke aku eja?). Bagi adik-adik yang baru nak belajar apa itu pad, apa itu pantiliner, meh akak nak cerita. Pad ni yang orang perempuan selalu guna masa datang bulan. Dia diciptakan dengan kapas yang tebal sebab nak fill in darah kotor. Pantiliner pula yang nipis. Ini untuk kegunaan harian je. Maximum boleh pakai 4jam. Tapi pad boleh pakai lama-lama. Bila agak-agak dah penuh then tukar la. Hukum fizik dia sama macam pakai pampers. Betul tidak gadis-gadis sekalian? :3. Takdak orang jawab. *uhuk *uhuk

Pantiliner yang aku cakap kat sini ni pantiliner yang biasa-biasa aja. Bukan yang jenis herba bagai. Yang tu banyakkk kegunaannya yang lain daripada pantiliner biasa yang aku maksudkan ni. :)

3 bulan yang lepas aku ada jumpa dengan doktor pasal masalah perempuan. Benda ni memang agak memudaratkan aku sebab "ianya" akan jadi banyak bila aku aktif. Aku pun taksuka la. Kadang-kadang gatal pulak tu. Mana selesa beb. LAgipun aku rasa "benda" ni satu penyakit. Dan boleh membahayakan pasangan hidup aku nanti. Bertambah-tambah pula bila aku banyak baca dalam buku Anatomy & Physiology (berguna juga buku tu setelah berhabuk 3 tahun), makin la aku fikir macam-macam pasal benda ni. Aku mula fikir yang aku berbeza dari gadis-gadis lain. Mungkin jugak aku takboleh mengandung. Atau mungkin jangka hayat aku singkat sesingkatnya kain Fasha Sendat~ Huhu. gadis-gadis faham tak aku tengah cakap pasal apa ni? o.O. Takdak jawapan jugak. *uhuk *uhuk. Okay sambung3. So aku ambil inesitif untuk pakai pantiliner. Tepat 4 jam aku mesti masuk tandas tukar, tunggu 4 jam lagi lepastu masuk tandas tukar. Tetapi, malangnya bila kawan-kawan aku dapat tahu yang aku jumpa doktor hanya disebabkan masalah ni dan diaorang gelakkan aku sepuas-puasnya. 

Apa sebab diaorang gelak?

Sebab..apa yang jadi kat aku ni benda NORMAL. Hampir semua perempuan alami masalah yang sama macam aku. Benda ni mungkin disebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan ataupun persekitaran dan cara hidup kita. Mungkin sebab kurang bersenam. Ya, aku memang malas bersenam!. Mungkin juga disebabkan kurang minum air suling. Ya, tepat memang tepat, aku lagi suka minum air manismanis!. Dan mungkin juga dari segi pemakaian seluar dalam. Hey, aku basuh dengan Dettolll & Downy okay! 

Anda bagaimana gadis?

Pernah juga aku terdengar ura-ura makcik-makcik sembang-sembang pasal pantiliner ni. Kelas betul makcik-makcik zaman sekarang! Dorang kata tak elok pakai pantiliner selalu. Sebabnya? Sebabnya aku kurang jelas. Tapi aku totally bantah fakta ni! Sebabnya? Sebab iyelah, lagi bersih apa pakai pantiliner selalu. Bagi mereka-mereka yang bekerja 10-12 jam sehari agak-agak ada masa ke nak balik rumah tukar spender tiap kali kau rasa tak selesa sebab "benda" tu?. Kalau pakai pantiliner kan senang. Boleh use and throw away~ Ke kau nak bawak spender banyak-banyak pegi kerja? :3

Apa-apapun GO KOTEX! Muahahahahaha!
(Rasa macam buat entry untuk GA pulak. Boleh menang ni! :D )

*Komen & pandangan anda amat dinanti :(

Woit mana aci pantiliner ni takjual kt Malaysia!

Saturday, May 12, 2012

Aksi hangat 2009 'oo'

Masa selongkar-selongkar gambar dalam laptop tadi terjumpa la pula gambar lama. Semua gambar sepanjang tahun 2009. Masa tu semua pakai handset cikai-cikai. Kamera pun tarak. Sadis-sadis~



18 Julai 2009
Sehari selepas bergelar sebagai student UNIKL. Bangga sial! Haha

17 September 2009
Ni masa kat Tesco kot. Dengan kak Dira. Dialah taiko kami sebab dia paling senior antara senior masa tu . Hoho. Miss her much!
17 Oktober 2009
Dengan Kak Aini, Jojo, Tehah, Mimi. Ramai lagi rasanya masani. Kan?
Kak Aini muka inesseeen. ~.~"
7 November 2009
Muka Tehahahahahahahahahahahahahahahaha!
9 November 2009
Kejadahnya aku ambik gambar macamni dengan kak Aini. Memalukan company. Lesbian betol!!
9 November 2009
McD Jusco lepas kelas!
Disember? Cuti laa~


*Taksuka dengan rambut anda? Meh sini aku bagi penyelesaian!

Friday, May 11, 2012

Housemate Duakosongsatudua

Buat masa setahun ni aku kena praktikal di Hospital Pulau Pinang. Masa study dulu duduk di Ipoh. Dengan orang lain. Sekarang ni duduk penang dengan housemate lain. Disebabkan sekarang ni duduk di apartment, so bilik pun sebelah-sebelah jak, jalan sikit ruang tamu, jalan sikit lagi jumpa dapur. Tiap pagi aku tengok muka kau, kau tengok muka aku. Lain la masa di Ipoh dulu, rumah teres dua tingkat. Bilik pun jauh-jauh asing-asing. Masing-masing buat hal sendiri. Dan sekarang ni pula, housemate baru - DIAORANG MEMANG SUPERGILA! 

Dia Sabahan macam aku. Tapi dia Sumandak, aku Bujang. :D . She loves blue.  Nama dia? Gloriaaaa~  Memang nampak pendiam sangat-sangat-sangat bila kau first time kenal dia. Tapi sebenarnya dia pelawak. Apapun yang dia cakap mesti buat aku ketawa. I dunno why. But she got the sense of humors yang otak aku boleh terima pakai berbanding dengan orang lain punya lawak bodoh yang bagi aku memang betul-betul bodoh. Emm~. Ha! Dia ada adik lelaki macam aku. Adik yang paling bongsu & she love him very much.. awwwww <3.  
Ini Mumu Alyani. Ataupun aku panggil dia warna warni. Walaupun dia cuma suka kaler purple sahaja. First time aku baik dengan dia aku cakap aku mau kakak macam dia. Sebab dia protect aku masa jalan-jalan, tak tinggal aku di belakang sebab takut aku hilang & tarik tangan aku masa lintas jalan. Mungkinkah dia berdarah Superman? Yang dalam gambar ni kedai handbag bapa dia, Mr. Park. :3. BTW, dia paling pantang sekali kalau pasal pintu kunci dari dalam. Orang dalam rumah takpikir pasal orang yang baru balik kerja tengah-tengah malam nak masuk rumah. Nampak ayu tapi auuummm. 

Ini roommate aku. Fatihah Zaini. Atau nama glamer dia SAMMY.  Orang kata dia suka makan. Tapi sebenarnya aku yang suka makan. Dia jadi tukang masak aku. Tapi bila aku makan tak habis, so dia la yang kena habiskan. :D. Dia selalu jadi orang yang paling last keluar dari rumah. Orang lain dah sampai hospital tapi dia masih rilek-rilek bersiap di rumah. Apa boleh buat, dia kan Sammy. Kalau tak rilek-rilek bukan Sammy namanya. Ye dok? Salah satu benda yang dia paling pantang sekali bila orang keluar rumah tak tutup pintu, tak tutup suis, tak tutup ni, tak tutup tu. Sebab dia akan dipertanggungjawabkan untuk tutup semua-semua tu. Nasib baik Sammy kita ni berhati besar. :3

Ada lagi housemate aku sebenarnya, tapi I didn't save their pic so susah la macamana mau perkenalkan diaorang. BTW, yang kat atas ni semua single, available, educated, bermoney, takkuat merajuk, yang paling penting taat dengan agama ;) . Berkenan? Text me ASAP. Kidding. 


#Kawan yang baik adalah kawan yang gelakkan bila kita jatuh. :D

Thursday, May 10, 2012

Cara buat puding buah yang sedap & simple


Resepi ini untuk lebih kurang 20+ cawan puding. Cawan yang medium tau. Bukan yang paling kecik. Terpulang pada anda banyak mana kuantiti yang anda tuang dalam bekas tu. :)


Bahan-bahan yang korang wajib perlukan ialah:
  • Serbuk puding - Aku syorkan supaya korang cari satu serbuk puding yang ada lukis rama-rama kecik-kecik comel-comel. Kurang pasti apa jenama tapi sebuk ni aku dah guna sejak 4 tahun lepas & memang sedap berbanding serbuk-serbuk lain. Sebabnya dia bagi perasa yang betul. Kalau rasa coklat, memang akan jadi rasa coklat, kalau rasa strawberry hasilnya nanti memang rasa strawberry. Jenama lain selalu tipu. Try cari okay!
  • Air suling - Err. Air putih la. Takkisah la kalau sudah masak ka belum. Yang penting boleh minum
  • Gula - Gula kasar. Takpayah kisar-kisar. Nanti hancur jugak tu.
  • Susu cair - 1 bungkus serbuk puding bersamaan dengan 1 tin susu cair. Jangan lebih jangan kurang.
  • Pastikan dalam pek serbuk tu ada disertakan (wuish, disertakan gitewww) 1 pek kecil serbuk buah-buahan.
Langkah-langkah:
  • Tuangkan 3liter air ke dalam periuk besar. Janganla besar sangat. Yang sedang-sedang saja. 
  • Panaskan air tu atas dapur gas (Takkan la dalam oven pula)
  • Buka susu cair tadi, tuang sampai habis dalam periuk tu.
  • Masukkan satu senduk gula. Tapi kalau agak-agak banyak sangat, kurangkan la :)
  • Biarkan bahan-bahan tu mendidih.
  • AMARAN : Gula kasar & gula buah-buahan tak sama tau. Jangan cuba-cuba masukkan gula buah-buahan buat masa sekarang ni. Tapi kalau mau try juga try la. Jangan tanya aku pula kalau puding korang tiba-tiba jadi awan nano. Dapat bayangkan? Hoho
  • Sambil-sambil tunggu bahan-bahan mendidih, susun la cawan-cawan atau bekas-bekas yang korang nak guna tu. Susun kemas-kemas sikit. Lap-lap sikit. Kalau orang nampak pun takla dorang geli sangat nak makan air tangan korang. Hihi
  • Bahan-bahan tadi dah siap belum?
  • Kalau dah, matikan api gas. Lepastu masukkan serbuk puding. Kacau sampai serbuk tu dissolve. Masa tu mesti dah ada haruman-haruman sedap dari masakan korang tu.
  • Then baru masukkan serbuk gula buah-buahan. Kacau lagi.
  • Bila dah rasa okay, tuang la dalam bekas. Yang ni kena cepat sikittt okay.
  • Better biarkan puding tu sejuk dulu kat luar sebelum masuk dalam peti sejuk. Sebab bila terus masukkan nanti puding tu akan berpeluh-peluh. Tak sedap dah la~
Bagi yang berminat nak buat puding 3 4 5 layer pula, step dia sama ja macam di atas. Cuma caranya kena betul-betul pastikan layer yang dibawah betul-betul keras sebelum buat layer yang baru. Aku pernah try buat layer dengan tambah pewarna dalam puding tu. tapi hasilnya mengecewakan sebab pewarna tu ubah rasa puding. :(
So, aku cadangkan buat perisa yang berbeza dalam 2 3 layer. Contohnya layer 1: Jagung, layer 2 : tembikai susu, layer 3: jagung. Warna dia hampir sama. So jadi kurang menarik sikit. Boleh tukar dengan perisa lain pula. :)

Oh ya! oh ya! oh ya! Kalau macam nak buat puding jagung, korang boleh masukkan sekali sweet corn yang dalam tin tu untuk buat lagi sedap & lemak. Bagi perisa buah-buahan lain pula boleh guna Nata De' Coco.  

*Sekarang ni ramai orang jual satu bekas cawan kecik tu dengan harga RM1.20++. Agak takberpatutan la. sebab benda ni simple ja nak buat. Bahan-bahan pun murah. Kalau jual RM1.00/cawan pun boleh untung dalam RM9 untuk sebungkus serbuk. Kan?

Apaapapun, selamat mencuba!

My puding team. Bakal mewarisi bakat membuat puding kakak dorang yang takseberapa ni.  Haha


Tuesday, May 8, 2012

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab.

~ SEBAR2 KANLAH UNTUK MANFAAT SEMUA ~ —



#copypaste

Monday, May 7, 2012

7 SIKAP WANITA MELALUI CARA BERJALAN



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Friday, May 4, 2012

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan



Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber : Pengalaman Seorang Blogger

P/s: Namun begitu fakta ini mendapat respon yang berbeza daripada pelbagai ahli dalam bidang perubatan. Ini kerana hal ini tidak mempunyai bukti yang kukuh lagi untuk menyokong fakta ini. Percaya atau tidak terpulang pada anda. :)

Segmen : Ungkapan Kelahiran NAL

Err..assalamualaikum untuk readers aku & tuan empunya belog


Ini second time kot aku join acara sukanneka belog ni. Jadi kalau ayat terkaku sikit sorry la. Hihi (Gelak gedik). Dan juga memandangkan aku peserta pertama (pertama ek?) yang join, so aku just mau cakap sikit-sikit supaya peserta lain boleh cakap banyak-banyak lagi. Hihi. (Gelak gedik lagi)




Okayla..
Aku ni first time jumpa blog Nal ni. So ni first time jugak la aku ronda-ronda around belog dia. Kira tekan kanan (ayat lain bagi langkah kanan) jugaklah sebab bukak-bukak je belog ni terus jumpa contest. (Nampak aku macam sangap nak menang motor). It's quite interesting sebab ada music yang mendayu-dayu ibaratnya ia mengiringi jari-jemari aku masa taip entry ni. Wahh~ Ok! ok! Ok! Back to the future! 
Tujuan pertama aku buat entry tadi adalah untuk wish Happy Birthday Untuk Nal. Sorry bro, aku takkenal sangat lagi. Entry pun aku baru ronda 2 3 kerat tadi. Huhu (Gelak segan). Apapapun terimalah pantun karat & video ciplak yang aku ambik dari utube ni. Okay?


Ah Chong berkawan dengan Ali,
Ali pulak kawan Muniandy,
Datang kejap kat belog Nal tadi,
Saja nak wish HAPPY BIRTHDAY.

Muniandy berkawan dengan Ah Bah,
Ah Bah kaya sebab jual sikat,
Umur meningkat amalan ditambah,
Moga berkat hingga akhirat.

(Takda idea nak buat bunga pantun >.<)


Slogan : Saya Suzieanna Chan inginkan header tajaan Nal kerana saya takdak header. Sob~ Sob~ Sob~ T.T

*Selamat berjuang untuk hidup!, Insyaallah. :)

Thursday, May 3, 2012

10 Perkara yang yahudi taknak kita tahu!

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom terjah 10 daripadanya!


Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan memanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
 Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi.
Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.
 Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

 Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.










 

Wednesday, May 2, 2012

Tuesday, May 1, 2012

Belajar Bahasa Sabah :3



Penggunaan "BAH" yang betul :

"bah" merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat Sabahan. Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah "-bah" yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah "-bah" mempunyai fungsi seperti berikut :

1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. 
- Iyalah.

2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.

Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya menjawab -Kamu pergilah dulu).

3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata.
Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".

Contoh ayat :
BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kdai
sana."
Boy menjawab, "Bah."

BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai.
"Boy menjawab, "Baiklah"

4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat :

1. "ko orang KL bah kan?"
2. "sejuk bah ni air"
3. "awal lagi bah ni"


PENGGUNAAN PERKATAAN "BAH" YANG SALAH

Masyarakat Sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain dari Sabah.

Mari kita menghayati dan cuba kesan penggunaan perkataan "BAH" yang salah dalam ayat² ini :

1. "apa kabar bah?" -kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul Gak)


Oleh Itu Marilah Bersama² Menggunakan Bahasa Sabah Dengan Betul, Tapi tak salah kalau salah cakap sebagai langkah mula untuk belajar :) #copypaste

Tips rompakan di mesin atm





Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...