Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Tuesday, September 25, 2012

Pramugari indah rupa dari bahasa

Begini ceritanya..
Tadi aku ambil flight dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang. Tapi tak manis la kalau aku sebut flight dari syarikat mana yang aku naik. Nanti tak pasal-pasal hasil karya blog aku ni jadi isu pulak kan. Eh, karya la SANGAT!

Masa kapal terbang dah depart dari airport kan pramugari-pramugari kena buat demonstrasi keselamatan. Tunjuk cara pakai ni tunjuk cara pakai tu dan siap. Semua penumpang pun konfiden selamat walaupun sebenarnya ramai yang tengok depan bukan untuk tengok demo tapi tengok pramugari yang cantik-cantik. Dah nak buat macamana kan. Diorang memang cantik pun walau GEMOK BUNCIT sekalipun!

Lepas siap aksi penayangan tu. Eh, penayangan alat bantu kecemasan la. 2 orang pramugari pun tekedek-kedek pegi belakang kapal. Aku duduk strategik gila dekat dengan tandas. Memang strategik la! Lepas tu aku dengar sorang pramugari tu. Ish, panjang sangat eh pramugari bagai. Aku dengar sorang FA tu cakap macamni.
"Fuck la! Bla bla bla bla...(pendengaran tak clear sebab kapal dah nak terbang)..yang sorang tu terkedek-kedek. Yang sorang tu pula buat show jalan ke hulu hilir. Nak bagi tunjuk yang tetek dia dah besar la tu!"

Aku diam. Memang la aku diam, takkan la tiba-tiba aku nak menyampuk. Muka tukang tarik tangga kapal macam aku ni mana lah boleh ngam dengan diorang. Iye dok?!

Apa-apapun..selama ni aku ingatkan FA semua yang cantik-cantik tu semua baik-baik. Sebab kecantikan yang ada kat diorang tu dianugerahkan dengan kurang cacat cela. Wah, pandai betul aku bersastera! Tapi anggapan aku salah, PRAMUGARI JUGA INSAN BIASa. Macam aku juga. Suka mencarut.

Wassalam. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...