Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Wednesday, January 30, 2013

Sahabatku menjadi tunang orang :)

Ahad yang lepas bersamaan dengan 27 Januari 2013, kawan sebaya aku selamat melansungkan majlis pertunangan beliau dengan kekanda pilihan. Cececeh..

Apa-apapun aku hanya mampu ucap tahniah jak la. Semoga hubungan mereka direstui dan berkekalan ke jinjang pelamin hendaknya. Inilah yang terbaik untuk mereka.

Aku juga la yang masih terkial-kial menunggu parking tulang rusuk aku sendiri. Perjalanan masih jauh bah kan. Pendek kata yang aku boleh cakap, masing-masing ada priority sendiri yang memanipulasikan komitmen dalam hubungan. Alhamdulillah, Dia sudah kabulkan doa aku selama ni. Seandainya dia bukan jodoh aku, jauhkanlah dia daripada aku tanpa sebarang rasa benci di antara kami. Sekarang biar masa yang tentukan segalanya. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan ketenangan.

Em, sekarang ni aku rasa serabut juga, tipu kalau aku cakap aku betul-betul gembira dengan semua keputusan. Tapi tiada benda yang mampu tolak qada dan qadar selain daripada doa. Semua yang jadi ada hikmah. Lagipun Allah SWT tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya kan? Dan sekarang aku kuat sebab aku tahu inilah yang terbaik, bukan terbalik. ♥

Opss..terjiwang pula kejap. Hoho
P/s: aku cuba banyak kali buat solat istikharah, aku tenang. Cuma hati aku mesti cakap, aku kena sabar, lepaskan dia sekarang dengan redha sebab satu hari nanti akan ada harapan untuk aku juga. Perasaan tu buat aku rasa macam ternanti-nanti, tersimpan harapan yang banyak tapi aku takut kecewa lagi. Bantulah hamba-Mu yang lemah ini ya Allah. Berikan aku petunjuk, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat atas muka bumi ini T.T


Tuesday, January 15, 2013

Ku Akui - Hafiz

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui
Aku leka dengan kerjaya ku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya mu laluinya
Ku akui
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

Jangan, jangan,Jangan ku ulangi lagi...
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

Monday, January 14, 2013

Aku sespek mata yang cool

Terus terang aku cakap dulu-dulu aku rasa pakai spek mata ni sangat cool. Sebabnya dia boleh tutup eyebag aku. Yes aku ada eyebag yang teruk. Yang buat mata aku jadi macam mata goldfish. O.O

Aku start pakai spek mata masa form 4. Masa tu aku pindah sesi pagi sekolah. Almaklum lah, duduk rumah macam-macam dugaan yang aku perlu lalui untuk tidur awal sebab besok mau sekolah. Hakikatnya iman aku lemah. Aku tertewas dengan godaan tengok Tv dan main mesej-mesej sampai lewat malam. Dulu-dulu mana ada pesbuk
lagi. Di hostel semua benda ni nda ada okayy. Then tidur pukul 2 3 pagi bangun sebelum pukul 6. Itu belum termasuk lagi side effect kepada mata bila tidur dalam kelas sebab cikgu malas mau mengajar. Manalah mata nda jadi macam panda?

Bila pegi check mata aku disyaki menghidapi rabun jauh dan silau kiri kanan mata. Aku bahagia. Pakai spek kan cool. Hoho.

6 bulan lepas duduk universiti aku mula tinggalkan spek aku. Sebab masa tu aku rasa pakai spek sangat childish. Hewhewhew. Aku buta dalam menilai kebendaan. Aku konfiden mata aku terang sebab aku minum Innershine tiap-tiap hari sepanjang 2 minggu.
Aku pakai spek pun bila duduk dalam hostel atau pegi makan. Tapi dalam masa yang sama aku tentang habis-habisan budaya pemakaian contact lens ni. (Sampai sekarang aku nda pernah sentuh benda tu. Huhu). Sebabnya aku rasa dari segi kebersihan dan cara pakai benda tu. Complicated. Lagi-lagi kalau aku nampak yang pakai konteklens kaler-kaler. Rasa macam Anaconda tengah tengok dan sedia mau makan aku. Sorry kawan-kawan. -.-"

Dan sekarang mata aku bergantung sepenuhnya pada spek bila aku mau study, mau drive, mau online waktu malam. Menyesal pula tinggalkan spek selama 2 tahun ni. Pengajaran ni pengajaran.
Aku sayang kau spek. Kau nda buruk, nda merajuk pun walau aku tinggal kau lama-lama dalam bekas biru tu.

I lebiu spek. Sebab lelaki impian cakap dia kenal dan bekenan dengan aku masa aku pakai spek. Mungkinkah Zizan Razak akan fikir benda yang sama juga?

Belajar Bahasa Bajau Part 3 (Anggota Badan)

♥aku anak Bajau. Dan aku sangat obses dengan bahasa ibunda♥

Blog aku ni sudah macam Kamus Bajau Bergambar KBSR. Huhu

Hari ni Cikgu Suzie mau ajar anggota badan. Ada reader yang tidak cukup anggota? Syukurlah sebab anda istimewa. Kurang di badan, di hati jangan :)

Okay.
Aku cuma akan senaraikan bahagian-bahagian badan yang biasa kita sebut. Yang biasa kita pakai selalu sebab anda dan badan memang tidak boleh dipisahkan sekiranya mau pegi kerja ka, sekolah ka, memancing ka. Okay aku mengarut. Abaikan.

Oh ya. Aku ada baca dalam blog ni. Komen tuan pembaca kepada tuan penulis yakni memberi cadangan kepada tuan blog supaya lebih spesifikkan lagi title Belajar Bahasa Bajau yang digunakan. Ini kerana bahasa Bajau dalam Sabah ni memang pelbagai. Dan salah satunya adalah Bahasa Bajau Kota Belud yang aku ajar ni. ♡♡♡

Okay okay okay!
Teruskan membaca dan aku teruskan cerita kepada tajuk asal post.

♥ Kepala : Tikook
♥ Leher : Kelong
♥ Pergelangan tangan : Perepatan
♥ Siku : Supu-supu siku
♥ Ketiak : Kekapae
♥ Dada : Derakan
♥ Bahu : Bo
♥ Tapak tangan : Paat tangan
♥ Tangan : Lengon
♥ Jari Telunjuk: Temboro
♥ Jari : Jari
♥ Kuku : Keku
♥ Badan : Badan
♥ Pinggang : Pangkat
♥ Pusat : Ponsot
♥ Punggung : Buli
♥ Perut : Betong
♥ Kaki : Bangkur
♥ Paha : Pooh
♥ Lutut : Tuut
♥ Tumit : Tumit
♥ Tapak Kaki : Paat betis

Ada apa-apa yang kurang? Leave me your comment.

Cawan plastik cawan kaca,
Terima kasih sudi baca!
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

BBB Part 1
BBB Part 2

Mana lelaki impian?

Gambar lelaki impian terpaksa diremove. Sebab aku berubah hati ke Zizan Razak. Hujung minggu ni bakal support dia habis-habisan melalui sumbangan hamburan dan sorakan air liur depan tv di rumah. Walaupun aku kecewa dia suka orang lain tapi tu belum cukup menyakitkan hati aku sesakitnya aku melihat persandingan Farid Kamil. Semoga aku dikurniakan lelaki impian yang baik.

Sekian.

Sunday, January 13, 2013

Belajar bahasa Bajau part 2 (Nombor & penjodoh bilangan)

♥aku anak Bajau. Dan aku sangat obses dengan bahasa ibunda♥
Assalammualaikum wbt dinakan.
(Dinakan maksudnya saudara/saudari)
Okay, bersambung lagi kelas bahasa Bajau kita hari ini bersama dengan Cikgu Suzie iaitu saya sendiri. Cececeh.
Harini aku mau ajar pasal nombor. Standad la tu kau masuk Pra-Sekolah pun ajar pasal nombor mula-mula. Takkan la aku mau ajar sebut huruf dalam bahasa Bajau pula. Iye dok?
Sebutan nombor Bajau dengan Kadazandusun sebenarnya lebih kurang sama ja. Mungkin sebab kami tinggal dekat-dekat? Kehkehkeh. Aku buat fakta yang nda ikut logik akal.
Berikut adalah translet nombor dalam bahasa Bajau. Cekedaut.
1 : Isa
2 : Duo
3 : Telu
4 : Empat
5 : Limo
6 : Enam
7 : Pitu
8 : Wa'u
9 : Siam
10 : Sepu
11 : Sepu dikau
12 : Sepu duo
20 : Duompu'
30 : Telumpu'
100 : Datus
200 : Duo atus
1000 : Deribu
2000 : Duoribu
1000000 : Dejuta
2000000 : Duo juta
*Aku pula yang penat kira -.-"*
Contoh ayat : Rego ding tu sepu duo dekilo.
Maksudnya : Harga ikan ni sepuluh ringgit sekilo.
Yang tu nombor asas. Yang cikgu tiada ajar di sekolah.
Beralih pula kita ke penjodoh bilangan. Eh, penjodoh bilangan ka yang kita panggil se- se- se- tu? Anda faham maksud saya? Nda paham, abaikan.
♥ Sebuah : Dembua'
Contohnya sebuah rumah -> dembua' ruma
Kalau 2 buah rumah -> duombua ruma
3 buah rumah -> telumbua ruma
Dan seterusnya..
♥Sebiji : Dembigi'
Contohnya sebiji bola -> dembigi' bul
Kalau 2 biji bola -> duo kaou bul
3 biji bola -> telu kaou bul
Dan seterusnya..
Maknanya di sini pengunaan perkataan tu banyak berubah ikut situasi. Okay?
♥Seorang : Dendangan
Contohnya seorang budak lelaki -> dangan kekanak dela
Kalau 2 orang budak lelaki -> duangan kekanak dela
3 orang budak lelaki -> telungan kekanak dela
4 orang budak lelaki -> empat urang kekanak dela
Dan seterusnya..
♥Sehelai : Delamba
Contohnya sehelai kertas -> Delamba keratas
Kalau 2 helai kertas -> duo lamba keratas
3 helai kertas -> telu lamba keratas
Dan seterusnya..
♥Sepasang : Depasang
Contohnya sepasang baju kurung -> depasang badu kurung
Kalau 2 pasang baju kurung -> duopasang badu kurung
3 pasang baju kurung -> telu pasang badu kurung
Dan seterusnya..
♥Sebatang : Debatang
Contohnya sebatang pensil -> debatang pinsil
Kalau 2 batang pensil -> duo batang pinsil
3 batang pensil -> telu batang pinsil
Dan seterusnya..
♥Seekor : Dikau'
Contohnya seekor kucing -> dikau' using
Kalau 2 ekor kucing -> duokau' using
3 ekor kucing -> telukau using
Dan seterusnya..
♥Segulung : Degulung
Contohnya segulung benang -> degulung benang
Kalau 2 gulung benang -> duo gulung benang
3 gulung benang -> telu gulung benang
Dan seterusnya..
Last but not least..(cecece)
♥Sekeping : Dekaping
Contohnya sekeping papan -> Dekaping papan
Kalau 2 keping papan -> duo kaping papan
3 keping papan -> telu kaping papan
Dan seterusnya..
Banyak lagi penjodoh bilangan sebenarnya. Tapi setakat ni ja yang aku dapat kumpulkan. Ni semua dengan jasa baik kaum keluarga aku #mum #mamaci #yumu #sulsinahyangdatangrumah & #momoy sebab sudi ajar aku.
Apa-apapun aku mengharapkan feedback dari reader aku untuk sebarang soalan dan cadangan supaya aku dapat upgradekan lagi kualiti penulisan dan perbetulkan kesalahan aku.
Bubur jagung, bubur cha-cha,
Terima kasih sudi baca!
Belajar bahasa Bajau Part I

Saturday, January 12, 2013

Bapaku dan Ustaz tutt

Alkisahnya bermula apabila aku ditugaskan untuk mencari biodata dan sumbangan 2 orang tokoh Malaysia. Ini atas arahan adik aku okay. Cikgu ni pun satu, cuba minta biodata artis boleh? Mintalah biodata dan sumbangan artis Idola Kecil. Superstar mungkin?

Maka dengan itu aku pun duduk la depan komputer bersoal jawab dengan Encik Google. Bila taip tokoh-tokoh Malaysia, keluar segala ntah apa apa ntah. Sejak bila #AnuarHadi jadi tokoh ni?! Dan aku tertanya. Lalu menskipkan link itu begitu sahaja. Abaikan. Aku mengarut.

Dalam 30 minit jugaklah perah otak. Yang hanya dalam fikiran aku cuma Doktor SMS. Biodata berjela-jela. Sumbangan? Takkan mau tulis pasal anak dia yang comel dan diajar berenang seawal umur 8 bulan dan berjaya sama sekali menarik minat roomate aku #taehahzaini untuk ada anak macamtu tapi nda mau kawen.
Soo whateverrr~

BTW, Aku nda ingat pun aku pernah buat benda-benda macam ni masa sekolah dulu. Adakah kawan-kawan? Grrr. Nasib baik bapa ada duduk di tepi.

Aku : Lagi pap, siapa lagi tokoh mau cari?
Bapa : Emm..cari ja la siapa-siapa. 1 tokoh merdeka, 1 tokoh sukan.
Aku : Anu..cari pasal Ustaz tutt tutt la kali. (Sambil aku ketawa)
Bapa : Eih! Banga ustaz ni kuling! Nda bapa suka sama dia tu. Start dari bapa nampak dia nyanyi lagu C.I.N.T.A B.A.B.I tu terus bapa nda suka dia! (Kata bapa dengan penuh perasaan)
Aku : Aik. Betul ka dia yang nyanyi? Bukan laki wakada wakada ka tu?
Bapa : Bukann! Dia la tu!
Aku : Owh lain pula lagu yang satu orang lagi tu. (Kataku sambil terus menaip dan menaip)
Bapa : Memang dia la tu. Tekejut juga bapa. Ingatkan siapa ja nyanyi begitu. Orang kuat P** bah dia tu!
(Aku diam, menaip dan terus menaip)
Bapa : Adakah nyanyi begitu. Benci betul bapa sama dia start dari tu. Bla bla bla...
(Aku diam. Menaip lagi. Dan bila bapa berhenti cakap..
Aku : Bah nda pa lah bah. Jangan benci dia sebab politik. Belum cukup lagi umur aku untuk benci orang sebab tu ja. Best bah cara dia berdakwah dengan orang lain.
Bapa : :D

*nasib baik bapa ketawa juga? Kalau la ditakdirkan aku dapat bapa yang nda boleh menerima kehumoran aku tu macamana? Mataku merah ditumbuk bapa juga la efek dia! ♥

Berbezalah macamana pun skop politik aku dengan bapa tapi itu tidak menghalang aku untuk sayang bapa lebih. Eh, sayang bapa ka sayang duit belanja bulan-bulan? Konfius.

Sekian dan terima kasih.

Friday, January 11, 2013

Cara download gambar dari Facebook ke telefon android anda!

Bagi pengguna teknologi beraplikasi android macam aku ni dulu selalu tertanya-tanya, gambar yang kita buka via Facebook for mobile tu memang nda boleh download ka?
Dan sekarang aku jumpa jawapannya iaitu BOLEH!
Okay post tamat.
Bye.......

Haha. Lawok aja [-.-]"

Ni aku perkenalkan aplikasi Facebook Album!

Korang boleh install aplikasi ni dari Play Store. Search Facebook Album okay.

Dengan menggunakan aplikasi ni anda boleh download atau upload gambar ke akaun pesbuk anda dengan kadar yang cepat! Serius laju gila dia download. 376 gambar dalam masa 5minit. Mana kau mau cari?

Aku pernah install 1 aplikasi lagi iaitu My Album For Facebook. Tapi masalahnya aplikasi ni pada mulanya nda berfungsi dengan baik. Bila aku reinstall baru boleh guna. Malangnya, dia download sangat lambat! So aku terus uninstall dan guna pakai Facebook Album. Sampai sekarang belum ada apa-apa masalah. Happy~ ^^

Thursday, January 10, 2013

Contoh gambar passport latar belakang merah

Bila aku search di Google, memang nda banyak orang publish gambar latar belakang warna merah sebagai rujukan kepada siapa-siapa yang teringin sambung study di luar negara nu. Eh, luar negara atau pun yang mau pergi Indon ja perlu gambar macamtu? Aku kurang check.

Adapun gambar yang kawan aku #ummualyani wassap dengan aku cuma gambar depan passport amah Indon berbackground kan warna merah. Ntah-ntah bos dia yang ambik sambil cakap "Kalau kau nda kerja bagus-bagus aku upload gambar ni pegi pesbuk! Biar kau malu!" Eh, dia mau malu kenapa pula? Silly me -.-"

Aku edit gambar ni sendiri pakai adobe photoshope dan print sendiri ikut ukuran gambar passport biasa. ♥
Aku buat sendiri sebab kalau mintak buat di kedai mesti mahal.

Harap-harap dorang yang mintak gambar ni sampai 14 keping, berpuas hatilah dengan gambar si anak mata besar sebelah ni!

Resepi Kek Milo saya!

Idea ni tercetus selepas aku mendapati aku kehabisan serbuk koko untuk buat kek coklat kukus. Terima kasih.

Bahan-bahan yang anda :
♥250gm Butter
♥3/4 cawan gula
♥4 biji telur
♥2 cawan tepung gandum
♥1 cawan Milo
♥1 cawan susu cair
♥1 cawan chocolate chips

Langkah-langkahnya:
♡Bancuh serbuk Milo dan susu cair
♡Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang
♡Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi
♡Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan Milo tadi sambil terus memukul
♡Masukkan cip coklat dan gaul rata
♡Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam cawan kertas
♡Bakar pada suhu 160·c selama 35 minit.

Penang & Love Lane~nya..

Salah satu tempat yang korang mesti lawat kalau korang turun Penang ialah Love Lane. Sebabnya, tempat ni membolehkan anda ambik gambar yang sweet-sweet gitu dengan pasangan anda! Cewah. Aku cakap macamni sebab ramai orang yang mau ambil gambar kahwin mesti datang ambik gambar di sini!

Tahun lepas aku lawat tempat ni dengan kawan-kawan. Sebenarnya banyak lagi tempat penyimpan memori yang ada dalam Penang. Kebanyakannya adalah hasil nukilan sorang graduan London's Middlesex University iaitu Ernest Zacharevic masa Festival Georgetown 2009. Cuba try google. Hensem ni orang dia. :3

Di sekitar Love Lane ni ada tempat makan popular juga. Antaranya ialah Burger Old Trafford (aku nda sure kalau sekitar ka nda) dan LoveLocks Shop!

Apa-apapun kalau datang penang jangan lupa lawat tempat-tempat yang aku senaraikan ni okay? Rugi..at least kalau kamu bergambar sana, ada juga benda kamu mau jawab bila orang di kampung tanya. Lagi-lagi kalau keluar tempat tu di Tv, kembang-kembang hidung aku cerita.

Okay okay okay!
Cari tempat ni okay?!
♥Armenian Street
♥Muntri Street
♥Chew Jetty
♥Ah Quee Street
♥Cannon Street
♥Penang Road
♥Chulia Street

Ohya, dalam gambar yang satu lagi aku ambil depan The Ship Restaurant, Batu Frengghi rasanya nama dia. Lupa juga, sebab nda masuk pun. Gambar ja di depan sukur ada. -.-"

♡dalam gambar dari kiri #ummualyani #amirafatiha #suzieanna #emmyliza

Tuesday, January 8, 2013

Resepi Cornflakes Madu cadangan Yaya Maria

Masa duduk Hospital Pulau Pinang dulu aku kenal dengan Kak Uzaimah Ome. Kakak ni selalu buat kek, biskut dan macam-macam resepi lagi. Tapi satu ja air tangan dia yang aku pernah rasa, Cornflakes Madu. Memang comel dipandang enak dimakan. Tapi tu pun nda sempat mau mintak resepi sebenar.

Tapi nasib baik aku ada sorang kawan lagi. Dia la Yaya Maria. Bakal pegawai kesihatan persekitaran yang tengah survive for degree at Unikl Mistech. Dia tahu resepi tu. Orang Penang semua memang pandai buat benda benda macam ni ek? Salute. :3

Buat benda ni memang simple dan sesuai ditry buat oleh para beginer pembuat biskut atau kek. Oh my Malay!

Okay.
Bahan-bahan yang wajib ada dalam dapur anda ialah :
♥ Cornflakes ~ hancurkan sikit
♥ Madu
♥ Mentega ~ lagi banyak lagi sedap
♥ Kacang, kuaci siap bukak, nestum ~ Optional

Langkah-langkahnya :
♡ Campurkan cornflakes tadi sekali dengan bahan optional tadi dalam satu bekas sederhana besar
♡ Cairkan madu dan mentega atas api kecil
♡ Gaulkan sekali dengan bahan-bahan kering tadi
♡ Sudu ke dalam cawan kertas
♡ Bakar suhu 165·c selama 15 hingga 20 minit
♡ Sila duduk depan oven, sebab takut hangus :D

Senang kan? Aku sudah try. Kamu bila pula? Selamat mencuba!

Monday, January 7, 2013

Pika Eugene balas komen aku!!!

Benda ni mungkin sangatlah sakai tapi peduli apa aku kalau kamu mau cakap macamtu?! Haha

Aku selalu tengok cover yang budak Pika ni nyanyi. Dan salute la sebab kecik-kecik sudah pandai cari cara sendiri untuk cari duit! Sebelum ni aku pernah post pasal dia jugak rasanya. Di belog yang satu lagi. Belog lama. Huhu

First time dulu aku kenal dia masa dia buat cover lagu balasan kepada Anak Kampung. Masa tu aku tengok ramai orang komen negatif pasal dia. Ramai jugak la rasanya, mulut orang kannn. Eh, tangan orang kan, benda nda patut patut taip tu pun taipp juga.
Kau mau cakap aku pula yang taip benda nda patut patut? Cakap ja laa..aku nda paksa pun baca blog ni. Aku publish share ja. Hoho

Walaubagaimanapunn..cecece..lontaran negatif yang diberikan kepada Pika ni tetap nda patahkan semangat dia untuk cover lagi banyak lagu. Lagi banyak view lagi banyak duit la kan Youtube bagi! Orang lain yang nda senang hati tengok tu jangan lah bah tengok
-.-"
Anyway, Chayo chayo Pika!

Selama tu aku tengok macamtu ja la video video yang dia upload.
Hanya jadi pemerhati dari jauh. *krik *krik *krik

Dan tiba tiba dia balas komen akuuu. Wuhuu Pika! Me lebiu! Walaupun kau nda kenal aku! Haha

#altough she's not an artist, but she got a precious talent. Oh my English! :D

Belajar Bahasa Bajau Part I

♥aku anak Bajau. Dan aku sangat obses dengan bahasa ibunda♥

Okay.
Beberapa tahun lepas, yakni masa sekolah rendah dulu aku pernah lawat Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sabah. Perasaan aku masa tu memang sangat sangat tidak boleh digambarkan sebab tu salah satu tempat yang aku rasa WOW! sangat kalau dapat pegi!

Aku pegi ikut rombongan sekolah. Sampai sana kami diberi kamus bahasa Kadazandusun. Hepi jugak la sebab sekitar tahun 90-an tu subjek Boros Kadazandusun diterapkan di sekolah rendah. Macam bekas sekolah aku juga lah. SK Tempasuk Dua akan kami ...kan.. kami akan setia tekun usaha, menimba ilmu yang adaa dengan penuh keAzaman~
Sekian lagu sekolah.

Masa dapat kamus tu aku terfikir juga, kamus Bajau tiada? Cikgu kamus Samah tiada ka cigu? Ini ja kamus ada cigu? (Semua la bah juga dipanggil cigu, sedangkan tu staff tempat tu. Ish3..Budak-budak~)

Dan sekarang dengan adanya teknologi internet tanpa wayar yang dipasang dirumah, aku akan berusaha wujudkan kamus bangsa aku sendiri. Sudahlah free, boleh dicopy paste ke belog masing-masing lagi! Haha. (Itu nda serius okay?)

Lagipun kann..Apa guna bapa bayar RM25 tiap-tiap bulan kalau aku nda guna untuk kebaikan kannn? Baik la sangaattt..menaip ja pun.

Sebenarnya ramai juga anak-anak sebangsa aku yang buat blog pasal bahasa Bajau ni. Sebab ianya simple as pimple. Perkataan yang digunapakai dalam bahasa bajau ada sangkut paut dengan perkataan bahasa Melayu. Tapi ada juga lah yang tidak berkaitan lansung sampai membawa maksud yang bertentangan. Yang tu susah lah mau explen & ingat!

Oh ya lagi satu!
Aku ni asal dari Kota Belud. Mama bapa aku asal Kota Belud. Maknanya aku bangsa Bajau Kota Belud. Itu berbeza dari bajau Tuaran, Semporna, Kunak dan sebagainya. Perkataan tu sama, cuma dialeknya berbeza mengikut daerah. Okay?

Kang aku tabuh jugak muluit cabui yang dok kata aku Bajau laut!
*iklan*

Okay.
Antara blog blog yang tersenarai yang kamu boleh buat rujukan dan perbandingan ialah:

Blog Peranak Sama Kota Marudu/Kudat
Blog Cik S*Reena (campuran bahasa Bugis dll. Nda pasti macamana boleh jadi macamtu)
Anak Bazau (Cute blog yang explen pasal Bajau Derawan)
Sabah Forum (Lucu ni komen komen dorang. Haha)
Blog Nik Sensei! (Sorang cikgu yang asal Semenanjung & bertugas di Semporna)
Blog Bajau Blues (Blog ni tersangatlah coolll sebab dia try untuk explen Bahasa Bajau dalam English. Keep it up bro! This blog make me looks so jakunn. Oh my English! Haha)
Rentak Kehidupan : Cik Wadah (Cute purple blog!)
Blog Writing Is Freedom
Blog Encik Mohd Fazli (Belajar Bajau Sulu)
Komuniti Belajar Bahasa Bajau via Pesbuk :D Sini boleh main like-like ni gaman.

And so forth..♥♥♥

Banyak lagi belog belog lain, rajin-rajinkan la diri anda untuk search segalanya di Google okay?

Bila anda anda dan anda sudah buat kajian sepenuhnya, barulah anda akan paham perbezaan antara suku kaum Bajau yang banyak pecahan, bahagian dan pendarabannya ni. Aku yakin kamu duduk 1 tahun di sini ja sudah cukup untuk menguasai bahasa Bajau! (Padahal aku yang berpuluh tahun sudah tinggal sini, masih tergagap-gagap lagi mau bercakap)

In the other hand..cewahh. Kredit untuk adik baik yang bagi aku inspirasi post kali ini. Tepuk tangan untuk adik Rahman Amin! Masih single dan berkerjaya Isnin hingga Sabtu. Berkebolehan dalam menyediakan air sirap, air Milo dan Jus Nyok. Berkenan? Search la pesbuk dia. Huahuahua.

InsyaAllah al-kisah ini akan bersambung lagi..♡

Resepi mudah kek sponge

Pagi tadi aku try buat kek sponge. Kek sponge ni biasanya orang buat sebagai basic cupcake. Maksud aku atas kek ni kita boleh letak macam-macam jenis hiasan guna fondant atau aising. Krim pun boleh.

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
♥100 gram tepung berserbuk penaik
♥100 gram gula kastor
♥50gram majerin (dicairkan)
♥4 biji telur
♥1 sudu esen vanila
♥chip coklat ~ aku tambah

Cara membuat:
♡Pukul telur hingga kembang dan gebu
♡Masukkan gula sedikit demi sedikit
♡Masukkan ke dalam bekas tepung dan kacau rata. Ketepikan.
♡Campurkan mentega cair dan esen vanila
♡Tuangkan campuran mentega cair dan esen vanila ke dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati.
♡Tuang ke dalam bekas mini dan taburkan chip coklat
♡ Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'c selama 15-20minit hingga keemasan.

Note : Coklat chip tu aku taburkan atas adunan sebab chip tu akan jatuh ke bawah bila dah masak. So suprise kepada si pemakan sebab tiba-tiba ada coklat kat dalam. Bernas kan idea aku? Haha

Selamat mencuba!

Saturday, January 5, 2013

Kek Susu Rintik Kukus resepi Kak Ita Masam Manis :)

Ok harini aku ada try buat resepi kek yang baru aku jumpa. Sebab tengok bahan-bahan & cara membuatnya sangat mudah so aku dengan senang hati membuatnya!

Adik-adik pun cakap sedappp!! Of kos lah sedap sebab kakak ikut resepi sebijik dari Masam Manis.blogspot. Tepuk tangan untuk Kak Ita sebab belognya yang hott! Yeay!

Bahan-bahan yang anda perlu sediakan ialah:

♥250 g butter
♥1 cawan gula halus (aku guna gula kasar yang diblender hihi)
♥6 biji telur ayam
♥1 sudu teh esen vanilla
♥3 cawan tepung naik sendiri
♥1 cawan susu pekat
♥1/2 cawan air - guna susu segar macam kak ita mungkin lagi sedap
♥1 sudu teh ovelate - tambah macam resepi kak ita
♥manik warna-warni - tambah ikut suka hati :D


Cara-cara:

♡Panaskan kukusan. (Aku pakai periuk nasik + periuk lubang2 :D )
♡Sediakan loyang dan lapik guna kertas minyak. Aku taktau apa tu kertas minyak so aku guna kertas A4 :3
♡Pukul butter dan gula hingga kembang dan memutih
♡Masukkan ovalate dan pukul lagi hingga rata.
♡Masukkan telur sebijik demi sebijik. pastikan telur sudah bercampur sepenuhnya, baru masukkan telur yang lain.
♡Tambahkan esen vanila dan terus putar hingga rata
♡Masukkan susu pekat manis dan terus memutar
♡Tutup mixer (aku x tutup pun sebab tangan lenguh nak pukul cara manual T.T)
♡Masukkan tepung berselang seli dengan air
♡Tuangkan manik gula dan gaul rata ~ kak ita cakap proses ni kena buat cepat2 supaya manik tu tak turun warnanya
♡Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit hingga 1 jam
♡Bila kek dah masak tunggu ia sejuk sebentar
♡Keluarkan dari loyang dan sedia di nikmati.


Simple kan? Selamat mencuba~

Cara membuat Permohonan Pengurangan Pinjaman MARA

Benda ni aku rasa benda lama dan normal dah. Tapi disebabkan aku ni bekas siswa yang baru dicampak dari kolej sebulan yang lepas, maka aku pun tiba-tiba mengambil kisah pasal hal ni. (Ni pun sebab kawan yang tolong ingatkan. Tengs Mumu Alyani yang kacak)

Caranya simple dan mudah ja. Seriusly mudah.



Lepas tu dia akan tunjuk muka depan portal rasmi e-conversion Mara.


  • Second, masukkan nombor IC dan nombor akaun Mara anda. Akaun Mara yang saya maksudkan di sini bukan akaun bank pejabat Mara ya tuan puan. Sebabnya saya katakan di sini, ada hamba Allah yang tanya dengan saya apa nombor akaun bank Mara? Aku pun terkasimaa.

Apa yang borang ni maksudkan ialah nombor akaun MARA yang tertulis atas surat perjanjian kita dengan Mara dulu. Bagi siapa-siapa yang kehilangan tu, harap maaf lah. Eden pun tak dapek nak nolongnye.


  • Thirdly, isi borang permohonan betul-betul.

 Jangan ada yang tertinggal dan salah. Lepastu print. Kalau macam ada data nak kemaskini, ikut ja arahan kat depan then print semula borang tadi.

Selesai sahaja anda isi borang tadi, bermaksud anda kena hantar dokumen-dokumen penting contohnya Sijil Diploma atau lain-lain & traskripsi rasmi dari kolej dalam tempoh 30hari dari tarikh permohonan anda dihantar. 

Tidak dilupakan juga, borang permohonan yang anda print tadi. Jangan lupa dapatkan cop rasmi dari pegawai daerah @ ketua kampung @ JKKKKKKKK. Pendek kata kategori pegawai gred A. :3

Dengan itu juga, sertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11cm x 22cm. Ala, senang-senang beli je Pos Express. Takpayah nak lekat setem. Kan?

Oh lupa..hantarkan ke alamat :
Unit Conversion
Bahagian Kawalan KreditTingkat 3,
Ibu Pejabat MARA21,
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.

Sebarang ketidakpuashatiaan & pertanyaan boleh luahkan kepada abang Mara okay? Hehe

Tengs untuk pemilik blog Syarazali jugak sebab aku banyak refer info-info kat atas dari belog dia. Tepuk tangan untuk dia. :))))

#tengahtunggutranskripsirasmidariencikdeankolej



Tudung cantik dan awesome : Happy Life Shoppe :) :)

Tengah ronda ronda dalam pesbuk tadi terjumpa satu link kedai tudung online. Tudung-tudungnya memang cantik. Boleh gayakan macam-macam cara lagi. Tapi memandangkan poket tengah kering sekarang. Takda income bulanan lagi, aku pun terpaksa menelan air liur ja la tengok.

Antara koleksi terbaru yang tengah hangat sekarang ni adalah HLS EXCLUSIVE 2 LAYER HALFMOON CHIFFON SHAWL (Rm69.00 not including shipping ye). Tu pun dah banyak yang sold out dah sekarang. Sedih.

Bagi yang berkemampuan, ataupun yang rasa-rasa mau cuci mata ja, jum sama-sama lawat kedai ni okay?

                                                 HAPPY LIFE SHOPPE

Awesome & cantik kan?

Thursday, January 3, 2013

Calendar 'bendera merah' untuk anda

Anda selalu lupa tarikh kitaran haid yang akan datang? Selalu lupa untuk ber'sedia'? Taktahu macamna nak kira?

Haaa...aku ada caranya!

Harini aku mau perkenalkan satu aplikasi android untuk diinstall dalam smartphone anda. Aplikasi ini sangatt cool dan bukan sahaja boleh digunakan oleh wanita dan gadis semasa, malah para suami pun boleh turut sama menginstall :D

Dalam aplikasi ni anda boleh set kan tarikh bermulanya kitaran haid anda dan tarikh jangkaan kitaran seterusnya akan automatikli dikira. Applikasi ni akan bagi notification sehari, dua hari atau tiga hari sebelum tarikh jangkaan kitaran baru bermula. Semuanya terpulang kepada anda untuk ejas di setting :)

Dan yang aku rasa lagi coolll..bila kita boleh update mood, symptom yang berlaku dan macam macam lagi lah sepanjang hari sepanjang bulan. Dan aplikasi ni juga sekali gus boleh jadi diary kan? Tapi untuk setahun je la sebab untuk dapatkan full version kena bayo la pulak.
-..-"

Dan yang paling penting sekali, jangan lupa set password anda! :3

Oh lupa..aplikasi ni boleh download kat Google Play Store!
Taip My Calendar -> search -> download.

Akhir kata, jaga diri hiadi peribadi gadis!

Percubaan buat kek coklat kukus :)

Sempena harijadi adik sepupu aku yang ke-16 tahun, aku rajin-rajinkan diri buat kek coklat kukus untuk dia. Segala peluh telah dicurahkan dan harap maaf sekiranya kek rasa masin-masin sikit ya Lily :D


Aku pernah post pasal cara-cara buat kek ni sebelum ni. Memang simple sangat sangat sangat. Sebab takpayah susah-susah pakai oven, dan aku pun happy sebab takpayah risau pasal kek hangus. 


Dalam resepi ni aku tambah chocolate chip, serbuk Milo sebab kekurangan serbuk coklat, Nestum sebagai tulisan kat atas, dan coklat stik sebagai hiasan. 


Jangka masa buat benda ni 1 jam 30 minit. Dan hasilnya amat berbaloi-baloi.
Dan akhirnya..
Taraaaaaa....

 

Perginya si yang tak sempat diberi nama :(

Okeh.

Ceritanya pendek. Aku tak tahu macaman kucing jantan besar dan jahat tu masuk rumah pagi tadi, serang & gigit leher anak kucing aku yang baru berapa bulan. Belum sempat pun bagi nama!

Mungkin kucing jantan besar dan jahat tu mau test skill harimau tangkap rusa yang dia tengok dalam National Geographic. Ah, whateverr. Kucing tu agak kurang sivik. Grrr.

Nasib baik ibu kucing ni ada 3 ekor waris yang terselamat lagi. Petang tadi terpaksa angkut anak anak beliau pindah ke tempat yang lebih selamat iaitu depan TV. Yang mana salah satu tempat yang tak terlepas pandang dari orang lain.

Ibu kucing yang penyayang. Aku pun mau jadi anak kucing jugak. Miaw miaw. ^^

Queen Mutiaak ketiak busuk

Siapa kenal Queen Mutiaa? Kalau tanya si kaki pesbuk memang dorang takkan kenal. Tapi cuba tanya si pentweet2 tegar. A - Z pasal gadis fake dari indon ni dia tahu. :)

Aku mula berjinak-jinak untuk ambil tahu pasal 'minah' ni dari adik-adik aku yang umur kurang dari 14 tahun. Kalau tanya dengan Pakcik Google pun mesti dia pun banyak tahu! Lagi-lagi kalau pasal si mutiaak selalu perlekehkan agama Islam, Muhammad SAW, Melayu, Malaysia dll.

Si mutiaak ni rasa dia hot sebab ada berK-K followers. Lepas tu isu pasal dia jadi apa ntah. Google trend? Google trending? Huh. Belog aku bakal menambahkanlah lagi benda tu. Sigh. Tapi rasa bertuah jugak sebab dapat nampak aktiviti syaitan dengan pancaindera kasar. Wahh :3

Akaun mutiaak ni dah lama diwujudkan tapi sampai sekarang takda lagi orang yang tahu siapakah gerangannya disebabkan dia suka guna gambar gadis HOT yang lain. Buat macam gambar sendiri. Sebelum ni dah pernah kantoi sekali dia guna gambar sorang awek cun (nama tweet-tweet @dianne_duran). Lepas tu atas kerjasama & sokongan orang ramai akaun mutiaak berjaya dilupuskan. Dan sekarang dia datang balik pulak dengan gambar ntah sapa-sapa ntah. Kesian kat tuan empunya gambar yang tak tahu apa-apa.

Aku selalu retweet balik benda-benda pasal mutiaak ni tapi alangkah melampaunya pada suatu hari budak kecik umur kurang dari 12 tahun tweet kat aku kata yang aku maki pasal negara dorang. Ini baru contoh sebenar peribahasa "dengan membabi buta!". Budak kecik yang tak akhil baligh pun dah terpengaruh dek mutiaa. Mintak mak bapak budak ni pantau perangai anak dia sikit. Ke dia ni anak mutiaak? Ehhh, fitnah lagi kejam dari bunuh. Fuh~ fuh~

Apa-apa pun mutiaak ni memang pelik dan misteri (dan perasan Hot). Ada yang berpendapat mutiaak ni amah yang kerja di Malaysia, oleh kerana gajinya lambat dibayar, maka dia membuat akaun fake untuk melepaskan geram. Pun boleh :)

Lagi satu dia dok kata negara dia tak tayang cerita dari Malaysia sebab karya seni kita sangat low class. Habis tu dia ingat kalau lagu jiwang lirik ntah apaapa, drama bermodalkan airmata & cerita hantu bodoh tak menakutkan langsung dari sana tu boleh laku la kalau kita tak tolong tayangkan kat sini? Hero kau boleh cari makan ke kalau elfira roy stop berlakon love story sebab nak fokus study? Malaysia dah maju, orang duduk rumah lantai tanah atap nipah pun boleh uptodate dengan perkembangan trend musik, drama, bla bla bla. Orang kampung kau takada macamtu, sebab tu dorang tak tahu pasal negara aku, bukan sebab tak laku. TAPI MEMANG TAK TAHU!
Phui! Aku pulak marah lebih lebih!!! -.-"

Dia buat perangai pelik pelik macamtu, kita marah dia, kita kutuk dia balik, dia yang dapat pahala. So lebih baik kita senyapkan. Takpayah gatal nak tweet tweet kt mutiaak sebab akan buat lagi sakit hati. Unfollow & report. Tak payah follow pun kita boleh stalk lagi eh :P

Doakanlah agar dia dapat petunjuk yang terbaik dari Allah SWT. :))

Lagi info -> http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/07/queen-mutia-mutiadewi-queen-mutia-dewi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...