Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Monday, February 25, 2013

Zirafah oo zirafah :(

Boleh siapa-siapa bawa aku pegi Zoo Taiping & Night Safari ? Aku teringin mau tengok zirafah. Pleasee ;(

Sunday, February 10, 2013

Kisah Benar : Pokok pisang "berdarah"

Kisah ni berlaku lebih kurang 30 tahun yang lepas, diceritakan dan disaksikan sendiri oleh Mum aku. So aku sekadar berkongsi sebagai pengajaran kepada anak-anak gadis macam aku. Bukan niat mau buka aib orang lain, sekadar berkongsi pengalaman okay?
Dimulakan cerita, hal ni jadi di salah satu kampung dalam daerah aku. Bilamana satu kampung tu digemparkan dengan keadaan seorang anak dara yang sakit tenat terlantar berserta perutnya yang membusung. Paham apa membusung? Maksudnya perut yang besar. Bukan busung yang tu. No no no.
Dipendekkan cerita, kebetulan nenek saudara aku kerjanya mengubat orang. Maka dipanggil la dia untuk mengubati penyakit busung anak dara tersebut.
*Ambik feel, aku try gubal ayat ikut style orang dulu-dulu.
Dengan keadaan sedar tapi tidak terdaya untuk melakukan apa-apa, anak dara malang tersebut hanya mampu mengalirkan air mata dan terbaring kaku di ruang tamu rumah. Pada awalnya Mum aku rasa hal ni mungkin disebabkan oleh buatan orang. Maklumlah, anak dara bergetah, lawa lagi, mana-mana pegi mesti ada orang dengki.
Nenek saudara aku mulakan proses pengubatan mengikut caranya. Akhirnya didapati anak dara tadi pernah meninggalkan tuala wanita yang belum dibasuh, diselit pada pohon pisang. Anak dara yang tenat mengakui. Seluruh kaum keluarga seraya mencari pohon pisang yang dimaksudkan, yakni di belakang rumah. Ayahnda anak dara jatuh pengsan. Pohon pisang yang ditanam sendiri olehnya itu terselit banyak tuala wanita beserta darah haid yang masih berbekas. Seluruh kaum keluarga bingung. Macamana benda ini boleh terjadi tanpa siapa-siapa pun sedar? Namun pohon pisang terus dibersihkan dan ditebang selepas mendapat kata sepakat. Tapi..
Innalillahiwainnalillahirojiuun, anak dara telah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum sempat segala-galanya selesai. Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang terjadi atas muka bumi, segala yang halus dari pancaindera kasar kita ini. Moga kisah ini jadi pengajaran buat anak-anak gadis di luar sana. Kisahnya ringkas, tapi penuh manfaat. Darah haid kena cuci bersih-bersih ya adik-adik? Sebab syaitan suka kacau orang yang dalam keadaan kotor. Kalau dapat 'benda' yang kotor tu lagi la 'diorang' suka. Kalau agak-agak 'tembus' di seluar or cadar, cepat-cepatlah basuh. Masa sebelum tidur pula banyakkan dengar bacaan surah dan zikir. Supaya nda mimpi macam-macam. Itu pendapat Cikgu Suzy yang bercakap melalui pengalaman. Ehem. 
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
♥ Surah Al-An’aam : Ayat 112 :
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُون
َ“ Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu “ .
P/s : Wanita yang bergelar ibu kepada anak dara, pantau anak anda sekarang!

Sunday, February 3, 2013

Si pelupa

Hari ni macam hari-hari biasa. Bangun tidur, kacau momoy, cari makan, mandi. Lansung tiada ciri-ciri bujang pilihan. Kemas rumah? Lipat baju? Cuci piring? Masak? Erm, itu bukan aku. T.T
Sekarang aku makin hari makin pelupa. Aku banyak lupa perkataan. Dan yang paling teruk aku rasa bila aku lupa macamana aku kenal orang. Maksud aku siapa-siapa pun orang.
Aku kenapa hah?

Bahayanya asid dalam perut

Okay. Benda ni bukan cerita rekaan tapi hal yang aku alami sendiri. Dan aku mengalami seribu sesalan. Huwaa~

Duduk di rumah selama 2 bulan ni memang la best, makan minum mama bapa tanggung. Tapi oleh kerana sifatsifat diri yang pemalas, yakni bangun awal pagi lepastu tidur balik, aku asyik terlepas waktu makan. Breakfast jadi lunch, lunch jadi dinner, dinner jadi supper. Kadang-kadang makan sekali sehari, itu pun malam!

Bukan niat mau diet, cuma tahap kemalasan mau makan tu membuakbuak. Mungkin sebab dilema wanita aku yang ntah apa apa, aku terbawa bawa perasaan sampai hilang selera mau makan.

Sampai satu tahap, bila aku sudah rasa okay, tenang dan kurang serabut pikir pasal masalah, aku cuba kembali kepada pola hidup aku yang asal. Makan minum pakai terurus. Malangnya..tiap kali aku makan aku akan rasa mau muntah. Aku try makan lagi, rasa mau muntah. Perasaan lapar tu ntah la macamana lagi mau bayang. Ibaratnya orang sakit yang mengidam mau makan macam-macam, tapi bila makanan tu semua muncul depan mata -> mati selera.

Allah SWT ja la tahu perasaan aku masa tu, mau menitis air mata ni masa paksa diri telan makanan sekali dengan tahan rasa mau muntah. So aku banyakkan minum air untuk hilang rasa lapar. Tiap kali muntah mesti keluar banyak buih. Bukan muntah makanan. Aku pun pelik. Seminggu lebih jadi macamtu then aku try bagitau dengan sorang macik aku. Rupa-rupanya semua ni sebab asid yang banyak dalam perut. Sebab aku selalu skip masa makan. Sepatutnya bila bangun awal pagi aku kena makan walaupun sekeping roti lepastu baru boleh sambung tidur balik. Maknanya jangan biar perut kosong. Tambah lagi aku ambil suplemen Vit C Prolonged Release. Terbayang pula aku isi perut aku dikikis asid sampai jadi gastric ulser. Aiyoo~

Aku ambil masa yang lama untuk pulihkan keadaan tu balik. Memang lama. Jadi pengajaran la tu juga. Lepas ni nda mau sudah macamtu..

Saturday, February 2, 2013

Kek Marble yang kurang menjadi

Harini aku rajin sikit so aku try-try la buat kek Marble. Dari dulu teringin mau buat tapi malas. So sekarang aku rajin.
Memang senang ja mau buat, tapi aku buat kesilapan yang amat besar sekali iaitu aku lupa yang kek ini akan kembang mengembang sekembang-kembangnya bila di bakar. Almaklumlah, aku selalu buat kek kukus ja. Lemah betol aku bab-bab benda yang melibatkan oven ni.
Patutnya letak separuh span ja, tapi aku dengan penuh konfiden letak penuh acuan dalam span. Huhu
Sebelum masuk oven memang rupa dia perfect gila berserta corak. Aku bangga. Kembang hidung aku tengok kek aku lawa. Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut di tengah hari. Akhirnya kek yang dibakar tidak menjadi, aku kukus sampai puas hati.
Sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...