Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Friday, November 8, 2013

Beli kek cawan melalui mesin ATM!

Assalammualaikum!

Okay kalau anda klik link INI ada akan jumpa satu artikel mengenai satu ATM yang menjual CUPCAKES!

Saya takda la suka sangat makan cupcakes. Takpernah try makan lansung pun sebenarnya. Tapi saya suka tengok! Sebab decoration cupcakes kan ada macam-macam. <3 . 
Tapi still tak boleh nak hadam. Sebab saya geli nak makan aising kek.


Jum terjah gambar yang saya kopipasta dari Google

Ni la namanya ATM Sprinkle Cupcake! Hihi. Kalerful bukan?
Tapi harap maklum ATM ni cuma wujud di California sahaja. Sobs.
Yang ni pula ATM yang sama fungsi juga. Tapi berlainan design.
BTW, ATM ni bukak 24/7. Bila-bila anda lapar boleh terus cari benda ni even pukul 12 tengah malam.
Ni contoh screen dia. Macam main game gitteeww~
Decoration yang kurang menarik tapi rasa MUNGKIN sedap. Mungkin.
Beli 10 percuma budak ni! Haha
Ini dia 'chef' cupcakes disebalik machine tu...

Okay saya gurau.

Cerita pasal ni buat saya lapar cookies Subway. <3

Lastly, cadangan saya untuk warga Malaysia, apakat kita buat mesin ATM kuih-muih tradisional? Apamacam? Kalau setuju angguk kepala lajulaju.


Tuesday, November 5, 2013

Dua lelaki bersenjata samun farmasi

Shah Alam

Farmasi

Malam

Suspek Bertopi Keledar

Disyaki membawa pistol

Baca berita selanjutnya di SINI

Saya speechless & feeling insecure.


Btw, silalah berkunjung ke servis farmasi online kami!



Penghantaran percuma sehingga ke depan rumah untuk pembelian RM100 ke atas. Hemohemohemo~

Monday, November 4, 2013

Food Hunter ~ Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t,

Dipendekkan cerita Jumaat yang lepas saya dan Kak Ijah terjah satu kedai makan di seksyen 7 Shah Alam. Sangat dekat gittew dengan I-City. Tapi tu pun boleh sesat jugak masa nak mencari jalan.


Memula tu kami refer belog kepada tuan kedai dulu. 
Not sure sebenarnya samaada dia ni tuan kedai atau siapa-siapa. 
Kalau saya jumpa dia malam tu mesti saya dah tanya. Hmm. 

lai chee kang
Yang ni saya order Lai Chee Kang. Nampak macam air sarsi kan?
Maaf, kualiti gambar agak tidak memuaskan. Gambaq pakai nset 2.0mp memang hasilnya macamni.
Bilalah nak boleh beli DSLR sendiri ni. Arghh.


In the other hand, kalau nak makan/minum Lai Chee Kang SEDAP, kengkorang boleh la cari kat Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Cari satu kedai makan yang hidang buah nyok besaq atas meja. Okay?
Asalnya datang sini nak makan Mee Rebus Ketam tapi disebabkan lapar kehujanan lebat kecravingan for nasik masa otw datang, we end up dengan Kari Ketam + Nasi Putih.
Kak Ijah pulak order Ketam Masak Cili Api + Nasik Putih
Ayat first keluar dari mulut aku masa order sampai depan mata,
"Laa..awat ketam dia kecik sangat, dalam gambaq nampak laieen".
(Cakap ala-ala Shayyyzzzreeaan Fazzllyndda) 
Tapi cuba untuk positifkan tanggapan, mungkin kalau aku order Mee Rebus, depa bagi ketam besaq la kot na? Lapaq punya pasai aku telan p semua. 
Apadia merepek sat guna aku sat guna saya ni. Dem


Total harga semua saya taktau sebab Kak Ijah belanja. Weeeee. 
Sayang Kak Ijah ketak-ketak.
<3 <3 <3
Habis makan kami teruss pegi tengok wayang. Tengok cerita Thor okay. 
Masa tengah beratur nak beli tiket tiba-tiba nampak someone. Seorang insan yang berhati kejam menolak mereject aku dulu. Haha! Kisah lama okay. Besar punya Shah Alam, kat Space U8 tu jugak lah aku jumpa kau! *buat-buat taknampak*

K bye, sambung jadi kuli batak boss. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...