Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Monday, July 7, 2014

s.e.m.b.i.l.a.n.b.u.l.a.n

Alhamdulillah. Walaupun berjauhan, sentiasa menyenangkan, membahagiakan dan memahami. Buat saya sentiasa senyum dalam diam, walaupun tengah marah atau terasa hati sebab benda remeh dan sebab saya over thinking. 

Kita kata mahu, tapi Allah kata tunggu. Kerana sebaik-baik perancangan adalah yang dari-Nya. 

Teringat satu baris ayat, andaikata kita mengenali seseorang dan  amalan kita menyimpang dari kebaikan, maknanya kita berjumpa orang yang salah.

InsyaAllah, hadirnya akan membawa seribu kelebihan dan pelengkap segala kekurangan.

Mudah-mudahan urusan dipermudahkan. 

Alhamdulillah :)

Saturday, June 7, 2014

Perangai pelik

Assalammualaikum w.b.t.

Its been a looonggg time x update blog.
Last sekali november 2013.
Sibuk kerja, sibuk itu, sibuk ini.
Makin lama makin banyak komitmen.

Tapi alhamdulillah cukup setahun lebih berkhidmat dengan kompeni ni.
Kebal hati kebalkan telinga.
Tapi poket maintan nipis, ntah bila mau jadi tebal sekali.

Di tempat kerja ada perasan sorang kawan ni.
Perangai yang jarang-jarang jumpa di mana-mana.
Salah satu yang memang ketara gila, bila makan french fries mekdi, buka sos cili then tuang semua atas fries tu.
Bagi orang lain mungkin normal.
Tapi bagi aku itu pelik, sebab first time nampak.
Jadi konpius kejap, aku atau dia yang pelik sebenarnya.
Pernah baca juga satu artikel, cakap pasal orang yang buat macamtu adalah orang yang kita x perlukan dalam hidup.
Ntah la, apa salah selera makan dia?

Tapi sekarang aku berbulan x makan mekdi.
Mau kata boikot..hmm, benda lain yang patut diboikot pun aku telan, beli, pakai jugak.
Hal ni berlaku sejak dua menjak kawan baik tunjuk gambarrajah beli mekdi -> untung dapat pada 'orang jahat' -> 'orang jahat' buat beli senjata -> serang saudara muslim di sinun.
Automatikli hati cakap, biar kita x dapat tolong berperang untuk pertahankan hak dorang di sana, dapat tolong macamni pun kira okay jugak. Mungkin la. Wallahualam.

Tapo cakap pasal perangai pelik, tiba-tiba lari tajuk.

Jam 2.18 pagi, semalam Sabtu, cuti umum.

Lega rasa bila sekali sekala dapat bebas kepala dari hal-hal kerja.

Cuma sekarang makin boros berbelanja. Kurang pasti sebab apa.

Bye.


Posted via Blogaway

Wednesday, January 22, 2014

Poket Doraemon ~ Magicnya eyeliner!

Assalammualaikum ladies and gentlemeenn, boyss and girlsss! *buat muka comel*
Kelas kau nyah cakap ala-ala Shaazzreeenn Fazzllyynndaaaa....

Okay harini seperti yang diwar-warkan dalam tajuk..MAGICNYA EYELINERR (Magic la sangat) saya akan mendemokan cara-cara memakai eyeliner paling selekeh dan paling simple dan paling comot tapi still memberi effect yang berbeza kepada seri wajah anda.

Oleh kerana saya seorang yang teramatlah malas untuk membuka youtube, belajar cara-cara pakai eyeliner secara sahih dan kemas, maka saya pun terkontang-kantinglah belajar sendiri.

Ramai orang tak rasa konfiden untuk cuba pakai eyeliner kan? Tapi percayalah, once anda tahu macamna senangnyalahaiterber pakai eyeliner, automatikli akan lahir satu perasaan dalam jiwa anda yang mana anda akan rasa down gila gila gila bila ke kolej ke tempat kerja ke keluar dengan kawan-kawan tanpa pakai eyeliner. Bagi yang sudah berkahwin tu, ke hadapan suami la kan? Ehem.

Atau hanya saya seorang sahaja yang berperasaan begitu disebabkan saya acap kali ditegur pucat, sakit, macam orang hilang laki, bla bla bla bila tak pakai eyeliner? Hmm..

Okay apa-apapun check-this-out!
 

 First of all, anda semua memerlukan mata. Mata anda yang original ya, bukan hakunamatata. Seperti contoh di atas.

Dan semestinya anda memerlukan eyeliner. Bagi eyeliner berbentuk pensel, pastikan tidak tumpul dan tidak terlalu tajam yee.
 
Liquid eyeliner pula, pastikan ianya tidak kosong.

Mulakan dengan melukis kelopak bawah mata anda, dari hujung anak mata ke bahagian hujung mata yang satu lagi. Boleh paham kan?
 
Lebihkan sedikit lakaran pada hujung anak mata.


Dan kemudian calitkan liquid eyeliner dari hujung kelopak mata hingga kelopak dalam mata.

Pastikan calitan tersebut mengikut lakaran pada kelopak mata bahagian bawah tadi.


Elakkan dari membuka mata selagi eyeliner belum kering sepenuhnya. =.=”

Dan hasilnyaaaa!


Nampak perbezaan yang ketara kan?


Okay yang ni rumusan eyeliner yang magic gila ni. Abaikan kaler kulit muka yang kejap cerah kejap pink kejap kuning sebab saya baru inject genetic sesumpah dalam badan.




Malam hari pegi race,
Naik skyline usah bermegah,
Lepas baca cuba try test,
Terima kasih sudi singgah!

xoxo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...