Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Wednesday, September 7, 2011

Jeruk Bambangan

Sebelum ni aku pernah sebut pasal Bambangan kan. Bambangan itu sejenis buah. Yang mana buah tu memang takda di semenanjung. samalah juga dengan buah tarap. Tapi masa aku pegi orentasi junior tahun lepas di Taman Herba, Perak, aku terjumpa juga dengan pokok tarap. Tapi buahnya tiada. Mungkin iklim di sini tidak sesuai untuk tarap itu untuk berbuah. Mungkin.
Ok. Bambangan ni buah warna kuning, kulitnya tebal. Isi pun manis. Tapi jangan salah bayang. Ini bukan Bambang Pamungkas penyanyi Indon. Ini makanan ok. Eh, Bambang Pamungkas penyanyi ke? Sorry wa tataw. ~.~"

Ok ini buah bambangan sebelum di kupas.
Taraaa. Yang ni pula selepas dikopekkopek kulitnya. Bak kata sorang blogger , hatihati bila nak kopek kulit buah ni. Sebab bahaya. Bahaya ntah kenapa aku pun tataw. Apaapapun Kopek jangan tak kopek!



Yang ni pula selepas siap di campur adukkan bahanbahannya.
Ni caracaranya membuat jeruk bambangan. Selamat mencoba!
  • Bahan-Bahan: 
    • 5 biji buah bambangan masak 
    • 2 biji bambangan
    • 50 gm cili merah
    • 20 gm cili padi
  • Cara:
Buah bambangan dibuang kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang berukuran setengah inci. Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua. Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Simpan di dalam botol kedap udara selama seminggu sebelum boleh dimakan. Enak dimakan bersama ikan bakar atau ikan masin.


Saya menerima tempahan buah bambangan, import khas dari sabah. Rm5/sebijik. haha.
Ok. Tipu!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...