Tepat pukul 3.35 petang 29 Mac 2012, makcik aku dimasukkan ke wad bersalin. Dan akhirnya pada 3.35 petang lahirlah seorang bayi lelaki comel seberat 3.15kg. Tahniah untuk auntie Mass kerana berjaya meramaikan lagi kaum kerabat family kami! Hohohoho
Nama penuh : Mohd Athir Asy'ari Mohd Azhar
Nama panggilan(aku yang bagi) : Apam @ Koby (sedap kan? :D)
****
Perasan tidak zaman sekarang ni makin hari makin ramai orang buang bayi. Babynya banyak (sebanyak 74723 orang sekitar tahun 2005-2009), tapi mak bapak baby tu punyalah susah mau trace. Pelik kan? Subur betul anak-anak remaja sekarang ini kan. Buat sekali tapi sedozen keluar. Dan ini sekaligus membuktikan bahwa fakta tidur dengan handphone berhampiran dengan kepala adalah salah! Hihi. Orang kata kan kalau masa mau beranakkan anak-anak hasil daripada benda-benda tu memang senang. Memang tidak akan rasa sakit lansung. Pendek kata sekali push terus keluar. Betul meh? Apa-apapun silalah amalkan doa di bawah untuk menghindarkan diri dari hasutan syaitan dan dipertemukan jodoh secepatnya. Nasihat untuk aku juga. Eh salah, terutama sekali untuk aku la. Doa-doakan la aku dipanjangkan jodoh dan dipercepatkan niat bina masjid dengannya. :) :) :)
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan pendengaranku, penglihatanku, hatiku, dan kejahatan maniku.”
"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi DEKAT DIBAHU UNTUK DILINDUNGI, DEKAT jua DIHATI UNTUK DIKASIHI.."
chait. ingat anak kau tadi haa
ReplyDeletemmg ank aku pun. aku yg bg nama! haha
ReplyDelete