Sekarang ni aku mau cakap pasal kawan yang suka sangat-sangat-sangat bandingkan course study masing-masing. Mentang-mentanglah semua duduk Universiti. Benci-benci-benci. Masa kecik-kecik dulu benda ni tidak pernah pun jadi masalah. Yalah, semua orang belajar benda yang sama. Takkanlah tiba-tiba mau cakap macamni, "Eh, exam UPSR aku haritu susah betul. Memang gerenti markah pun nyawa-nyawa ikan ja. Macamana la cikgu tu bagi soalan ar. Mesti kau punya soalan senang-senang kan. Sebab tu selalu lulus." <-- Ini dialog budak darjah 6 yang duduk sekolah lain, subjek sama, ambik exam pun sama-sama tapi masih mau bandingkan satu benda yang orang lain pun tidak terfikir mau banding. Dari situ kita boleh ukur kebodohan budak tersebut. Tapi dia budak lagi. So halalatun toibbaa, jangan kaitkan dalam cerita ini. Ini cerita orang besar. Kalau kau cakap macamtu memang confirm kau tuuuut! Okay!
Bila kawan-kawan sekolah lama jumpa ramai-ramai ka, U and me saja ka, mesti keluar topik "Di mana kau study sekarang?" & "Apa-apa subjek yang kau belajar?". Serius cakap, memang ramai yang macamni. Terutama sekali pertemuan di antara kawan yang study kolej tajaan dengan kolej cikai-cikai. Kolej tajaan tu bangga kembang-kembang la sebab dia pegi kolej dapat pinjaman Mara la, tajaan bla,bla,bla la. Kolej cikai-cikai pula takat PTPTPTPTN saja. Untungnya kolej tajaan sebab semua benda mau study memang lengkap. Lepas keluar dari situ pun kau akan dijanjikan degan peluang kerjaya yang baik. TETAPI, kalau duduk kolej cikai-cikai, pinjaman kau susah mau dapat, tapi kau study tutup mata pun, bukak-bukak lagi pointer dapat 4. Ada paham? Eh, aku pula yang over main banding-banding sini. Checkout manuskrip dibawah. ;D
Scene 1 :
Kawan : Hello, kau di mana ni?
Aku : Rumah sewa la. Why?
Kawan : Owh. tiada pa. Saja mau call.
Aku : Ceh cakap ja la bah kalau kau rindu aku. Kau di mana ni?
Kawan : Sini kolej. KL.
Aku : Aik, oooo, bukan mau bagitau pun yang kau sudah start study. Bila lagi sampai sini?
Kawan : Baru jak bulan lepas bah. Uik, apa juga kos kau ambik tu?
Aku : Farmasi ja. Kenapa?
Kawan : Diploma kan?
Aku : Ya.
Kawan : Berapalah kono yuran kamu?
Aku : Dalam RM5300 satu sem.
Kawan : Elaun bulanan?
Aku : RM500++ ja. Kau macaman sana?
Kawan : Owh. Samalah. Kau PTPTPT ka?
Aku : Tidak la. MARA.
Kawan : Owh. Aku PTPTPT.
Aku : Yaka. Banyak sudah dorang bagi elaun sekarang r. Dulu-dulu sikit ja.
Kawan : Tengok la bah taraf apa aku ambil. Kau apa. Aku degree.
Aku : (-.-") Yalah. Apa bulih buat. Aku slow-slow ja. Tahun last sudah juga ni.
Kawan : Tahun last pun tengok-tengok lagi aku dulu dapat kerja dari kau.
Aku : (Dafug man. -.-") Tidak pa la. Yang penting aku mau kasi abis dulu study ni.
Kawan : Yalah. Samalah jugak.
Aku : Bah, aku tengah kerja ni.
Kawan : Aik, Sabtu pun kamu kena praktikal juga? Memang diploma macam tu?
Aku : Tidak la. Aku kerja part-time.
Kawan : Yalah kan. Apa bulih buat kan.
Aku : Ok la aku sibuk ni. Bye.
Kawan : By... (Aku cepat-cepat end call)
Fuhh. Kalau setakat call aku mau bagitau pasal tu baik tidak payah la! Kau dapat sambung degree pun lepas ambik STPM. Selama aku masuk U aku pernah temberang dengan kau macam tu ka? Grrr. Aku tanya kos kau pun tidak sempat sudah kau mau bangga pasal degree cikai-cikai dengan pinjaman cikai-cikai kau tu banding-banding dengan aku. Pinjaman okay, bukan kau ditaja. Argh. Streessss!
Aku pun ikut stressss! haha
ReplyDeletebagus3~ kau mmg memahami aku. haha
ReplyDelete