Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Saturday, April 7, 2012

Sebab saya AVATAR!!

Hari ni aku kerja. Hari Sabtu semua orang duduk rumah tapi aku KERJA. Sebabnya...aku mau ambik Time-OFF hari Isnin. Sebabnya...adalah. Rahsia looh :)

Hari ni jugakla aku first time duduk kaunter depan. Jadi tukang bagi nombor sama patient. Tekan bagi tekan bagi tekan bagi. Senang jak sebenarnya kerja tu. Tapi yang tidak menyenangkan hati tu perangai patient. Tambah-tambah lagi dengan perangai sorang auntie yang duduk sekali dalam kaunter tu. Kejap suruh buat ni, kejap suruh buat tu. Secara tidak lansung dia ajar aku untuk buat kerja separuh-separuh, bukan buat sampai SIAP. Aku ni trainee ja. Kawan-kawan aku pun trainee jugak. So jangan layan kami macam orang yang makan gaji. Duit gaji yang dengar-dengar kerajaan mau bagi tu belum confirm lagi. Undi naik dapat la, undi taraa, tara jugakla. Tapi seriusly auntie tu memang persis radio buruk. Arggh, stress! 
(Jangan dia baca belog aku sudah! Haha.)

Kadang-kadang patient ni lawak jugak. Lagi-lagi yang gila. Sudah tau diri tu gila duduk la di rumah. Duduk diam-diam. Suruh la orang lain wakil ambil ubat-ubat tu. Jangan bagi aku seram tangan teketar-ketar tatkala bagi nombor kat kau. Antara perangai-rangai pelik dan aku first time taw masa kerja di hospital adalah seperti..jeng,jeng,jeng.:-

Pesakit gila
Kalau d hospital, kami kategorikan golongan-golongan ni sebagai PSY. Mana boleh sebut panjang-panjang. Diaorang konpem tau. Haha. Pernah suatu hari tu, ada sorang akak dispens ubat untuk orang mental-mental ni. Akak tu bagi la satu tube ubat Daktarin (krim antibiotik untuk penyakit kulit). Tapi tiba-tiba pesakit tu mintak akak tu bagi dia 2 tube. Akak tu pun cakaplah, mana boleh, sebab maksimum boleh bagi 2 tube ja. Orang gila tu mau jugak! mau jugak! mau jugak!. Ketegaq!. Akak tu balas balik takboleh! takboleh! takboleh!. Lepas beberapa minit dia cuba paksa akak tu tapi takberjaya, tiba-tiba pesakit tu cakap " Baik awak bagi saya dua Daktarin. Sebab saya ni AVATAR!" .(Kata PSY tu dengan nada serius!) Hahaha. Akak tu tahan gelak sambil kentalkan hati sampai pesakit tu berambus ikut angin berhembus dengan sendirinya. :D :D :D
Lagi satu, patient yang komplen apa pasal kaler ubat taksama? Aku taknak yang ni, aku nak yang kaler pink tu jugak. Sahih gila! haha



Patient yang tidak patient
Kadang-kadang dalam masa seminggu mesti ada sehari dua macam tu di mana farmasi akan jadi sibuk dan kelamkabut gila-gila. Sebabnya patient datang macam buat rusuhan dekat Out-patient Department kitaorang. Almaklumla, kami kan stesen terakhir yang patient perlu pegi lepas jumpa doktor tu ini, check tu ini. Tapi, bila sudah sibuk macamtu, kakak-kakak & abang-abang dari unit-unit lain akan tolong support & kawal keadaan. Tapi yang menyampahnya, auntie-auntie yang overkalut dengan keadaan tu. Kenapala diorang macam tu T.T. 
Therefore, bila patient ramai, waiting time pun akan naik mendadak jugak. Kadang-kadang ada patient yang marah sebab tidak sabar. Lagi-lagi yang datang cuma untuk ambil ubat 2 3 ketul ja tapi kena tunggu 2 3 jam. Memang la benda tu kalau difikrkan ikut perasaan, memang kita patut marah sebagai patient. Tapi, lain orang lain sakitnya. Orang lain lagi banyak, lagi lama mau tunggu okay! 
Haritu secara live depan mata aku patient baling slip kat muka pharmacist yang bagi nombor. Siap cakap Bastard! lagi. Huish. Seram kott. Tapi padan jugak dengan muka pharmacist tu sebab aku memang tidak suka sama dia. Haahahahahaha. Gelak jahat dalam hati. 

*Tapi kadang-kadang rasa salah kita sendiri jugak sebab kita buat kerja sambil gelak-gelak sakan dalam kaunter padahal patient dah tunggu 5 6 jam di luar. Mestila bila patient lagi naik angin kalau dengar kita macam tu Seolah-olah kita tak respect masa diorang. Sigh.*

Prescription basah?
Yang ni memang sangat pelik. Angin takdak ribut takdak, tiba-tiba slip prescription dari patient datang dengan berairnya. Dari tandas? Jatuh longkang? um..maybe! *sorry gambar real dia ada masalah mau diupload.

Patient on Methadone
Siapa tahu apa tu Methadone? Methadone ialah ubat yang diambil oleh bekas penangih bagi mengurangkan rasa ketagih diaorang tu. So everyday diaorang akan datang pharmacy untuk minum benda tu depan pharmacist. Ubat tu dalam bentuk liquid. Kaler merah dalam botol kecik. 
Masa tengah sibuk bagi nombor datang sorang uncle mau keluarkan something dari dalam beg dia. Aku pun cemas la. Takut jugak aku kalau dia keluarkan apa-apa dari dalam beg dia. Masa tu aku pun terpikir, apa salah aku? Aku bagi nombor ja. Bukan aku yang buat kerja lambat selama ni. ARggghhHHH! Tiba-tiba uncle tu mengejutkan aku dari lamunan. Dia tunjukkan satu kad pengenalan. Macam lesen pun ada. Sudah la uncle tu tunjuk ala-ala polis gerak khas. Aku pun sekali lagi terfikir, apa salah aku? Argh! Argh! Argh!
Rupa-rupanya tu kad Methadone uncle tu. Aku kena ambil then pass sama pharmacist aku. Bodohnya aku tidak tau apa-apa pasal ni. :'((

Tapi lepas sudah tau..nah, asal ada uncle-uncle datang tunjuk kad ja aku pun temberang la juga ambil macam tidak takut dengan uncle-uncle tu. Buat muka penuh tau lagi tu depan kawan-kawan.  Ilmu seciput bangga menggunung. Haha

***
Yang tu jaklah yang dapat aku fikir buat masa sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku lupa. GTG. :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...