Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Monday, April 16, 2012

Monyet overpotassium

Aku ada buat sikit kajian pasal pisang. Seperti yang kita semua sedia maklum, pisang adalah sumber potassium yang baik. Potassium penting untuk control ritma jantung dan sekaligus pengaliran darah dalam badan kita. Tetapi, potassium yang berlebihan jugak akan bagi kesan yang negatif untuk badan. Terutama sekali kesan pada jantung kita. Tapi pelik jugakkan, monyet suka makan pisang, tapi jantung diahaiwan okay ja pun. Boleh jak hidup lama. Macam dalam Lion King. Kan?

Setelah dikaji-kaji-kaji daripada sumber yang tidak tahu boleh percaya ka tidak, pisang memang sumber potassium yang baik, tapi dia tidak termasuk dalam 10 sumber makanan yang tinggi dengan potassium. Pisang sama dengan jugak dengan buah-buahan lain macam apple dan lain lain. Dan lain-lain? (Aku sendiri pun kurang tahu sebenarnya ;D). So pisang selamat dihidang banyak-banyak masa kenduri kawin, arwah dan sebagainya. 

So, akhir kata, pisang untuk makan. Bukan untuk digunakan. Okay?


Sunday, April 15, 2012

Aku berak pun mau tengok?

Salah satu masalah bila berak di tandas awam ni adalah orang yang skodeng kita time berak. Dalam bahasa Sabahnya, panggil 'subuk'. Subuk is skodeng. And skodeng is subuk. Okay?

Orang yang selalu subuk masa berak ni bukan dari atas tandas atau lubang-lubang pintu. Tapi dari bawah pintu tandas. Kalau anda perasan, bayang-bayang anda berak akan kelihatan dalam air yang mengalir bawah pintu tandas tu. Melainkan anda berak tapi tak menghadap pintu. Yakni anda tidak akan perasan semua tu. 

Pernah satu hari tu aku duduk dalam tandas awam. Aku masuk tandas kampung. Which means tandas cangkung. After 5 minute  (anak kampung cakap english), ada sorang akak masuk tandas tu jugak. Dia tunggu aku depan pintu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, aku tidak keluar jugak. Patutnya kalau macam dia betul-betul tidak tahan sudah, apa salahnya dia masuk tandas ala bandar?. Pedulikan la prinsip takut bontot kena candidiasis tu. Emm..yang aku lagi pelik, bila dia sanggup ambil keputusan untuk tengok bayang-bayang aku dalam tandas. Aku respek firasat ingin tahu dia yang tinggi terhadap sesuatu benda. Tapi akak tenung bayang-bayang saya macam tu sebenarnya nak tahu saya ni siapa atau saya buat apa lama-lama kat dalam? Itu tandas awam. Akak tu nampak muka aku pun bukan dia kenal. Tapi aku ingat muka akak tu sampai sekarang. Grr. Dasar PATI!

Moral of da post : Jangan tengok bayang-bayang orang lain dengan cara di atas sebab orang yang ada dalam tandas tu boleh cam anda. Sangat-sangat-sangat cam. 'oo'



Saturday, April 7, 2012

Sebab saya AVATAR!!

Hari ni aku kerja. Hari Sabtu semua orang duduk rumah tapi aku KERJA. Sebabnya...aku mau ambik Time-OFF hari Isnin. Sebabnya...adalah. Rahsia looh :)

Hari ni jugakla aku first time duduk kaunter depan. Jadi tukang bagi nombor sama patient. Tekan bagi tekan bagi tekan bagi. Senang jak sebenarnya kerja tu. Tapi yang tidak menyenangkan hati tu perangai patient. Tambah-tambah lagi dengan perangai sorang auntie yang duduk sekali dalam kaunter tu. Kejap suruh buat ni, kejap suruh buat tu. Secara tidak lansung dia ajar aku untuk buat kerja separuh-separuh, bukan buat sampai SIAP. Aku ni trainee ja. Kawan-kawan aku pun trainee jugak. So jangan layan kami macam orang yang makan gaji. Duit gaji yang dengar-dengar kerajaan mau bagi tu belum confirm lagi. Undi naik dapat la, undi taraa, tara jugakla. Tapi seriusly auntie tu memang persis radio buruk. Arggh, stress! 
(Jangan dia baca belog aku sudah! Haha.)

Kadang-kadang patient ni lawak jugak. Lagi-lagi yang gila. Sudah tau diri tu gila duduk la di rumah. Duduk diam-diam. Suruh la orang lain wakil ambil ubat-ubat tu. Jangan bagi aku seram tangan teketar-ketar tatkala bagi nombor kat kau. Antara perangai-rangai pelik dan aku first time taw masa kerja di hospital adalah seperti..jeng,jeng,jeng.:-

Pesakit gila
Kalau d hospital, kami kategorikan golongan-golongan ni sebagai PSY. Mana boleh sebut panjang-panjang. Diaorang konpem tau. Haha. Pernah suatu hari tu, ada sorang akak dispens ubat untuk orang mental-mental ni. Akak tu bagi la satu tube ubat Daktarin (krim antibiotik untuk penyakit kulit). Tapi tiba-tiba pesakit tu mintak akak tu bagi dia 2 tube. Akak tu pun cakaplah, mana boleh, sebab maksimum boleh bagi 2 tube ja. Orang gila tu mau jugak! mau jugak! mau jugak!. Ketegaq!. Akak tu balas balik takboleh! takboleh! takboleh!. Lepas beberapa minit dia cuba paksa akak tu tapi takberjaya, tiba-tiba pesakit tu cakap " Baik awak bagi saya dua Daktarin. Sebab saya ni AVATAR!" .(Kata PSY tu dengan nada serius!) Hahaha. Akak tu tahan gelak sambil kentalkan hati sampai pesakit tu berambus ikut angin berhembus dengan sendirinya. :D :D :D
Lagi satu, patient yang komplen apa pasal kaler ubat taksama? Aku taknak yang ni, aku nak yang kaler pink tu jugak. Sahih gila! haha



Patient yang tidak patient
Kadang-kadang dalam masa seminggu mesti ada sehari dua macam tu di mana farmasi akan jadi sibuk dan kelamkabut gila-gila. Sebabnya patient datang macam buat rusuhan dekat Out-patient Department kitaorang. Almaklumla, kami kan stesen terakhir yang patient perlu pegi lepas jumpa doktor tu ini, check tu ini. Tapi, bila sudah sibuk macamtu, kakak-kakak & abang-abang dari unit-unit lain akan tolong support & kawal keadaan. Tapi yang menyampahnya, auntie-auntie yang overkalut dengan keadaan tu. Kenapala diorang macam tu T.T. 
Therefore, bila patient ramai, waiting time pun akan naik mendadak jugak. Kadang-kadang ada patient yang marah sebab tidak sabar. Lagi-lagi yang datang cuma untuk ambil ubat 2 3 ketul ja tapi kena tunggu 2 3 jam. Memang la benda tu kalau difikrkan ikut perasaan, memang kita patut marah sebagai patient. Tapi, lain orang lain sakitnya. Orang lain lagi banyak, lagi lama mau tunggu okay! 
Haritu secara live depan mata aku patient baling slip kat muka pharmacist yang bagi nombor. Siap cakap Bastard! lagi. Huish. Seram kott. Tapi padan jugak dengan muka pharmacist tu sebab aku memang tidak suka sama dia. Haahahahahaha. Gelak jahat dalam hati. 

*Tapi kadang-kadang rasa salah kita sendiri jugak sebab kita buat kerja sambil gelak-gelak sakan dalam kaunter padahal patient dah tunggu 5 6 jam di luar. Mestila bila patient lagi naik angin kalau dengar kita macam tu Seolah-olah kita tak respect masa diorang. Sigh.*

Prescription basah?
Yang ni memang sangat pelik. Angin takdak ribut takdak, tiba-tiba slip prescription dari patient datang dengan berairnya. Dari tandas? Jatuh longkang? um..maybe! *sorry gambar real dia ada masalah mau diupload.

Patient on Methadone
Siapa tahu apa tu Methadone? Methadone ialah ubat yang diambil oleh bekas penangih bagi mengurangkan rasa ketagih diaorang tu. So everyday diaorang akan datang pharmacy untuk minum benda tu depan pharmacist. Ubat tu dalam bentuk liquid. Kaler merah dalam botol kecik. 
Masa tengah sibuk bagi nombor datang sorang uncle mau keluarkan something dari dalam beg dia. Aku pun cemas la. Takut jugak aku kalau dia keluarkan apa-apa dari dalam beg dia. Masa tu aku pun terpikir, apa salah aku? Aku bagi nombor ja. Bukan aku yang buat kerja lambat selama ni. ARggghhHHH! Tiba-tiba uncle tu mengejutkan aku dari lamunan. Dia tunjukkan satu kad pengenalan. Macam lesen pun ada. Sudah la uncle tu tunjuk ala-ala polis gerak khas. Aku pun sekali lagi terfikir, apa salah aku? Argh! Argh! Argh!
Rupa-rupanya tu kad Methadone uncle tu. Aku kena ambil then pass sama pharmacist aku. Bodohnya aku tidak tau apa-apa pasal ni. :'((

Tapi lepas sudah tau..nah, asal ada uncle-uncle datang tunjuk kad ja aku pun temberang la juga ambil macam tidak takut dengan uncle-uncle tu. Buat muka penuh tau lagi tu depan kawan-kawan.  Ilmu seciput bangga menggunung. Haha

***
Yang tu jaklah yang dapat aku fikir buat masa sekarang ni. Sebenarnya banyak lagi. Tapi aku lupa. GTG. :)

Friday, April 6, 2012

Cerita Sedap~ Hello Stranger

Ini satu lagi cerita sedap. Of kos la cerita Siam. Memang tidak dinafikan orang-orang belah Siam ini mempunyai daya imaginasi yang kuat & luas (cececeh). No wonder la filem diorang best-best kan. So makan la SOMTAM banyak-banyak~

Cerita ni pasal sorang jate dengan tino yang jumpa kat luar negara masa pegi holiday. Pegi Korea kot. Ala, kampung Keyha la. Dorang tak kenal pun antara satu sama lain. Tapi lastly dorang jadi rapat. Dan not officially jadi kapel sebab tak tunjuk pun dalam filem ini. Tengok bawah. Tino ni meme comeyyy!


Kenapa filem ni letak tajuk Hello Stranger? Sebab..dalam cerita ni jate dengan tino tadi tu tak tau pun nama masing-masing. Tapi sangat sweet la sebab dorang buat macamtu sebab dorang rasa takpayah mau bagitau pun sebab dorang rasa dorang takkan kenal lama then takpayah mau jumpa lagi. Tapi jodoh tidak kemana, sepanjang trip tu dorang ditakdirkan jumpa jumpa jumpa & jumpa lagi secara tidak sengaja. 



Tapi, suatu hari lelaki tu dapat tahu yang girlfriend dia di kampung (mungkin), mau kawin dengan lelaki lain sebabnya dulu dia lari pegi luar negara sebab tidak mau kawin. Salah dia la jugak kan?. Dia tanpa rasa bersalah terus cari tino sorang lagi  tu. Lastly, bila mau balik kampung sudah, girlfriend jate tu datang. Jate tu pun marah la jugak kenapa mau datang cari dia lagi sedangkan dia mau kawin jate lain. Lepastu awek dia pun explain. Sebenarnya jate yang mau kawin dengan dia tu ialah jate tu la. Dia mana ada jate lain selain daripada tu. Boipren dia yang depan mata tu. Tapi semua orang salah faham dan khabar angin sampai kat jate tu.  Mau tidak mau, tino yang sorang lagi terpaksa undur diri.

Cerita Thai mana ada yang ending sedih-sedih kan? So, mau tau cerita seterusnya, apa yang jadi kepada jate dengan tino tu? Download la sendiri~ ;D  



Thursday, April 5, 2012

Yalah, course kau sorang jak la yang paling bagus~

Sekarang ni aku mau cakap pasal kawan yang suka sangat-sangat-sangat bandingkan course study masing-masing. Mentang-mentanglah semua duduk Universiti. Benci-benci-benci. Masa kecik-kecik dulu benda ni tidak pernah pun jadi masalah. Yalah, semua orang belajar benda yang sama. Takkanlah tiba-tiba mau cakap macamni, "Eh, exam UPSR aku haritu susah betul. Memang gerenti markah pun nyawa-nyawa ikan ja. Macamana la cikgu tu bagi soalan ar. Mesti kau punya soalan senang-senang kan. Sebab tu selalu lulus." <-- Ini dialog budak darjah 6 yang duduk sekolah lain, subjek sama, ambik exam pun sama-sama tapi masih mau bandingkan satu benda yang orang lain pun tidak terfikir mau banding. Dari situ kita boleh ukur kebodohan budak tersebut. Tapi dia budak lagi. So halalatun toibbaa, jangan kaitkan dalam cerita ini. Ini cerita orang besar. Kalau kau cakap macamtu memang confirm kau tuuuut! Okay!


Bila kawan-kawan sekolah lama jumpa ramai-ramai ka, U and me saja ka, mesti keluar topik "Di mana kau study sekarang?" & "Apa-apa subjek yang kau belajar?". Serius cakap, memang ramai yang macamni. Terutama sekali pertemuan di antara kawan yang study kolej tajaan dengan kolej cikai-cikai. Kolej tajaan tu bangga kembang-kembang la sebab dia pegi kolej dapat pinjaman Mara la, tajaan bla,bla,bla la. Kolej cikai-cikai pula takat PTPTPTPTN saja. Untungnya kolej tajaan sebab semua benda mau study memang lengkap. Lepas keluar dari situ pun kau akan dijanjikan degan peluang kerjaya yang baik. TETAPI, kalau duduk kolej cikai-cikai, pinjaman kau susah mau dapat, tapi kau study tutup mata pun, bukak-bukak lagi pointer dapat 4. Ada paham? Eh, aku pula yang over main banding-banding sini. Checkout manuskrip dibawah. ;D


Scene 1 :


Kawan : Hello, kau di mana ni?
Aku     : Rumah sewa la. Why?
Kawan : Owh. tiada pa. Saja mau call.
Aku     : Ceh cakap ja la bah kalau kau rindu aku. Kau di mana ni?
Kawan : Sini kolej. KL.
Aku     : Aik, oooo, bukan mau bagitau pun yang kau sudah start study. Bila lagi sampai sini?
Kawan : Baru jak bulan lepas bah. Uik, apa juga kos kau ambik tu?
Aku     : Farmasi ja. Kenapa?
Kawan : Diploma kan?
Aku     : Ya.
Kawan : Berapalah kono yuran kamu?
Aku     : Dalam RM5300 satu sem.
Kawan : Elaun bulanan?
Aku     : RM500++ ja. Kau macaman sana?
Kawan : Owh. Samalah. Kau PTPTPT ka?
Aku     : Tidak la. MARA. 
Kawan : Owh. Aku PTPTPT. 
Aku     : Yaka. Banyak sudah dorang bagi elaun sekarang r. Dulu-dulu sikit ja.
Kawan : Tengok la bah taraf apa aku ambil. Kau apa. Aku degree.
Aku     : (-.-") Yalah. Apa bulih buat. Aku slow-slow ja. Tahun last sudah juga ni.
Kawan : Tahun last pun tengok-tengok lagi aku dulu dapat kerja dari kau.
Aku     : (Dafug man. -.-") Tidak pa la. Yang penting aku mau kasi abis dulu study ni.
Kawan : Yalah. Samalah jugak.
Aku     : Bah, aku tengah kerja ni.
Kawan : Aik, Sabtu pun kamu kena praktikal juga? Memang diploma macam tu?
Aku     : Tidak la. Aku kerja part-time.
Kawan : Yalah kan. Apa bulih buat kan.
Aku     : Ok la aku sibuk ni. Bye.
Kawan : By... (Aku cepat-cepat end call)


Fuhh. Kalau setakat call aku mau bagitau pasal tu baik tidak payah la! Kau dapat sambung degree pun lepas ambik STPM. Selama aku masuk U aku pernah temberang dengan kau macam tu ka? Grrr. Aku tanya kos kau pun tidak sempat sudah kau mau bangga pasal degree cikai-cikai dengan pinjaman cikai-cikai kau tu banding-banding dengan aku. Pinjaman okay, bukan kau ditaja. Argh. Streessss!






  

Monday, April 2, 2012

Ini adik baru saya!

Tepat pukul 3.35 petang 29 Mac 2012, makcik aku dimasukkan ke wad bersalin. Dan akhirnya pada 3.35 petang lahirlah seorang bayi lelaki comel seberat 3.15kg. Tahniah untuk auntie Mass kerana berjaya meramaikan lagi kaum kerabat family kami! Hohohoho




Nama penuh : Mohd Athir Asy'ari Mohd Azhar
Nama panggilan(aku yang bagi) : Apam @ Koby (sedap kan? :D)

****
Perasan tidak zaman sekarang ni makin hari makin ramai orang buang bayi. Babynya banyak (sebanyak 74723 orang sekitar tahun 2005-2009), tapi mak bapak baby tu punyalah susah mau trace. Pelik kan? Subur betul anak-anak remaja sekarang ini kan. Buat sekali tapi sedozen keluar. Dan ini sekaligus membuktikan bahwa fakta tidur dengan handphone berhampiran dengan kepala adalah salah! Hihi. Orang kata kan kalau masa mau beranakkan anak-anak hasil daripada benda-benda tu memang senang. Memang tidak akan rasa sakit lansung. Pendek kata sekali push terus keluar. Betul meh? Apa-apapun silalah amalkan doa di bawah untuk menghindarkan diri dari hasutan syaitan dan dipertemukan jodoh secepatnya. Nasihat untuk aku juga. Eh salah, terutama sekali untuk aku la. Doa-doakan la aku dipanjangkan jodoh dan dipercepatkan niat bina masjid dengannya. :) :) :) 

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan pendengaranku, penglihatanku, hatiku, dan kejahatan maniku.”

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi DEKAT DIBAHU UNTUK DILINDUNGI, DEKAT jua DIHATI UNTUK DIKASIHI.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...