Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Friday, November 8, 2013

Beli kek cawan melalui mesin ATM!

Assalammualaikum!

Okay kalau anda klik link INI ada akan jumpa satu artikel mengenai satu ATM yang menjual CUPCAKES!

Saya takda la suka sangat makan cupcakes. Takpernah try makan lansung pun sebenarnya. Tapi saya suka tengok! Sebab decoration cupcakes kan ada macam-macam. <3 . 
Tapi still tak boleh nak hadam. Sebab saya geli nak makan aising kek.


Jum terjah gambar yang saya kopipasta dari Google

Ni la namanya ATM Sprinkle Cupcake! Hihi. Kalerful bukan?
Tapi harap maklum ATM ni cuma wujud di California sahaja. Sobs.
Yang ni pula ATM yang sama fungsi juga. Tapi berlainan design.
BTW, ATM ni bukak 24/7. Bila-bila anda lapar boleh terus cari benda ni even pukul 12 tengah malam.
Ni contoh screen dia. Macam main game gitteeww~
Decoration yang kurang menarik tapi rasa MUNGKIN sedap. Mungkin.
Beli 10 percuma budak ni! Haha
Ini dia 'chef' cupcakes disebalik machine tu...

Okay saya gurau.

Cerita pasal ni buat saya lapar cookies Subway. <3

Lastly, cadangan saya untuk warga Malaysia, apakat kita buat mesin ATM kuih-muih tradisional? Apamacam? Kalau setuju angguk kepala lajulaju.


Tuesday, November 5, 2013

Dua lelaki bersenjata samun farmasi

Shah Alam

Farmasi

Malam

Suspek Bertopi Keledar

Disyaki membawa pistol

Baca berita selanjutnya di SINI

Saya speechless & feeling insecure.


Btw, silalah berkunjung ke servis farmasi online kami!



Penghantaran percuma sehingga ke depan rumah untuk pembelian RM100 ke atas. Hemohemohemo~

Monday, November 4, 2013

Food Hunter ~ Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t,

Dipendekkan cerita Jumaat yang lepas saya dan Kak Ijah terjah satu kedai makan di seksyen 7 Shah Alam. Sangat dekat gittew dengan I-City. Tapi tu pun boleh sesat jugak masa nak mencari jalan.


Memula tu kami refer belog kepada tuan kedai dulu. 
Not sure sebenarnya samaada dia ni tuan kedai atau siapa-siapa. 
Kalau saya jumpa dia malam tu mesti saya dah tanya. Hmm. 

lai chee kang
Yang ni saya order Lai Chee Kang. Nampak macam air sarsi kan?
Maaf, kualiti gambar agak tidak memuaskan. Gambaq pakai nset 2.0mp memang hasilnya macamni.
Bilalah nak boleh beli DSLR sendiri ni. Arghh.


In the other hand, kalau nak makan/minum Lai Chee Kang SEDAP, kengkorang boleh la cari kat Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Cari satu kedai makan yang hidang buah nyok besaq atas meja. Okay?
Asalnya datang sini nak makan Mee Rebus Ketam tapi disebabkan lapar kehujanan lebat kecravingan for nasik masa otw datang, we end up dengan Kari Ketam + Nasi Putih.
Kak Ijah pulak order Ketam Masak Cili Api + Nasik Putih
Ayat first keluar dari mulut aku masa order sampai depan mata,
"Laa..awat ketam dia kecik sangat, dalam gambaq nampak laieen".
(Cakap ala-ala Shayyyzzzreeaan Fazzllyndda) 
Tapi cuba untuk positifkan tanggapan, mungkin kalau aku order Mee Rebus, depa bagi ketam besaq la kot na? Lapaq punya pasai aku telan p semua. 
Apadia merepek sat guna aku sat guna saya ni. Dem


Total harga semua saya taktau sebab Kak Ijah belanja. Weeeee. 
Sayang Kak Ijah ketak-ketak.
<3 <3 <3
Habis makan kami teruss pegi tengok wayang. Tengok cerita Thor okay. 
Masa tengah beratur nak beli tiket tiba-tiba nampak someone. Seorang insan yang berhati kejam menolak mereject aku dulu. Haha! Kisah lama okay. Besar punya Shah Alam, kat Space U8 tu jugak lah aku jumpa kau! *buat-buat taknampak*

K bye, sambung jadi kuli batak boss. 

Tuesday, October 29, 2013

Wanita Korea obses dengan trend 'eye bag'

So yeah..saya baru balik dari lunch. 
Makan nasik + ayam masak badam + tempe + kerabu mangga + cendawan goreng + jus oren susu = Rm 7.30 . 
Okay ce habaq mai kat aku mana tempat lain dalam Shah Alam ni yang boleh makan semurah itu? ngeh ngeh ngeh. 

Berbalik kepada title, sumber daripada Yahooo yang sangat yahoooo. 
Wanita Korea obses dengan trend 'eye bag'

Dafug?

Tapi ni realiti. Orang Melayu kita (termasuklah saya yang berdarah Bajau ni) punya la terkial-kial mencari produk nak hilangakan eye bag ni. Depa pulak suka-suka hati nak letak. Boleh pulak main add-on add-on. Buat macam tengah makan kat Pizza Hut. 
-.-''

Sebelum ni terus terang saya cakap saya ada eye bag yang agak terok la jugak. Dah lah mata saya memang bengkak semulajadi kan. Kuat nangis. Masa study sekolah menengah saya duduk hostel 3 tahun. Sumpah tak cukup tidur lansung. Saya pun sendiri taktau mana pegi masa-masa tidur saya. Menghabiskan masa 2 3 jam sebelum tidur, mengintai asrama budak-budak lelaki sebenarnya. kahkahkah. 

Bila masuk alam perkerjaan, so adalah duit sikit-sikit beli krim mata Safi Rania Gold. Gold kau..bukan platinum okeehh. =3 

Tapi..tak berkesan. Lemak mata saya terlalu kebal. hmm. 

Then saya try pulak pakai Bio-Oil. Tiap malam sebelum tidur sapu urut-urut sikit kat mata. Perubahannya? Keberkesanannya? Yang tu takpayah ceritalah sebab saya baru pakai 2 minggu. Tapi cerita macam gempak gila dah berjuta tahun pakai sampai mata macam berinnershine kan? 
Makin berkedut-kedut bergaris halus adalahh. Arghh. 

Okay cukup cerita pasal mata saya. Tu bukan main story di sini. But but but..siapa-siapa ada info macamna nak kurangkan kedut-kedut kat bawah mata ni tolong share-share la. Bukan share timun tau.   


hot la sangattt
Kalau nak jugak mata chantaek macam ni, sebelum tidur sila pejam mata rapat-rapat dan bubuh penyepit baju. Bukan 1 tapi 10. Ulang proses selama 7 malam berturut-turut. 



p/s : Jagalah mata, mata menjaga anda. Eh? 

xoxo

Saturday, October 19, 2013

Cinta Terakhir :)

Alhamdulillah.
I am not perfect, but Allah send you to complete me.

"Mungkin kan terputus di tengah jalan, mungkin kan terlerai tanpa ikatan, usah ragu dengan takdir..Mungkin kita kan berbeza haluan, berakhirlah cerita percintaan, segalanya ketentuan Tuhan" :)

Thursday, October 17, 2013

Mas Kahwin Bukan Sekadar Wang Ringgit Tunaiiii :)

Nampak tak title? Macam galok nak menikah gittewww~
First of all, kena tiup timeline blog ni dulu sebab berhabuk lama ditinggalkan. Maafkan mama pinky, mama ada banyak komitmen lain sejak berbulan-bulan ni. :')

Okay, ceritanya begini..


Masa sekolah menengah dulu aku pernah terrrbaca dalam satu majalah pasal kisah pemberian Quran sebagai mas kahwin. Time tu bukan jugak dikatakan aku gatai nak kawin tapi ketidakpuashatiaan lepas baca benda-benda macamtu buat aku tertanya-tanya. So then aku selidik punya selidik dengan orang-orang tua, keputusannya aku layak dapat maskahwin sebanyak RM200.00. Tu pun kalau aku sempat kawin laaa. Phew. 

Sekarang saya sedang berbahagia. Wah gituu~ For the first time in my life ni aku rasa macamni. Hewhewhew



Dan bilamana habis study diploma, sorang classmate aku dipinang orang (laki dia doktor okay, bukan sebarang orang) bermaskahwinkan sebuah surah dari Quran yakni surah At-Tahrim. Dalam kata lain ku pinang kau dengan Bissmillah bermas kahwinkan 12 ayat indah. Cewah. Kalau nak tau surah tu berkenaan dengan apa sila cek-it-out sendiri. Soo sweet kan?!

Then sejak dari itu aku decide kalau aku berjaya..cehh,,BERJAYA baqhang! Kalau aku kawin nanti aku takmao mintak duit sebagai maskahwin aku, aku nak tukaq mintak benda lain. Serius ni! :3

Dan..dan..dan..alhamdulillah baru-baru ni aku jumpa 'seseorang' yang sanggup menyahut cabaran menunaikan maskahwin aku. Huweeee...sangat sangat happy to death. :')))))

Sebabnya aku happy lebih-lebih, sebab sebelum sebelum ni bila aku cakap pasal benda ni, pasal kahwin-kahwin ni la, rata-ratanya rejek request maskawen aku. Tu pasai saya asyik tukaq buang caghi 'calon' laki. T_T

Awak jangan salah sangka, bukan saya saja-saja tolak depa, depa yang tolak saya. T_T  nanges lagiii..sobsss.

Apa-apaponnn...
Saya sayang dia sebab saya kejar cinta DIA. Saya yakin dia mampu bimbing saya. Can't wait to be his makmum <3 (mood galok nak menikah oiii)

Mudah-mudahan dipermudahkanlah segala urusan kami lepaih-lepaih ni na. Moga hubungan berkekalan, dilindungi-Nya & dijauhkan dari segala maksiat. Hat mintak simpang dari maksiat tu yang penting tu. Uhuk! uhuk!


"Aku terima nikahnya si polan binti polan dengan maskahwinnya seperti yang tersebuttttt"

Pasaipa ntah aku yang praktis lelebih ni. K bai


Saturday, July 6, 2013

Janji HOT saya dan OT ♥

Dan diisytiharkan saya akan membuat OT selama 47 jam. Seperti yang telah tertakluk dalam rajah di bawah. Bulan Jun yang lepas saya bayar dengan 4 jam OT. Maka berbaki lagi selama 43 jam. Moga dipermudahkan.
*pengsan*

Wednesday, June 26, 2013

Sweet Sayang ~ Hari Kantin SK Kesapang

Seawal 7.30 pagi mum suruh aku siap-siap pakai baju kurung. Ingatkan pegi kenduri kawin ka, bertunang ka, somewhere somewhat di awal pagi Khamis yang indah macamtu. Rupa-rupanya kena tolong jadi AJK untuk memeriahkan Hari Kantin sekolah Omel.



Sebagai kakak yang baik, saya akur.



Teringat masa sekolah rendah dulu, paling best bila tengok gerai-gerai jualan beratur tepi padang sekolah. Macam-macam ada. Hari Sukan la selalunya. Hari Makan Sedunia bagi aku. Pap mesti bagi duit lebih kalau ada jualan di sekolah.



Tapi musim persekolahan aku, jualan macamni biasa pakai kupon. Beli kupon dengan cikgu then beli di gerai pakai kupon tu. Kurang pasti apa motif buat macamtu. Bayar cash kan senang? Boleh tunjuk depan kawan-kawan yang aku bayar pakai duit kertas. *hari-hari sekolah biasa belanja cuma RM0.70, maksimum RM1.00, tu pun sudah cukup bahagia*



Bila besar sikit baru paham, mungkin cikgu mau elakkan kehilangan dan kejatuhan duit tatkala murid-murid berlari ke sana sini tanpa menghiraukan kocek mereka yang penuh dengan duit syiling, sebab tu la pakai kupon.



Okay, berbalik kepada hari Kantin budak-budak ni, memang sangat haipeningg~ sebab budak kecik is everywhere. Disebabkan ada pertandingan gerai tercantik maka bertungkus lumus la mereka menghias gerai masing-masing.



Dan aku pula, selesai ceramah untuk ibu bapa di dewan, aku diarahkan untuk pantau aktiviti adik-adik. Disebabkan aku ada ramai adik, aku kena berjalan ke setiap gerai untuk beli makanan. Kenyang pun beli juga, nanti adik-adik merajukk.




Tepat jam 12 tengahhari cikgu buka booth karaoke. Eceh, ini yang dinanti-nantikan. 8)



Dan aku dengan rela hati dendangkan lagu Airmata Ibu, duet dengan Yumu. Sangat feel sebab kebetulan hari ibu kan. Yumu sangatlah nerves sampai lupa tiun lagu. Nasib baik air mata nda berguguran jatuh.



Bagi pendapat aku, nda salah pun ajar adik-adik atau anak-anak menyanyi depan orang ramai. Sebab kita boleh bantu dalam membina keyakinan diri mereka. Cewah. Skema. 


Petang-petang sikit, majlis pun bersurai.
Ohya, pesanan dari penceramah, "Sila paksa anak anda untuk makan sarapan pagi & berak" haha. Kbai



Tuesday, May 14, 2013

Suprise Hari Ibu!


♥ 5 petang, di rumah. 
Masa tu aku tengah tidur, tiba-tiba Pap call suruh aku call dia balik. Aku ingat emenjensi apa ja la sampai kalut suruh aku call balik. Dengan rasa malasnya aku call pakai tab, buat loudspeaker.
"Kenapa pap?"
"Pegi kedai kita petang ni, bawa mum, kasi suprise dia Hari Ibu"
"Hah? Kasi suprise dia? Aku pakai loudspeaker bah ni pap. Dia dengar la tu! Haha"
"Naaa. Itulah kan tadi pap cakap call pakai telefon biasa ja"
"Owh. Hehe. Tiada kredit telefon satu lagi"
"Bah bangun la, bagitau mum"
"Okay pap"
Aku bangun, keluar dari bilik tengok mum teda di rumah. Nasib baik. Pegi rumah sebelah, bagitau mum. Mum nda mau ikut, lupa yang malam ni ada tahlil di rumah jiran. Bapa postpone besok.



♥ Lebih kurang 10 malam, hari yang sama. 
Aku pulang dari rumah yang bertahlil. Mum still there. Tengok-tengok pap ada di rumah already. Dengan kek untuk mum. Kami pun plan itu ini macamna mau suprisekan mum.
Then pap plan, off semua lampu & tunggu dorang pulang. Aku siap kek & lilin tengah-tengah rumah. Pap siap bagi idea tambahan lagi mau sembunyi belakang pintu dengan kek tu. Itu memang suprise sungguh. Hihi
Dalam 30minit sebijik kereta masuk parking rumah. Aku cepat-cepat hidupkan semua lilin. Pap tunggu belakang pintu. Bila buka pintu, jeng jeng jeng. Mum tiada. Ada Momoy ja. Hampa. Bila call mum, tengah busy kemas barang-barang di rumah jiran. Okay. Tunggu lagi.

Pap ambil keputusan jemput mum sendiri. Setengah jam kemudian pap balik dengan mum. Yang spoilnya aku and Omel lupa pasal tu, syok-syok goyang kaki tengok tv. Terus suruh Omel kunci pintu then aku cepat-cepat nyala lilin. Everthing jadi kelam kabut. Demm.
Tapi, tapi, tapi, bila mum masuk kami duduk senyap dalam gelap. Mum nampak kek & terus nyanyi lagu Selamat Hari Ibu~  tiup lilin fuh fuhh fuhh. Yeah!

Apa-apapun, ucapan untuk mum nda dapat disampaikan di sini sebab mum bukan baca pun blog aku. Miahahaha.
Love you Mum! We all love you!♥

Sunday, May 12, 2013

Cerita Sedap ~ The Happiness of Kati

Ehem ehem. Test mic.
Okay. Kalau sebelum ni aku suka mengarut pasal cerita-cerita komedi romentik. Harini pula aku teringin untuk introducekan cerita bergenre sedih dan menyayat hati, pendek kata genre balada. Eh?

Sebuah filem sedih dari seberang Siam sana yang memaparkan kehidupan seorang budak perempuan comel bernama Kati, 9 tahun. Sejak bayi lagi Kati tinggal bersama-sama dengan nenek & datuknya di kampung. Kati menjalani kehidupan seperti biasa disamping kawan-kawannya yang lain tanpa kehadiran ibu dan ayahnya sendiri.  *skema*

Jalan cerita agak slow sikit, sesuai ditonton oleh orang-orang yang mempunyai waktu free yang amat banyak. Sebabnya, cerita ni kena tengok dari awal tanpa kelip mata. Banyak flash back & setiap adegan ada makna. Maksudnya, setiap babak tu ada mesej yang mahu disampaikan & berkaitan dengan jalan cerita. Bukan macam sesetengah cerita, yang tayang babak ntah hape hape lepastu buat penonton berfikir, apa kena mengena yang dia buat dengan tu dengan cerita ni? Zero!. Sangat membazir masa okay.

Okay sambung.

Sampailah pada suatu hari Kati diberi peluang untuk berjumpa dengan ibunya di Bangkok. Masa tu ibu Kati hanya ada seminggu je lagi masa untuk hidup, dan segala persoalan terjawab, kenapa ibu Kati tinggalkan dia masa Kati umur 5 tahun.

Aku tak berapa ingat nama penyakit ibu Kati (sebut ibu Kati ni nampak macam mak Kati tu orang indon. Kahkahkah. Joke okay) , tapi yang pasti penyakit mak Kati boleh membawak kemudaratan kepada Kati sebabnya...sila tengok sendiri. Hihi

Bila dah sampai masa yang dijanjikan, mak Kati pun tinggalkan Kati buat selama-lamanya. Then Kati terima satu lagi peluang iaitu untuk berjumpa dengan ayahnya yang memang tak dikenali sejak lahir lagi. Mak Kati simpankan satu surat sebagai amanah supaya Kati boleh jumpa semula dengan ayahnya. Pos ja surat tu then ayah dia konfem datang. Tapii..adakah Kati tergerak hati untuk mengepos surat tersebut? Jeng jeng jeng. Endingnya terpaksa dirahsiakan di sini okay?


Emm. Pengenalan watak dalam cerita ni agak kabur bagi pandangan aku. Kerana watak-watak baru muncul tanpa identiti diri. Sama ada aku terlepas pandang ataupun memang tak diperkenalkan lansung. Dan lagi satu watak seorang budak lelaki sekampung dengan Kati, yang selamatkan dia waktu perahu Kati hampir-hampir dihanyutkan air sungai dek kerana kecuaian mak Kati. Watak ni seharusnya diberi penekanan lebih, sebab dia hero! Hero mana boleh jarang-jarang tunjuk muka! Ataupun filem ni ada sambungan?

Ohya. Filem ni juga banyak paparkan keindahan negara Thailand & budaya mereka di seberang sana. ♥

Dari 10 bintang, aku boleh bagi 8. Filem ini kurang sesuai untuk mereka-mereka yang kurang jiwa sastera dan tengah serabut kepala. Ahaks!

Kbaii~

Friday, May 10, 2013

Tempat Best ~ Gua Tempurung [orentasi]

Assalammualaikum, kum apa kum bet, bet apa betmen~

gua tempurung
Berbalik kepada kenangan lama masa aku mula-mula masuk UniKL Royal College Of Medicine dulu (yang kini khabarnya akan ditukar nama ke Universiti Perubatan Di-raja Perak, kononnya la) . Selepas beberapa hari orentasi keseluruhan kos di Pulau Pangkor, diteruskan pula orentasi untuk kos Farmasi sahaja di Gua Tempurung. Best kan? Best kan? Best kannn? *sila angguk tanda best*
gua tempurung
Berdiri dari kiri : Puteri Syameen, Aku, Addy, Ally, Siti Sarah
Duduk dari kiri : Syamsiah, Fatihah, Aisyah


Okay. Orentasi ni dihandle oleh senior dan super senior kami yang sporting gila gila gila. Eh, terlampau banyak gila pula. Hikhik. Yang paling aku ingat sekali, aktiviti ulat-ulat. Bukan aktiviti ulat tapi kumpulan kami dikehendaki berlakon menjadi ulat. "Buat bunyi ulat, buat bunyi ulat" kata seorang senior aku. Tapi yang bestnya, walaupun disuruh buat macam-macam, lansung tak rasa tekanan terbeban terbuli pun. Bila senior enjoy handle kami, kami pun enjoy follow any aktiviti.
gua tempurung
Seperti biasa, majlis dimulakan dengan senam aerobik berjemaah. Ketua senaman ialah super senior Sabahan aku, Mark Tino. Dan dia gunakan perkataan seperti "siring", "miring", "limpas" yakni membuatkan kawan-kawan lain membuat muka blur. Kau juga la paling manang Mark! Hahaha!
gua tempurung
Aimy Iryani , Si Bunga , Tuan Suriana. Belakang : Abang Bob Jeep
Dan paling tak boleh lupa dan tak boleh blah bila time lunch break aku pegi bayar seringgit kat abang DJ untuk nyanyi duet atas pentas depan food court tu dengan sorang pacik dari mana ntah. Lagu Dua Insan. Kalau suara ala-ala Ziana Zain takpa jugak, ini? Kahkahkah. Niat saja untuk memeriahkan majlis, bukan tergedik-gedik. Maklumlah, mana-mana tempat aku pegi yang ada karaoke-karaoke ni mesti tekak aku gatal mau buat performance. Ceh, performance kau!
gua tempurung
Yang belakang? errr.
Aktiviti seterusnya ialah menerjah Gua Tempurung. Tiket masuk kurang pasti berapa wang sebab kolej sponsor. Kaya tak kolej Kak Ton? :3
Suasana gua agak gelap. Yalah, gelap, nama pun gua. Ada apa dalam gua tu pun aku sudah lupa. Cerita tahun 2009 okeh. Yang aku ingat ada satu seni terbentuk di dinding gua tu yang menyerupai seorang ibu mengandung. Kalau tak silap la.
gua tempurung
Keyhalicious!
Di celah-celah bawah dinding gua tu ada lubang yang keluarkan angin sejuk. Macam air-cond. Ohya, bila masuk gua ni ada 2 pakej sebenarnya, pakej first hanya jalan-jalan dalam gua ikut tangga yang disediakan then korang boleh jalan sepanjang jalan tu dan sedar-sedar lagi dah sampai Banjaran Titiwangsa. Pakej kedua pula terjah gua via jalan bawah, yakni boleh mandi manda dalam sungai kecil dalam gua tu. Mungkin kerana bajet tidak mencukupi, kami cuma dapat menghayati pemandangan omputeh-omputeh bersuka ria mandi dalam air sungai gua yang sejuk-sejuk tu. Huwaaa. Kempunan.
gua tempurung
Yang belakang baju merah tu nama Hadi Bhai.
Gua Tempurung ni dipercayai dapat menembusi gua-gua lain sehingga la ke gua di Pahang dan Kelantan. Gua apa ada di sana? Me sendiri tak ingat. (Sebenarnya memang tak tahu). Sobs.
Dan satu lagi kisah yang tak boleh lupa, sehari sebelum nak pegi orentasi ni, budak-budak batch aku kecoh sebabnya takut nak pegi Gua Tempurung ni. Kononnya ada kes kehilangan budak semasa orentasi di sekitar tempat ni. Kononnya la. Dan ramai yang buat-buat sakit bagai. Punya la tak mau pegi kan? Finally bila sampai tempat yang dituju, aku rasa orang yang paling rugi sekali waktu tu adalah mereka-mereka yang berkurung dalam bilik hostel tatkala orang lain tengah enjoyyy! Tapi, hak berkurung hak kome la kan.
gua tempurung
Yaya Maria :3
Tahun-tahun seterusnya pula batch aku diberi kepercayaan penuh untuk handle orentasi junior-junior yang disayangi. Sayang la sangat!

gua tempurung
Berdiri : Nurfatihah Mohd Zaini , Noraini Abdul Karim
Duduk : Aimy Iryani , Tuan Suriana, Gothle Letswee, Bunga Kembang, Norsyamimi
Apa-apapun, grup aku masa orentasi ni dapat pangkat Johan disebabkan kesportingan dan kerjasama grup kami yang terlampau dahsyat! Ambik kau. Kbaii.

Wednesday, May 8, 2013

Tempat Best ~ I-city Riverview Ipoh, Perak

I-City la sanggaaatt~
Aku menjejakkan kaki ke tempat banyak lampu ni akhir tahun lepas. Konon-kononnya celebrate last final exam untuk diploma, dan itu kali terakhir aku pegi Ipoh dalam tahun tu.
i city ipoh
Ditemani bodyguard FazreenNizam Ishak & badfriend aku FatihahSammy, kami melepak-lepak tak sampai 30 minit di sana. Eksited tengok lampu kaler kaler banyak.
i city ipoh
Tempat ni ada jambatan panjang yang diiringi lampu-lampu, dan semestinya lokasi terbaik untuk buat photoshoot. Perjalanan lebih kurang 10 minit dari Greentown.
i city ipoh
Berdekatan dengan tempat ni ada satu hotel grand. Nasib baik la nak masuk tempat ni tak payah bayar. Nama hotel tu Hotel Riverview ke Frontview. Kurang ingat sudah.
i city ipoh
Anyway, thanx Encik Nizam, bawak kami jalan-jalan.

Tempat Best ~ Taman Gunung Lang, Ipoh, Perak

Okay. Aku dah lupa tahun bila batch aku handle orentasi untuk budak-budak junior ni. Actually, ada dua batch yang handle, dan aku termasuk dalam golongan batch yang datang sekadar untuk meramaikan majlis. Hewhewhew.

Batch yang serius menghandle majlis yakni batch bawah kitaorang tak buat persiapaan yang mantap untuk orentasi ni. Itu bagi pandangan saya la, sebabnya kami yang super senior ni ke hulu hilir tergagap gugup tercari mari aktiviti yang sedang berlansung sebenarnya. So, diharapkan adik-adik sekalian boleh improve lagi pada semester hadapan.
Eh, aku start melalut sudah. Benda 2 3 tahun lepas lagi cekk oii.

Okay.
Apa yang best tentang Taman Gunung Lang ni ialah dia ada air terjun. Yang bila kita berdiri tepi-tepi kolam tu, tempias air terjun terkena kat muka. Pergh, nyaman.
Di air terjun tu jugak la ramai pengantin datang ambil gambar sweet-sweet. Dan aku tidak terkecuali untuk berphotoshoot sendiri. And I feels like a real model walaupun tinggi sangat tidak mencukupi.
So kalau agak-agak suka ambik gambar yang hijau dan segar, bolehlah datang sendiri ke Taman Lang ni eh.

Lokasi taman ni aku agak-agak dalam 15minit dari Greentown, Ipoh. Perjalanan agak slow sikit sebab banyak traficc light. Ohya, highway ke utara Semenanjung Malaysia lalu tempat ni tau. Siapa-siapa yang lalu sini, boleh la take a break dengan singgah manda dalam Tasik Lang dulu. (Pandai-pandai bubuh nama tasik)
Emm.
Lagi yang best, ada playground besar kat luar. Then bila kita naik bot sewa ke seberang tasik, mesti jumpa playground yang lagiii besar. Sewa naik bot dalam 2 3 ringgit kalau tak silap.
Tidak dilupakan juga model rumah-rumah lama berseni dan telaga kosong. Teringat cerita Cun bila duduk dekat telaga ni. Tempat mandi kalau duduk kat kampung kan. I loike it very the much ^__^
Yang pastinya taman ni memang luas sangat dan sesuai untuk sebarang aktiviti orentasi, hari keluarga & rekreasi bersama anak-anak yang ramai. Meja-meja kosong banyak disediakan untuk makan-makan. Tikar bawak sendiri la yee.
Apa-apapun, memang enjoy sebab kawan-kawan ramai join sekali & bagi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ni. Rindu kome semua, sebab sekarang kita masing-masing berhaluan sendiri & jarang jumpa. Sobs.
Ni acara semut pulang ke rumah.Di mana semua orang dikehendaki buka and sambung their stuff. Miss this old shoes. :*
P/s : Satu benda yang aku lupa tanya siapa-siapa, how's Taman Lang got its name?
Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...