Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Monday, January 7, 2013

Belajar Bahasa Bajau Part I

♥aku anak Bajau. Dan aku sangat obses dengan bahasa ibunda♥

Okay.
Beberapa tahun lepas, yakni masa sekolah rendah dulu aku pernah lawat Dewan Bahasa dan Pustaka negeri Sabah. Perasaan aku masa tu memang sangat sangat tidak boleh digambarkan sebab tu salah satu tempat yang aku rasa WOW! sangat kalau dapat pegi!

Aku pegi ikut rombongan sekolah. Sampai sana kami diberi kamus bahasa Kadazandusun. Hepi jugak la sebab sekitar tahun 90-an tu subjek Boros Kadazandusun diterapkan di sekolah rendah. Macam bekas sekolah aku juga lah. SK Tempasuk Dua akan kami ...kan.. kami akan setia tekun usaha, menimba ilmu yang adaa dengan penuh keAzaman~
Sekian lagu sekolah.

Masa dapat kamus tu aku terfikir juga, kamus Bajau tiada? Cikgu kamus Samah tiada ka cigu? Ini ja kamus ada cigu? (Semua la bah juga dipanggil cigu, sedangkan tu staff tempat tu. Ish3..Budak-budak~)

Dan sekarang dengan adanya teknologi internet tanpa wayar yang dipasang dirumah, aku akan berusaha wujudkan kamus bangsa aku sendiri. Sudahlah free, boleh dicopy paste ke belog masing-masing lagi! Haha. (Itu nda serius okay?)

Lagipun kann..Apa guna bapa bayar RM25 tiap-tiap bulan kalau aku nda guna untuk kebaikan kannn? Baik la sangaattt..menaip ja pun.

Sebenarnya ramai juga anak-anak sebangsa aku yang buat blog pasal bahasa Bajau ni. Sebab ianya simple as pimple. Perkataan yang digunapakai dalam bahasa bajau ada sangkut paut dengan perkataan bahasa Melayu. Tapi ada juga lah yang tidak berkaitan lansung sampai membawa maksud yang bertentangan. Yang tu susah lah mau explen & ingat!

Oh ya lagi satu!
Aku ni asal dari Kota Belud. Mama bapa aku asal Kota Belud. Maknanya aku bangsa Bajau Kota Belud. Itu berbeza dari bajau Tuaran, Semporna, Kunak dan sebagainya. Perkataan tu sama, cuma dialeknya berbeza mengikut daerah. Okay?

Kang aku tabuh jugak muluit cabui yang dok kata aku Bajau laut!
*iklan*

Okay.
Antara blog blog yang tersenarai yang kamu boleh buat rujukan dan perbandingan ialah:

Blog Peranak Sama Kota Marudu/Kudat
Blog Cik S*Reena (campuran bahasa Bugis dll. Nda pasti macamana boleh jadi macamtu)
Anak Bazau (Cute blog yang explen pasal Bajau Derawan)
Sabah Forum (Lucu ni komen komen dorang. Haha)
Blog Nik Sensei! (Sorang cikgu yang asal Semenanjung & bertugas di Semporna)
Blog Bajau Blues (Blog ni tersangatlah coolll sebab dia try untuk explen Bahasa Bajau dalam English. Keep it up bro! This blog make me looks so jakunn. Oh my English! Haha)
Rentak Kehidupan : Cik Wadah (Cute purple blog!)
Blog Writing Is Freedom
Blog Encik Mohd Fazli (Belajar Bajau Sulu)
Komuniti Belajar Bahasa Bajau via Pesbuk :D Sini boleh main like-like ni gaman.

And so forth..♥♥♥

Banyak lagi belog belog lain, rajin-rajinkan la diri anda untuk search segalanya di Google okay?

Bila anda anda dan anda sudah buat kajian sepenuhnya, barulah anda akan paham perbezaan antara suku kaum Bajau yang banyak pecahan, bahagian dan pendarabannya ni. Aku yakin kamu duduk 1 tahun di sini ja sudah cukup untuk menguasai bahasa Bajau! (Padahal aku yang berpuluh tahun sudah tinggal sini, masih tergagap-gagap lagi mau bercakap)

In the other hand..cewahh. Kredit untuk adik baik yang bagi aku inspirasi post kali ini. Tepuk tangan untuk adik Rahman Amin! Masih single dan berkerjaya Isnin hingga Sabtu. Berkebolehan dalam menyediakan air sirap, air Milo dan Jus Nyok. Berkenan? Search la pesbuk dia. Huahuahua.

InsyaAllah al-kisah ini akan bersambung lagi..♡

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...