Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Monday, September 5, 2011

Pulut Ayam Padang Besaq

Assalammualaikum

Bulan bulan bulan yang lalu aku pergi thailand. Ok aku tipu. Aku pegi sempadan thailand. Tapi yang tu tiada kena mengena dalam cerita aku. 
Satu pagi yang nyaman aku dihidangkan satu makanan. Pulut ayam. Memang sedap. Dengan pulut yang dibungkus harum pandan dalam daun pisang. Ayam goreng yang rangup. Wow! Lepas tu aku cepatcepat balik rumah suruh mak aku masak sebijik macam tu. eh, aku tipu lagi. rumah aku jauh dari lokasi yang aku pegi. Tapi pendek kata aku memang ada suruh mak aku buat. Tapi kenapa rasa tidak sama. T.T

Bagi kamu-kamu yang mau try. Tengok la kalau sedap ka tidak kamu masak. Ce try resepi bawah ni. Selamat mencoba ;)


  • 1 kilo pulut(rendam dgn air selam 6 jam)
  • 1 ekor ayam di potong 8(perap dgn garam,serbuk perasa)
  • 2 helai daun pandan
  • sos cili thai
  • bawang goreng
  • daun bawang

Cara:
  1. Pulut mestilah dikukus dgn daun pandan terlebih dahulu.
  2. Goreng ayam yang diperap tadi. 
  3. Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.
  4. Siap!!

2 comments:

  1. bukan kedut je ye. Dracula sekali hehe^^

    ReplyDelete
  2. banyak la kau pny dracula. geget nak geget? haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...