Kisah ni berlaku lebih kurang 30 tahun yang lepas, diceritakan dan disaksikan sendiri oleh Mum aku. So aku sekadar berkongsi sebagai pengajaran kepada anak-anak gadis macam aku. Bukan niat mau buka aib orang lain, sekadar berkongsi pengalaman okay?
Dimulakan cerita, hal ni jadi di salah satu kampung dalam daerah aku. Bilamana satu kampung tu digemparkan dengan keadaan seorang anak dara yang sakit tenat terlantar berserta perutnya yang membusung. Paham apa membusung? Maksudnya perut yang besar. Bukan busung yang tu. No no no.
Dipendekkan cerita, kebetulan nenek saudara aku kerjanya mengubat orang. Maka dipanggil la dia untuk mengubati penyakit busung anak dara tersebut.
*Ambik feel, aku try gubal ayat ikut style orang dulu-dulu.
Dengan keadaan sedar tapi tidak terdaya untuk melakukan apa-apa, anak dara malang tersebut hanya mampu mengalirkan air mata dan terbaring kaku di ruang tamu rumah. Pada awalnya Mum aku rasa hal ni mungkin disebabkan oleh buatan orang. Maklumlah, anak dara bergetah, lawa lagi, mana-mana pegi mesti ada orang dengki.
Nenek saudara aku mulakan proses pengubatan mengikut caranya. Akhirnya didapati anak dara tadi pernah meninggalkan tuala wanita yang belum dibasuh, diselit pada pohon pisang. Anak dara yang tenat mengakui. Seluruh kaum keluarga seraya mencari pohon pisang yang dimaksudkan, yakni di belakang rumah. Ayahnda anak dara jatuh pengsan. Pohon pisang yang ditanam sendiri olehnya itu terselit banyak tuala wanita beserta darah haid yang masih berbekas. Seluruh kaum keluarga bingung. Macamana benda ini boleh terjadi tanpa siapa-siapa pun sedar? Namun pohon pisang terus dibersihkan dan ditebang selepas mendapat kata sepakat. Tapi..
Innalillahiwainnalillahirojiuun, anak dara telah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum sempat segala-galanya selesai. Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang terjadi atas muka bumi, segala yang halus dari pancaindera kasar kita ini. Moga kisah ini jadi pengajaran buat anak-anak gadis di luar sana. Kisahnya ringkas, tapi penuh manfaat. Darah haid kena cuci bersih-bersih ya adik-adik? Sebab syaitan suka kacau orang yang dalam keadaan kotor. Kalau dapat 'benda' yang kotor tu lagi la 'diorang' suka. Kalau agak-agak 'tembus' di seluar or cadar, cepat-cepatlah basuh. Masa sebelum tidur pula banyakkan dengar bacaan surah dan zikir. Supaya nda mimpi macam-macam. Itu pendapat Cikgu Suzy yang bercakap melalui pengalaman. Ehem.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
♥ Surah Al-An’aam : Ayat 112 :
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُون
َ“ Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu “ .
P/s : Wanita yang bergelar ibu kepada anak dara, pantau anak anda sekarang!
No comments:
Post a Comment