Harini aku rajin sikit so aku try-try la buat kek Marble. Dari dulu teringin mau buat tapi malas. So sekarang aku rajin.
Memang senang ja mau buat, tapi aku buat kesilapan yang amat besar sekali iaitu aku lupa yang kek ini akan kembang mengembang sekembang-kembangnya bila di bakar. Almaklumlah, aku selalu buat kek kukus ja. Lemah betol aku bab-bab benda yang melibatkan oven ni.
Patutnya letak separuh span ja, tapi aku dengan penuh konfiden letak penuh acuan dalam span. Huhu
Sebelum masuk oven memang rupa dia perfect gila berserta corak. Aku bangga. Kembang hidung aku tengok kek aku lawa. Tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut di tengah hari. Akhirnya kek yang dibakar tidak menjadi, aku kukus sampai puas hati.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment