Seawal 7.30 pagi mum suruh aku siap-siap pakai baju kurung. Ingatkan pegi kenduri kawin ka, bertunang ka, somewhere somewhat di awal pagi Khamis yang indah macamtu. Rupa-rupanya kena tolong jadi AJK untuk memeriahkan Hari Kantin sekolah Omel.
Sebagai kakak yang baik, saya akur.
Teringat masa sekolah rendah dulu, paling best bila tengok gerai-gerai jualan beratur tepi padang sekolah. Macam-macam ada. Hari Sukan la selalunya. Hari Makan Sedunia bagi aku. Pap mesti bagi duit lebih kalau ada jualan di sekolah.
Tapi musim persekolahan aku, jualan macamni biasa pakai kupon. Beli kupon dengan cikgu then beli di gerai pakai kupon tu. Kurang pasti apa motif buat macamtu. Bayar cash kan senang? Boleh tunjuk depan kawan-kawan yang aku bayar pakai duit kertas. *hari-hari sekolah biasa belanja cuma RM0.70, maksimum RM1.00, tu pun sudah cukup bahagia*
Bila besar sikit baru paham, mungkin cikgu mau elakkan kehilangan dan kejatuhan duit tatkala murid-murid berlari ke sana sini tanpa menghiraukan kocek mereka yang penuh dengan duit syiling, sebab tu la pakai kupon.
Okay, berbalik kepada hari Kantin budak-budak ni, memang sangat haipeningg~ sebab budak kecik is everywhere. Disebabkan ada pertandingan gerai tercantik maka bertungkus lumus la mereka menghias gerai masing-masing.
Dan aku pula, selesai ceramah untuk ibu bapa di dewan, aku diarahkan untuk pantau aktiviti adik-adik. Disebabkan aku ada ramai adik, aku kena berjalan ke setiap gerai untuk beli makanan. Kenyang pun beli juga, nanti adik-adik merajukk.
Tepat jam 12 tengahhari cikgu buka booth karaoke. Eceh, ini yang dinanti-nantikan. 8)
Dan aku dengan rela hati dendangkan lagu Airmata Ibu, duet dengan Yumu. Sangat feel sebab kebetulan hari ibu kan. Yumu sangatlah nerves sampai lupa tiun lagu. Nasib baik air mata nda berguguran jatuh.
Bagi pendapat aku, nda salah pun ajar adik-adik atau anak-anak menyanyi depan orang ramai. Sebab kita boleh bantu dalam membina keyakinan diri mereka. Cewah. Skema.
Petang-petang sikit, majlis pun bersurai.
Ohya, pesanan dari penceramah, "Sila paksa anak anda untuk makan sarapan pagi & berak" haha. Kbai
No comments:
Post a Comment