Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Thursday, October 17, 2013

Mas Kahwin Bukan Sekadar Wang Ringgit Tunaiiii :)

Nampak tak title? Macam galok nak menikah gittewww~
First of all, kena tiup timeline blog ni dulu sebab berhabuk lama ditinggalkan. Maafkan mama pinky, mama ada banyak komitmen lain sejak berbulan-bulan ni. :')

Okay, ceritanya begini..


Masa sekolah menengah dulu aku pernah terrrbaca dalam satu majalah pasal kisah pemberian Quran sebagai mas kahwin. Time tu bukan jugak dikatakan aku gatai nak kawin tapi ketidakpuashatiaan lepas baca benda-benda macamtu buat aku tertanya-tanya. So then aku selidik punya selidik dengan orang-orang tua, keputusannya aku layak dapat maskahwin sebanyak RM200.00. Tu pun kalau aku sempat kawin laaa. Phew. 

Sekarang saya sedang berbahagia. Wah gituu~ For the first time in my life ni aku rasa macamni. Hewhewhew



Dan bilamana habis study diploma, sorang classmate aku dipinang orang (laki dia doktor okay, bukan sebarang orang) bermaskahwinkan sebuah surah dari Quran yakni surah At-Tahrim. Dalam kata lain ku pinang kau dengan Bissmillah bermas kahwinkan 12 ayat indah. Cewah. Kalau nak tau surah tu berkenaan dengan apa sila cek-it-out sendiri. Soo sweet kan?!

Then sejak dari itu aku decide kalau aku berjaya..cehh,,BERJAYA baqhang! Kalau aku kawin nanti aku takmao mintak duit sebagai maskahwin aku, aku nak tukaq mintak benda lain. Serius ni! :3

Dan..dan..dan..alhamdulillah baru-baru ni aku jumpa 'seseorang' yang sanggup menyahut cabaran menunaikan maskahwin aku. Huweeee...sangat sangat happy to death. :')))))

Sebabnya aku happy lebih-lebih, sebab sebelum sebelum ni bila aku cakap pasal benda ni, pasal kahwin-kahwin ni la, rata-ratanya rejek request maskawen aku. Tu pasai saya asyik tukaq buang caghi 'calon' laki. T_T

Awak jangan salah sangka, bukan saya saja-saja tolak depa, depa yang tolak saya. T_T  nanges lagiii..sobsss.

Apa-apaponnn...
Saya sayang dia sebab saya kejar cinta DIA. Saya yakin dia mampu bimbing saya. Can't wait to be his makmum <3 (mood galok nak menikah oiii)

Mudah-mudahan dipermudahkanlah segala urusan kami lepaih-lepaih ni na. Moga hubungan berkekalan, dilindungi-Nya & dijauhkan dari segala maksiat. Hat mintak simpang dari maksiat tu yang penting tu. Uhuk! uhuk!


"Aku terima nikahnya si polan binti polan dengan maskahwinnya seperti yang tersebuttttt"

Pasaipa ntah aku yang praktis lelebih ni. K bai


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...