Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Tuesday, October 29, 2013

Wanita Korea obses dengan trend 'eye bag'

So yeah..saya baru balik dari lunch. 
Makan nasik + ayam masak badam + tempe + kerabu mangga + cendawan goreng + jus oren susu = Rm 7.30 . 
Okay ce habaq mai kat aku mana tempat lain dalam Shah Alam ni yang boleh makan semurah itu? ngeh ngeh ngeh. 

Berbalik kepada title, sumber daripada Yahooo yang sangat yahoooo. 
Wanita Korea obses dengan trend 'eye bag'

Dafug?

Tapi ni realiti. Orang Melayu kita (termasuklah saya yang berdarah Bajau ni) punya la terkial-kial mencari produk nak hilangakan eye bag ni. Depa pulak suka-suka hati nak letak. Boleh pulak main add-on add-on. Buat macam tengah makan kat Pizza Hut. 
-.-''

Sebelum ni terus terang saya cakap saya ada eye bag yang agak terok la jugak. Dah lah mata saya memang bengkak semulajadi kan. Kuat nangis. Masa study sekolah menengah saya duduk hostel 3 tahun. Sumpah tak cukup tidur lansung. Saya pun sendiri taktau mana pegi masa-masa tidur saya. Menghabiskan masa 2 3 jam sebelum tidur, mengintai asrama budak-budak lelaki sebenarnya. kahkahkah. 

Bila masuk alam perkerjaan, so adalah duit sikit-sikit beli krim mata Safi Rania Gold. Gold kau..bukan platinum okeehh. =3 

Tapi..tak berkesan. Lemak mata saya terlalu kebal. hmm. 

Then saya try pulak pakai Bio-Oil. Tiap malam sebelum tidur sapu urut-urut sikit kat mata. Perubahannya? Keberkesanannya? Yang tu takpayah ceritalah sebab saya baru pakai 2 minggu. Tapi cerita macam gempak gila dah berjuta tahun pakai sampai mata macam berinnershine kan? 
Makin berkedut-kedut bergaris halus adalahh. Arghh. 

Okay cukup cerita pasal mata saya. Tu bukan main story di sini. But but but..siapa-siapa ada info macamna nak kurangkan kedut-kedut kat bawah mata ni tolong share-share la. Bukan share timun tau.   


hot la sangattt
Kalau nak jugak mata chantaek macam ni, sebelum tidur sila pejam mata rapat-rapat dan bubuh penyepit baju. Bukan 1 tapi 10. Ulang proses selama 7 malam berturut-turut. 



p/s : Jagalah mata, mata menjaga anda. Eh? 

xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...