Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Wednesday, January 22, 2014

Poket Doraemon ~ Magicnya eyeliner!

Assalammualaikum ladies and gentlemeenn, boyss and girlsss! *buat muka comel*
Kelas kau nyah cakap ala-ala Shaazzreeenn Fazzllyynndaaaa....

Okay harini seperti yang diwar-warkan dalam tajuk..MAGICNYA EYELINERR (Magic la sangat) saya akan mendemokan cara-cara memakai eyeliner paling selekeh dan paling simple dan paling comot tapi still memberi effect yang berbeza kepada seri wajah anda.

Oleh kerana saya seorang yang teramatlah malas untuk membuka youtube, belajar cara-cara pakai eyeliner secara sahih dan kemas, maka saya pun terkontang-kantinglah belajar sendiri.

Ramai orang tak rasa konfiden untuk cuba pakai eyeliner kan? Tapi percayalah, once anda tahu macamna senangnyalahaiterber pakai eyeliner, automatikli akan lahir satu perasaan dalam jiwa anda yang mana anda akan rasa down gila gila gila bila ke kolej ke tempat kerja ke keluar dengan kawan-kawan tanpa pakai eyeliner. Bagi yang sudah berkahwin tu, ke hadapan suami la kan? Ehem.

Atau hanya saya seorang sahaja yang berperasaan begitu disebabkan saya acap kali ditegur pucat, sakit, macam orang hilang laki, bla bla bla bila tak pakai eyeliner? Hmm..

Okay apa-apapun check-this-out!
 

 First of all, anda semua memerlukan mata. Mata anda yang original ya, bukan hakunamatata. Seperti contoh di atas.

Dan semestinya anda memerlukan eyeliner. Bagi eyeliner berbentuk pensel, pastikan tidak tumpul dan tidak terlalu tajam yee.
 
Liquid eyeliner pula, pastikan ianya tidak kosong.

Mulakan dengan melukis kelopak bawah mata anda, dari hujung anak mata ke bahagian hujung mata yang satu lagi. Boleh paham kan?
 
Lebihkan sedikit lakaran pada hujung anak mata.


Dan kemudian calitkan liquid eyeliner dari hujung kelopak mata hingga kelopak dalam mata.

Pastikan calitan tersebut mengikut lakaran pada kelopak mata bahagian bawah tadi.


Elakkan dari membuka mata selagi eyeliner belum kering sepenuhnya. =.=”

Dan hasilnyaaaa!


Nampak perbezaan yang ketara kan?


Okay yang ni rumusan eyeliner yang magic gila ni. Abaikan kaler kulit muka yang kejap cerah kejap pink kejap kuning sebab saya baru inject genetic sesumpah dalam badan.




Malam hari pegi race,
Naik skyline usah bermegah,
Lepas baca cuba try test,
Terima kasih sudi singgah!

xoxo



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...