Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Tuesday, January 14, 2014

Poket Doraemon ~ Alat Solek yang Simple!

Sambil-sambil try guna balik kamera 14.1 mega pixels, mai nak tunjuk serba-serbi alat-alat solek yang HARUSS ada di rumah mahupun dalam beg sandang anda!
 
First of all, bila pakai mekap mestilah pakai bedak ye dop?  Okay, Krim Kecantikan Safi Rania Gold ni sebagai pengganti kepada BB Cream. Ianya lebih murah dan lebih berbaloi. Satu bekas kecik ni boleh pakai hampir setahun uols. And I pakai hari-hari okayy. Gedik. Ehem. Plus minus, krim ni sesuai untuk semua warna dan jenis kulit, furthermore, ia tidak berminyak. Selain itu juga, bila pakai krim ni, anda tidak lagi memerlukan bedak kompak yang perlu ditouchup dua tiga empat kali sejam. Dan yang pasti, ianya tidak akan menampakkan kaler muka beza dari tangan. Tapi kalau risau kaler muka beza dari kaler leher,better hang pakai lah tudung, hang takpayah ghisau apa dah lepaih tu. :')


Yang kedua pulak, SilkyGirl 1-in-1 Eyeliner. Selain daripada senang dipadam dari mata, eyeliner ni jugak boleh memberikan kesan untuk membesaARRRkan mata anda. Aku prefer pakai kaler coklat untuk bawah mata sebab boleh buat mata jadi kaler-kaler hazel macam kacang giteew. Selain itu jugak, pemakaian eyeliner pada bawah mata boleh mengurangkan ketaraan eyebag anda. Maaf, tatabahasa ke laut. Tapi serius!, bagi siapa-siapa yang ada double eyebag macam aku, pemakaian eyeliner pada bawah mata sentiasa memainkan peranan yang penting. Mengelakkan muka anda kelihatan sangat sangat sangat pucat walaupun memakai krim.
Yang ini pulak liquid eyeliner dari IN2IT. Ianya waterproff tapi senang ditanggalkan dari mata. Liquid eyeliner biasanya diguna pada kelopak atas mata. Hasilnya lebih kemas berbanding anda gunakan eyeliner berbentuk pensel. Bagi yang kurang pandai bermekap kaler kaler, bolehlah gunakan eyeliner yang berkaler-kaler jugak sebagai pengganti. Dan bagi sesiapa yang berkulit cerah, elakkan daripada memakai eyeliner berwarna coklat pada kelopak atas mata. Ini akan membuatkan mata anda nampak lebam. Tak caya cuba try test.
Dan bagi yang nak melaram lebih sikit kat kenduri kendara tu, boleh try pakai Avon one Great mascara bagi menambahkan ketebalan bulu mata anda. Tapi kalau setakat ke kolej, pejabat etc, dinasihatkan jangan pakai maskara sebabnya maskara agak leceh dan susah untuk dibasuh. Tambah-tambah bila nak ambil ayaq sembayang, tak boleh nak gurantee yang sisa maskara tu boleh tanggal dari bulu mata. Cakap dari pengalaman yang terpaksa gugurkan airmata sebab nak tanggal maskara. Sakit oo.
Last but not least, pelembab bibir dari IN2IT. Ni sesuai untuk gadis-gadis yang mempunyai bibir yang kering dan pucat. Namun begitu, pemakaian pelembab bibir hendaklah bersesuaian dengan anda kerana sekiranya pelembab bibir yang anda beli mahal-mahal tu tidak menepati kriteria, maka bibir anda akan pecah pecah merekah dan luka berdarah.Jadi no function la kalau pakai pun. Maknyanya anda kena cuba brand atau perasa pelembab yang lain. Trust me.

Okay cukup mengarut dengan ayat-ayat skema. Aku sekadar berkongsi.
Akhir kata,
Tambah gula dalam minuman,
Muka dah manis, rugi laa kalau hang x senyum kan kan kan?

K bye


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...