Assalam..
Post kali ni aku mau kongsi pasal satu kisah yang aku alami sendiri. Untuk renungan kita bersama. Minggu lepas aku sempat pegi satu majlis kebudayaan Bajau di satu kampung. Belum pun selesai semua acara, majlis tersebut terpaksa ditutup tirai dengan penyampaian hadiah kerana menerima khabar kematian seorang penduduk kampung yang sakit tenat dan jenazahnya baru bertolak dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Sekitar pukul 11 malam kami segera ke rumah keluarga arwah. Ketika itu kaum saudara mula bersiap-siap membersihkan kawasan rumah, memasang kem dan menyediakan tempat di mana jenazah arwah dimandikan. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar kerana memang ramai saudara yang datang membantu.
Aku dan adik sepupu menunggu di kaki lima luar rumah. Lebih kurang pukul 1 pagi van jenazah pun sampai di halaman. Apa yang mengejutkan aku, sebaik sahaja jenazah dibawa keluar dari perut van, aku mula tercium bau wangi. Subhanallah, aku sajakah atau semua orang pun ada terhidu bau yang sama?
Jenazah diangkat ke tingkat atas dan diletakkan ditengah-tengah rumah, sekali lagi bau wangi tersebar. Ada sesekali terselit bau kapur barus, mungkin bau dari keranda besi hospital.
"Wangikan Kak Pip?" Soal adik sepupu aku. Dia pun sedar rupanya.
Saat tu, benda pertama yang terdetik dalam hati aku "Bila aku mati nanti, mayat aku wangi macamtu juga ka? Atau sebaliknya?". Dan sekarang aku baru faham, kenapa apabila kita menziarahi orang mati, akan mendekatkan kita kepada mati. Jawapannya kita kena cari sendiri.
Aku cuba share kisah ni dengan seorang kawan. Lepastu kawan pesan, sebab tu selagi kita hidup kita kena buat baik, dengan diri sendiri, dengan orang lain, jangan buang masa dengan benda lain, antara azan dengan solat, sebegitu singkatlah hidup kita.
Wallahualam. ♥
No comments:
Post a Comment