Assalam..
Harini hari Jumaat dan seperti biasa aktiviti aku pegi kelas mengaji Quran. Tiba-tiba dapat khabar ada saudara yang sedang sakit tenat. Belum sempat pun kenduri ke-10 hari saudara yang meninggal sebelum ini, sudah ada yang dalam separuh perjalanan menerima panggilan menghadap Ilahi. Singkatnya masa kan? Aku sendiri kadang terlalai. Hari ni hari apa? Esok hari apa? Mana pergi hari Rabu saya? Itulah aku.
Kalau sebelum ni aku selalu tengok orang sakit tenat di hospital, tempat aku mempraktikalkan diri selama setahun. Yang mana rata-rata pesakitnya lansung aku nda kenal. Cucuk hos sana sini. Bau ubat jadi perfume diri. Bila mana kalau aku disuruh masuk setiap wad untuk ambil statistik bulanan pun aku fikir 2 3 kali. Rasa kesian memang ada, rasa takut lagi ada. Kita belum rasa macamna keadaan di tempat dorang, doktor yang datang ronda pesakit pun boleh sampai menangis-nangis. Apakan lagi aku yang cuma lalu kejap, itu pun seboleh-bolehnya elak dari pandang dorang, sebab dorang macam nda pernah kehabisan airmata, aku mau senyum pun rasa bersalah. La tahzan pesakit-pesakitku, seaungguhnya sakit itu penghapus dosamu :'(
Okay okay okay.
Berbalik kepada cerita asal. Ini dialog aku dengan mum:
"Mum, muda lagi orang yang sakit tu?"
"Muda lagi. 40 pun belum sampai"
"Jadi kenapa jadi tenat betul sudah macamtu? Lama betul sudah dia sakit."
"Dia nda pegi berubat. Dia tau sudah dia sakit, tapi she refuse any treatment, chemo apa semua tu nda mau." (Mum aku versi orang putih, imaginasi aku)
"Aik, kenapa? Teda duit?"
"Nda. Laki dia buat hal, tu yang dia nda mau berubat, seksa diri sebab laki. She suppose to go on lah bah kan kalau sudah jadi macamtu, ikut sangat hati, merana diri. Kanser rahim bah tu. Bukan sakit biasa"
"Ohh. Susah juga kalau macamtu. Emm"
Dari malam semalam dorang mulakan bacaan Yassin, start dari tu pesakit nda mampu cakap sudah.
Tapi, dari pandangan seorang gadis 22tahun macam aku, apa yang aku belajar dari semua ni..
♥ Lumrah hidup dalam dunia ini sakit dan disakiti, tipu dan ditipu, curang dan dicurangi, benci dan dibenci dan banyak sangat sangat lagi hal-hal yang boleh ubah hidup kita dalam sekelip mata. Pada masa tu kita kena ingat, itu semua ujian dari Allah, dengan adanya pelbagai ujian tu kita boleh belajar lebih matang, secara tidak lansung dekatkan diri kepada-Nya, Dia yang mengurniakan kita perasaan marah, Dia jugaklah yang mampu memberi kita rasa sabar. Tahniah lah bagi orang-orang yang bersabar yakni orang-orang tersebut termasuk dalam golongan orang yang senang menerima kenyataan. Pendek kata yang aku boleh kategorikan sebagai orang yang membaling bunga kepada sesiapapun yang memberikannya najis. Maksud aku, taik. Jangan bersedih kalau orang nda cuba untuk hargai kita tetapi sedihlah kepada diri sendiri kerana selama ini membiarkan diri terus menerus berkorban kepada 'orang' tersebut. Buat semangat baru dan yakin kita pasti akan jadi lebih baik dari diri kita yang dahulu.
♥ Jangan seksa diri hanya kerana seseorang yang tidak tahu menghargai. Kita korban diri untuk 'mereka' kononnya untuk mendapatkan perhatian, masalahnya berbaloi kah? Jawapannya tidak, sebabnya 'orang-orang' yang macamtu hanya akan mula mencari bila mereka terasa kehilangan. Maknanya selagi 'mereka' rasa 'cukup', selagi itu orang yang berharap akan terus berharap. Macam lagu Harapan, harapan terkulai layu~ . Maknanya walaumacamnapun orang buat dengan kita, kita jangan jatuh! Jangan ikut hati, nanti merana diri. We need to be strong! Oyeah!
♥ Syurga seorang wanita tu di bawah telapak kaki suami. Memang aku respek mama-mama, ibu-ibu, ummi-ummi yang tetap setia dengan hubby-hubby dorang walaupun terpaksa makan hati berulam jantung setiap hari. Hitam kata laki hitam jugalah keadaan diri, putih kata laki putih jugalah langkah kaki. Tapii..tu nda bermaksud isteri hilang hak untuk buat keputusan terbaik untuk diri sendiri! Mama-mama, ibu-ibu, ummi-ummi mesti kena go on life walaupun laki buat macam-macam, kalau bukan pun untuk diri sendiri mestilah untuk anak-anak. Transform diri jadi 'hot mama', asalkan jangan menyimpang hukum hakam Islam pun boleh. Gerenti laki datang balik. Kan?! [Nda tau mau hurai macamana, belum ada pengalaman dalam situasi ni. Ayat pun berterabur. Huahuahua]
♥ Wanita kuat membebel bila lelaki buat salah. Haa..yang ni apa yang aku tengok sendiri antara parents aku. Bapa pun mengakui, mama cuma akan bising-bising bila bapa ada buat salah, selain daripada tu never! Haha. So bila kaum bapa-bapa start cakap macamni "manalah laki dia nda cari lain, kalau bini dia mulut bising betul." , then kaum mama-mama pun jawab macam yang aku cakap tadi la, perempuan cuma akan bising bila lelaki buat salah. Maknanya? Fikir fikir fikir.
♥ emm. Lastly, kenapa orang selalu rasa menyesal bila benda tu sudah tiada lagi? First time aku nampak si isteri terlantar & disuapkan bubur oleh suaminya sendiri, dalam hati aku terdetik "I wish that I could have someone like him, ini betul-betul setia hujung nyawa" , TAPI, bila mama cakap bila si isteri sudah nda upaya lansung mau cakap mau bangun macamtu, barulah si suami tunjuk muka, aku terus tarik balik apa aku cakap tadi! Oohhh..selama ni sibuk pergi berfoya-foya dengan isteri muda bergetah tu nda pula terfikir pasal bini yang ni! Hati aku pula cakap lagi "Biarlah orang lain mau kata apa pun, I wish that you will be beside her hingga ke hembusan nafas terakhir sebab kuranglah sikit rasa menyesal kau selepas kau kehilangan dia nanti. Tengok lah sebelum ni, kau buatlah macamana pun tapi dia still stay for you, she's a good women eventhough dia buat stupid desicion sebab terlalu sayangkan kau, ini takdir yang Allah tentukan untuk dia, orang lain nda akan faham macamna rasanya di tempat dia. Wahai si suami, jagalah dia selagi ada masa" .
♥ Semuda-mudanya isteri muda, akan tua juga akhirnya.
Peluang untuk pesakit kanser untuk sembuh amat tipis, lagi-lagi bila sudah sampai tahap yang macamni. Doakan agar pesakit dapat melalui segalanya dengan tenang & lancar. :')
#sekadar pandangan dari pikiran hamba yang daif.
No comments:
Post a Comment