Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Thursday, May 10, 2012

Cara buat puding buah yang sedap & simple


Resepi ini untuk lebih kurang 20+ cawan puding. Cawan yang medium tau. Bukan yang paling kecik. Terpulang pada anda banyak mana kuantiti yang anda tuang dalam bekas tu. :)


Bahan-bahan yang korang wajib perlukan ialah:
  • Serbuk puding - Aku syorkan supaya korang cari satu serbuk puding yang ada lukis rama-rama kecik-kecik comel-comel. Kurang pasti apa jenama tapi sebuk ni aku dah guna sejak 4 tahun lepas & memang sedap berbanding serbuk-serbuk lain. Sebabnya dia bagi perasa yang betul. Kalau rasa coklat, memang akan jadi rasa coklat, kalau rasa strawberry hasilnya nanti memang rasa strawberry. Jenama lain selalu tipu. Try cari okay!
  • Air suling - Err. Air putih la. Takkisah la kalau sudah masak ka belum. Yang penting boleh minum
  • Gula - Gula kasar. Takpayah kisar-kisar. Nanti hancur jugak tu.
  • Susu cair - 1 bungkus serbuk puding bersamaan dengan 1 tin susu cair. Jangan lebih jangan kurang.
  • Pastikan dalam pek serbuk tu ada disertakan (wuish, disertakan gitewww) 1 pek kecil serbuk buah-buahan.
Langkah-langkah:
  • Tuangkan 3liter air ke dalam periuk besar. Janganla besar sangat. Yang sedang-sedang saja. 
  • Panaskan air tu atas dapur gas (Takkan la dalam oven pula)
  • Buka susu cair tadi, tuang sampai habis dalam periuk tu.
  • Masukkan satu senduk gula. Tapi kalau agak-agak banyak sangat, kurangkan la :)
  • Biarkan bahan-bahan tu mendidih.
  • AMARAN : Gula kasar & gula buah-buahan tak sama tau. Jangan cuba-cuba masukkan gula buah-buahan buat masa sekarang ni. Tapi kalau mau try juga try la. Jangan tanya aku pula kalau puding korang tiba-tiba jadi awan nano. Dapat bayangkan? Hoho
  • Sambil-sambil tunggu bahan-bahan mendidih, susun la cawan-cawan atau bekas-bekas yang korang nak guna tu. Susun kemas-kemas sikit. Lap-lap sikit. Kalau orang nampak pun takla dorang geli sangat nak makan air tangan korang. Hihi
  • Bahan-bahan tadi dah siap belum?
  • Kalau dah, matikan api gas. Lepastu masukkan serbuk puding. Kacau sampai serbuk tu dissolve. Masa tu mesti dah ada haruman-haruman sedap dari masakan korang tu.
  • Then baru masukkan serbuk gula buah-buahan. Kacau lagi.
  • Bila dah rasa okay, tuang la dalam bekas. Yang ni kena cepat sikittt okay.
  • Better biarkan puding tu sejuk dulu kat luar sebelum masuk dalam peti sejuk. Sebab bila terus masukkan nanti puding tu akan berpeluh-peluh. Tak sedap dah la~
Bagi yang berminat nak buat puding 3 4 5 layer pula, step dia sama ja macam di atas. Cuma caranya kena betul-betul pastikan layer yang dibawah betul-betul keras sebelum buat layer yang baru. Aku pernah try buat layer dengan tambah pewarna dalam puding tu. tapi hasilnya mengecewakan sebab pewarna tu ubah rasa puding. :(
So, aku cadangkan buat perisa yang berbeza dalam 2 3 layer. Contohnya layer 1: Jagung, layer 2 : tembikai susu, layer 3: jagung. Warna dia hampir sama. So jadi kurang menarik sikit. Boleh tukar dengan perisa lain pula. :)

Oh ya! oh ya! oh ya! Kalau macam nak buat puding jagung, korang boleh masukkan sekali sweet corn yang dalam tin tu untuk buat lagi sedap & lemak. Bagi perisa buah-buahan lain pula boleh guna Nata De' Coco.  

*Sekarang ni ramai orang jual satu bekas cawan kecik tu dengan harga RM1.20++. Agak takberpatutan la. sebab benda ni simple ja nak buat. Bahan-bahan pun murah. Kalau jual RM1.00/cawan pun boleh untung dalam RM9 untuk sebungkus serbuk. Kan?

Apaapapun, selamat mencuba!

My puding team. Bakal mewarisi bakat membuat puding kakak dorang yang takseberapa ni.  Haha


6 comments:

  1. serbuk puding tu , dia contain flavour ke apa?
    example , macam 1 serbuk puding (chocolate) , satu pek kecik choc kat dalam ke? ke guanner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx singgah sini. Hihi
      Okay mcmni, serbuk puding seperti yg tersebut di atas, cewah, dia mcm siap2 campur dah. Maksudnya x asing2 dlm paket la. Kalau rasa strawberi dia akan letak dlm tu serbuk strawberi kaler pink + serbuk gula dlm paket kecik je. Sama juga kalau rasa coklat, 1 paket besar serbuk puding coklat + 1 paket kecil gula buah2an. Packaging yg sangat simple & sedap. :)

      Delete
  2. Suzieanna. Dlm gambar yg last sekali tu kan. Ada gambar mangkuk plastik puding. Saiz tu ke yg sis ckp saiz sederhana? Saya ingat yg bekas yg org buat dadih tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Lynn. Thanks sudi singgah. Baru terbaca komen. Saiz sederhana maksud saya macam dlm gambar first, betul la tu bekas yg buat dadih. Kalau dlm gmbr last tu saiz paling kecil, 1 paket serbuk puding boleh dpt dalam 20 bekas kecil. Harap membantu. TQ

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...