Kurang ajar tak title ni? Tak kan~ Hoho. Aku sekadar nak kongsi pandangan.
Okay!
Sejak dua menjak jadi gadis 20-an ni aku makin hari makin ada daya keinginan dan kerajinan untuk tumpukan perhatian dan manjakan diri aku. Wah..panjang lebar.
Contohnya macam pengunaan pantiliner. (Betul ke aku eja?). Bagi adik-adik yang baru nak belajar apa itu pad, apa itu pantiliner, meh akak nak cerita. Pad ni yang orang perempuan selalu guna masa datang bulan. Dia diciptakan dengan kapas yang tebal sebab nak fill in darah kotor. Pantiliner pula yang nipis. Ini untuk kegunaan harian je. Maximum boleh pakai 4jam. Tapi pad boleh pakai lama-lama. Bila agak-agak dah penuh then tukar la. Hukum fizik dia sama macam pakai pampers. Betul tidak gadis-gadis sekalian? :3. Takdak orang jawab. *uhuk *uhuk
Pantiliner yang aku cakap kat sini ni pantiliner yang biasa-biasa aja. Bukan yang jenis herba bagai. Yang tu banyakkk kegunaannya yang lain daripada pantiliner biasa yang aku maksudkan ni. :)
3 bulan yang lepas aku ada jumpa dengan doktor pasal masalah perempuan. Benda ni memang agak memudaratkan aku sebab "ianya" akan jadi banyak bila aku aktif. Aku pun taksuka la. Kadang-kadang gatal pulak tu. Mana selesa beb. LAgipun aku rasa "benda" ni satu penyakit. Dan boleh membahayakan pasangan hidup aku nanti. Bertambah-tambah pula bila aku banyak baca dalam buku Anatomy & Physiology (berguna juga buku tu setelah berhabuk 3 tahun), makin la aku fikir macam-macam pasal benda ni. Aku mula fikir yang aku berbeza dari gadis-gadis lain. Mungkin jugak aku takboleh mengandung. Atau mungkin jangka hayat aku singkat sesingkatnya kain Fasha Sendat~ Huhu. gadis-gadis faham tak aku tengah cakap pasal apa ni? o.O. Takdak jawapan jugak. *uhuk *uhuk. Okay sambung3. So aku ambil inesitif untuk pakai pantiliner. Tepat 4 jam aku mesti masuk tandas tukar, tunggu 4 jam lagi lepastu masuk tandas tukar. Tetapi, malangnya bila kawan-kawan aku dapat tahu yang aku jumpa doktor hanya disebabkan masalah ni dan diaorang gelakkan aku sepuas-puasnya.
Apa sebab diaorang gelak?
Sebab..apa yang jadi kat aku ni benda NORMAL. Hampir semua perempuan alami masalah yang sama macam aku. Benda ni mungkin disebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan ataupun persekitaran dan cara hidup kita. Mungkin sebab kurang bersenam. Ya, aku memang malas bersenam!. Mungkin juga disebabkan kurang minum air suling. Ya, tepat memang tepat, aku lagi suka minum air manismanis!. Dan mungkin juga dari segi pemakaian seluar dalam. Hey, aku basuh dengan Dettolll & Downy okay!
Anda bagaimana gadis?
Pernah juga aku terdengar ura-ura makcik-makcik sembang-sembang pasal pantiliner ni. Kelas betul makcik-makcik zaman sekarang! Dorang kata tak elok pakai pantiliner selalu. Sebabnya? Sebabnya aku kurang jelas. Tapi aku totally bantah fakta ni! Sebabnya? Sebab iyelah, lagi bersih apa pakai pantiliner selalu. Bagi mereka-mereka yang bekerja 10-12 jam sehari agak-agak ada masa ke nak balik rumah tukar spender tiap kali kau rasa tak selesa sebab "benda" tu?. Kalau pakai pantiliner kan senang. Boleh use and throw away~ Ke kau nak bawak spender banyak-banyak pegi kerja? :3
Apa-apapun GO KOTEX! Muahahahahaha!
(Rasa macam buat entry untuk GA pulak. Boleh menang ni! :D )
*Komen & pandangan anda amat dinanti :(
Woit mana aci pantiliner ni takjual kt Malaysia! |
Bye panti. eh goodbye bajau :')
ReplyDeleteHeader awak dah siap. Terjah dan ambil,
ReplyDeletehttp://nyteamlife.blogspot.com/2012/05/header-tajaan-nal-4.html