Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Tuesday, September 6, 2011

Ding Ampap (Ikan Ampap)

Kalau cakap pasal makan, mai la rumah aku. Mak aku pandai masak. Seriuslyy.

Satu masakan dia yang paling aku takpernah lupa..Ding Ampap. Ding tu kata lain bagi ikan dalam bahasa Bajau okayy.

Memang sedap. Betul taktipu. 

Tapi kalau cakap lebih saja tiada guna bah kan. Ce kamu try masak sendiri. Tapi resepi bawah ni aku ambil dari internet. Ntah manamanalah orang tu ambik resepi ni. Kalau ada silap dan salah nanti aku tanya dengan mak aku balik.

Yang penting kalu taksedap jangan salahkan aku.Dan juga, masak perlu dengan ikhlas. Kalau niat mau minta puji confirm taksedap. Sekian. Selamat mencoba!

Yang ni gambar aku ambil dari google. Ikan ampap makan dengan empuyat. Empuyat tu sejenis tepung sagu. Then kita masak supaya dia jadi macam melekatlekat. Lagi sedap bila makan dengan ikan masin.
Ni salah satu resepi lauk yang dimasak ampap. Hati ikan yu.


Yang ni satu makanan yang keluar bila aku taip ikan ampap di google image. Ntah siapa lah yang letak. Ini Bambangan la weih. Haha


Klik untuk menang RM1,000 Sumpah tak tipu!

Ok. Cukupcukup dengan gambar, sekarang kita godek resepinya pula.

  • Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
    • 1 kilo ikan tongkol/kayu/basung
    • Halia sebesar ibu jari 
    • Cili boh satu sudu besar 
    • Bawang Merah 4 ulas  
    • Bawang Putih 3 ulas Serai 2 batang 
    • Kunyit hidup sebesar ibu jari 
    • Garam 
    • Ajinomoto 
    • 3 keping asam
  • Cara-cara untuk masak pula :
    • Halia, kunyit, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat. 
    • Kemudian, campurkan cili boh, asam keping dan serai. 
    • Ikan yang telah dibersih, dicampur dengan bahan yang ditumbuk lumat. Terus diperap bersama garam dan sedikit ajinomoto sehingga meresap.
    • Masukkan ikan ke dalam periuk kemudian rebus sehingga hampir kering. 
    • Dan siap!!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...