Next morning, aku wechat Fatin. Fatin kata akan lansungkan majlis dia in shaa Allah bulan 9. Aku tumpang hepi dan harap-harap dapat pegi. Sebabnya masa dia tunang tahun lepas (30 Disember 2012), aku di Sabah, tengah prepare untuk Hari Keluarga Tahunan.
Apa-apapun, semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin hendaknya. Dan diberikan kekuatan sepanjang waktu pertunangan ini. ♥♥♥
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu."
(An-Nisa': 1)
Btw, bila search di google pasal mimpi kahwin, banyak tafsiran yang pelik & negatif. Susah mau percaya sebab tu semua takdir Allah, kun fayakun. Kita cuma kena berusaha untuk berhati-hati & bersedia dengan segala kemungkinan.
###
Bila bangun tidur aku cepat-cepat buka nset, dengar bacaan ayat Qursi ulang kali. Syaitan ni memang banyak jalan nak sesatkan manusia, sampai aku sendiri jadi tak konfiden dengan bacaan aku walaupun try dengar dan baca banyak kali.
Emm. Sebenarnya, aku paling suka sekali dengan ayat Qursi. Bacaanya tenangkan hati aku, sebelum ni bila hati tengah sakit tengah marah, tengah sedih, aku amalkan baca ayat Qursi ulang kali.
Lagipun, masa first time solat jemaah dengan orang yang aku pernah sayang tu dulu, ehem ehem, dia bacakan ayat Qursi dalam rakaat pertama selepas al-Fatihah. Bayangkan macamna tenang jiwa aku dengar orang yang disayang baca bait-bait ayat Quran yang sentiasa boleh ubat hati aku. Selama ni, bila solat jemaah, memang jarang aku dengar imam baca ayat Qursi dalam solat. Dan aku x boleh nafikan yang aku hilang khusyuk sikit masa tu sebab airmata nak jatuh, hati rasa terharu. Perasaan yang taching gila sama macam bila aku dengar laungan azan dari masjid kesayangan aku kat KK nun. Macamtu besar kuasa Allah ciptakan perasaan manusia. :')
(اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ)
[Surat Al-Baqara : 255]
· Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
· Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya
· Mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”Sabda baginda lagi;“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
· Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
· Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
· Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah..
· Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
· Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
· Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
· Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dan sekarang, aku kena rujuk semula bacaan ayat Kursi aku. Mimpi ini mungkin mainan syaitan semata, mungkin juga petunjuk supaya aku perbetulan kesilapan, saya budak baru belajar. ^__^
P/s : Sentiasa berdoa agar itu bukan solat jemaah kami yang pertama & terakhir. :)
No comments:
Post a Comment