Assalammualaikum, kum apa kum bet, bet apa betmen~
Berbalik kepada kenangan lama masa aku mula-mula masuk UniKL Royal College Of Medicine dulu (yang kini khabarnya akan ditukar nama ke Universiti Perubatan Di-raja Perak, kononnya la) . Selepas beberapa hari orentasi keseluruhan kos di Pulau Pangkor, diteruskan pula orentasi untuk kos Farmasi sahaja di Gua Tempurung. Best kan? Best kan? Best kannn? *sila angguk tanda best*
Berdiri dari kiri : Puteri Syameen, Aku, Addy, Ally, Siti Sarah Duduk dari kiri : Syamsiah, Fatihah, Aisyah |
Okay. Orentasi ni dihandle oleh senior dan super senior kami yang sporting gila gila gila. Eh, terlampau banyak gila pula. Hikhik. Yang paling aku ingat sekali, aktiviti ulat-ulat. Bukan aktiviti ulat tapi kumpulan kami dikehendaki berlakon menjadi ulat. "Buat bunyi ulat, buat bunyi ulat" kata seorang senior aku. Tapi yang bestnya, walaupun disuruh buat macam-macam, lansung tak rasa tekanan terbeban terbuli pun. Bila senior enjoy handle kami, kami pun enjoy follow any aktiviti.
Seperti biasa, majlis dimulakan dengan senam aerobik berjemaah. Ketua senaman ialah super senior Sabahan aku, Mark Tino. Dan dia gunakan perkataan seperti "siring", "miring", "limpas" yakni membuatkan kawan-kawan lain membuat muka blur. Kau juga la paling manang Mark! Hahaha!
Aimy Iryani , Si Bunga , Tuan Suriana. Belakang : Abang Bob Jeep |
Dan paling tak boleh lupa dan tak boleh blah bila time lunch break aku pegi bayar seringgit kat abang DJ untuk nyanyi duet atas pentas depan food court tu dengan sorang pacik dari mana ntah. Lagu Dua Insan. Kalau suara ala-ala Ziana Zain takpa jugak, ini? Kahkahkah. Niat saja untuk memeriahkan majlis, bukan tergedik-gedik. Maklumlah, mana-mana tempat aku pegi yang ada karaoke-karaoke ni mesti tekak aku gatal mau buat performance. Ceh, performance kau!
Yang belakang? errr. |
Aktiviti seterusnya ialah menerjah Gua Tempurung. Tiket masuk kurang pasti berapa wang sebab kolej sponsor. Kaya tak kolej Kak Ton? :3
Suasana gua agak gelap. Yalah, gelap, nama pun gua. Ada apa dalam gua tu pun aku sudah lupa. Cerita tahun 2009 okeh. Yang aku ingat ada satu seni terbentuk di dinding gua tu yang menyerupai seorang ibu mengandung. Kalau tak silap la.
Keyhalicious! |
Di celah-celah bawah dinding gua tu ada lubang yang keluarkan angin sejuk. Macam air-cond. Ohya, bila masuk gua ni ada 2 pakej sebenarnya, pakej first hanya jalan-jalan dalam gua ikut tangga yang disediakan then korang boleh jalan sepanjang jalan tu dan sedar-sedar lagi dah sampai Banjaran Titiwangsa. Pakej kedua pula terjah gua via jalan bawah, yakni boleh mandi manda dalam sungai kecil dalam gua tu. Mungkin kerana bajet tidak mencukupi, kami cuma dapat menghayati pemandangan omputeh-omputeh bersuka ria mandi dalam air sungai gua yang sejuk-sejuk tu. Huwaaa. Kempunan.
Yang belakang baju merah tu nama Hadi Bhai. |
Gua Tempurung ni dipercayai dapat menembusi gua-gua lain sehingga la ke gua di Pahang dan Kelantan. Gua apa ada di sana? Me sendiri tak ingat. (Sebenarnya memang tak tahu). Sobs.
Dan satu lagi kisah yang tak boleh lupa, sehari sebelum nak pegi orentasi ni, budak-budak batch aku kecoh sebabnya takut nak pegi Gua Tempurung ni. Kononnya ada kes kehilangan budak semasa orentasi di sekitar tempat ni. Kononnya la. Dan ramai yang buat-buat sakit bagai. Punya la tak mau pegi kan? Finally bila sampai tempat yang dituju, aku rasa orang yang paling rugi sekali waktu tu adalah mereka-mereka yang berkurung dalam bilik hostel tatkala orang lain tengah enjoyyy! Tapi, hak berkurung hak kome la kan.
Yaya Maria :3 |
Tahun-tahun seterusnya pula batch aku diberi kepercayaan penuh untuk handle orentasi junior-junior yang disayangi. Sayang la sangat!
Berdiri : Nurfatihah Mohd Zaini , Noraini Abdul Karim Duduk : Aimy Iryani , Tuan Suriana, Gothle Letswee, Bunga Kembang, Norsyamimi |
Apa-apapun, grup aku masa orentasi ni dapat pangkat Johan disebabkan kesportingan dan kerjasama grup kami yang terlampau dahsyat! Ambik kau. Kbaii.
No comments:
Post a Comment