Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Sunday, May 12, 2013

Cerita Sedap ~ The Happiness of Kati

Ehem ehem. Test mic.
Okay. Kalau sebelum ni aku suka mengarut pasal cerita-cerita komedi romentik. Harini pula aku teringin untuk introducekan cerita bergenre sedih dan menyayat hati, pendek kata genre balada. Eh?

Sebuah filem sedih dari seberang Siam sana yang memaparkan kehidupan seorang budak perempuan comel bernama Kati, 9 tahun. Sejak bayi lagi Kati tinggal bersama-sama dengan nenek & datuknya di kampung. Kati menjalani kehidupan seperti biasa disamping kawan-kawannya yang lain tanpa kehadiran ibu dan ayahnya sendiri.  *skema*

Jalan cerita agak slow sikit, sesuai ditonton oleh orang-orang yang mempunyai waktu free yang amat banyak. Sebabnya, cerita ni kena tengok dari awal tanpa kelip mata. Banyak flash back & setiap adegan ada makna. Maksudnya, setiap babak tu ada mesej yang mahu disampaikan & berkaitan dengan jalan cerita. Bukan macam sesetengah cerita, yang tayang babak ntah hape hape lepastu buat penonton berfikir, apa kena mengena yang dia buat dengan tu dengan cerita ni? Zero!. Sangat membazir masa okay.

Okay sambung.

Sampailah pada suatu hari Kati diberi peluang untuk berjumpa dengan ibunya di Bangkok. Masa tu ibu Kati hanya ada seminggu je lagi masa untuk hidup, dan segala persoalan terjawab, kenapa ibu Kati tinggalkan dia masa Kati umur 5 tahun.

Aku tak berapa ingat nama penyakit ibu Kati (sebut ibu Kati ni nampak macam mak Kati tu orang indon. Kahkahkah. Joke okay) , tapi yang pasti penyakit mak Kati boleh membawak kemudaratan kepada Kati sebabnya...sila tengok sendiri. Hihi

Bila dah sampai masa yang dijanjikan, mak Kati pun tinggalkan Kati buat selama-lamanya. Then Kati terima satu lagi peluang iaitu untuk berjumpa dengan ayahnya yang memang tak dikenali sejak lahir lagi. Mak Kati simpankan satu surat sebagai amanah supaya Kati boleh jumpa semula dengan ayahnya. Pos ja surat tu then ayah dia konfem datang. Tapii..adakah Kati tergerak hati untuk mengepos surat tersebut? Jeng jeng jeng. Endingnya terpaksa dirahsiakan di sini okay?


Emm. Pengenalan watak dalam cerita ni agak kabur bagi pandangan aku. Kerana watak-watak baru muncul tanpa identiti diri. Sama ada aku terlepas pandang ataupun memang tak diperkenalkan lansung. Dan lagi satu watak seorang budak lelaki sekampung dengan Kati, yang selamatkan dia waktu perahu Kati hampir-hampir dihanyutkan air sungai dek kerana kecuaian mak Kati. Watak ni seharusnya diberi penekanan lebih, sebab dia hero! Hero mana boleh jarang-jarang tunjuk muka! Ataupun filem ni ada sambungan?

Ohya. Filem ni juga banyak paparkan keindahan negara Thailand & budaya mereka di seberang sana. ♥

Dari 10 bintang, aku boleh bagi 8. Filem ini kurang sesuai untuk mereka-mereka yang kurang jiwa sastera dan tengah serabut kepala. Ahaks!

Kbaii~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...