♥ PENCARIAN SI BUAYA DARAT♥
♥ Jam 9.00 pagi aku bersiap mandi, bagi warning dengan adik-adik, semua kena siap sebelum jam 9.30. ♥ Jam 9.35 semua baru terhegeh-hegeh mandi. Grrr. Sabo je la~
♥ Tunggu Qaiyumu habis kelas tambahan jam 10.00. Waiting waiting waiting. Finally sumbat "si bibah janda gelap" dengan 6 badan ketul manusia. Off to Tuaran.
♥ Singgah makan Nasi Ayam Tuaran tepat pukul 12. Lebih kurang la. Selesai agenda makan, direct to Taman Buaya. Aumm~ Auum~
♥ Tiket masuk untuk dewasa Rm10.00, oleh kerana Qaiyumu belum cukup 12 tahun, so dia bayar Rm 5.00. Untunglaa~
(Rm10.00 x 5) + (Rm5.00 x 1) = kira sendiri.
♥ Apa yang best dalam Taman Buaya nii..emm. semua best. Ada buaya, ada buaya, ada buaya, ada buaya, emm, ada rumah panjang, ada taman bunga, ada ikan, ada sesi menangkap ikan kecik pakai penapis santan mama, dan ada haiwan-haiwan. Dan sekarang ni diaorang tengah buat renovation di certain-certain part dalam taman ni, sooo di masa akan datang harap lagi best la hendaknya yee.. mohon perbanyakkan aktiviti seperti main guli, gasing dan sebagainya, ada kedai yang jual cenderamata cenderahati cenderajantung buaya yang kiut piut & harga pun agak berpatutan.
♥ Juga ada kedai beg, handbeg & dompet kulit buaya. Besar tapak tangan ni ja harga sudah sampai k k k. Dahsyat. Design handbeg sama macam si datin ehem ehem pakai. Orang kaya kan, datin nama pun.
♥ Belakang rumah aku banyak biawak, kalau aku tangkap & buat handbag agak-agak boleh jual harga 30k dop?
♥ Sepatutnya ada persembahan buaya jam 3.00 petang, tapi so long time lagi mau tunggu, kami pun fed up and take off to 1Borneo Hypermall. Perjalanan lebih kurang 20 minit macamtu, dan sampai.
♥ First thing yang dicari bila sampai 1B ialah tempat karaoke.
Thanx Yumu, sebab belanja Rm15.00 untuk karaoke dalam medium room/hour. Lain kali belanja lagi key key key?
♥ Second place yang dicari is kedai keychain. Ini agenda Piqah, Lily, Along & Yuyui. Aku dan Yumu kurang berminat untuk terlibat dan menghabiskan duit kertas seringgit seringgit derma bagi kerusi urut Gintel. Pergh.
♥ oleh kerana sebelum ni aku ada pengalaman sekali makan kedai Sushi King, then tanpa segan silunya aku ajar adik-adik pula makan sana. Sangat-sangay jakun, sakai & awkward bila adik-adik try to tackle abang buat Sushi. Sebabnya abang chef nampak hensem walaupun pakai mask. Homayy. Baru tengok mata sudah buat konklusion. =_="
♥ Bila masuk toilet, ajar adik-adik gambar di cermin toilet sebab gambar mesti nampak cantik & mereka menerima ajaran aku dengan baik. Baik kan Cikgu Suzy ajar adik-adik menggedik? Bila keluar dari toilet tersebut, makcik cleaner kata kami bayar X cukup 5 sen. Homayy macik, why u like dis? Me kelam kabut bah masa bayar sebelum masuk tadi. Anyway, nah, 20sen. Macik kiut harini.
♥ Dan aku still pening nda jumpa mana butik Aidijuma. Pernah masuk sekali haritu, tiba-tiba hilang! Magic kau!
♥ Pusing pusing dalam 1B sampai nda sedar sudah jam 6. Cepat-cepat berambus.
♥ Sampai di rumah around 8 o'clock sebab banyak habiskan masa decide mau beli kek apa untuk suprise besday pacik Joe. 6 otak yang berkumpul & berfikir, tapi 1 pun nda boleh pakai & buat keputusan. Lastly, beli kek strawberi RM48.00.
♥ Sebelum balik sempat singgah markas BN lagi. Hari terakhir untuk berkempen sebelum undi besok. Bapa cakap akan terus kempen sampai jam 3, tup tup sebelum jam 10 sudah ada di rumah. Kroohh kroohh krohh.
♥ Dan aku dikatakan Nurul Izzah Anwar yang salah datang markas. Aik aik aik. Why always me?
♥ Dan malam ni ada perbincangan besar dengan sepupu sepapat. Plan baik punya untuk bulan ni. Sebelum aku menerbangkan diri pergi x kembali. Hewhewhew
♥ Thanx adik-adik, kakak sangat enjoy with you all. This is how we hargai orang yang kita sayang selagi mereka masih ada :)
♥ There will be always a day, that we can walk and step full with love and laugh. So find it! ♥♥♥♥♥♥♥
♥ Letih kaki. Tidur. Sila skrol bawah untuk gambar terlampau. Kbaii~
No comments:
Post a Comment