Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Thursday, May 2, 2013

Cerita Sedap ~ My Kontrabida Girl

Pernah rasa kecewa yang teramat dahsyat sehingga menimbulkan rasa benci terhadap orang lain? Saya mungkin pernah, anda bagaimana?

Okay. Cerita kali ni saya bagi 8 bintang dari 10 bintang. 2 bintang lagi hilang sebab masa tengok movie ni fokus saya terganggu dek kerana baby-baby yang saya babysit-kan. Kalau sebelum ni saya asyik cerita pasal movie dari seberang Thai, tapi kali ni saya rajinkan diri tengok movie Tagalog pula.

Okay watak utama cerita ni Isabel Reyes merupakan seorang pelakon yang seringkali memegang watak antagonis sehinggakan para penonton pun terbawak-bawak gambaran karakter Isabel ke dunia luar. Hebat bukan lakonan dia? Dia dihina, dibaling sampah bla bla bla hanya kerana rasa benci penonton terhadap watak dia dalam drama. Hal ni juga menyukarkan proses dia mencari cinta sejati sebab semua orang sangka dia betina jahat. Sobs sobs sobs.

Tapi sudut baik watak Isabel ni diserlahkan dengan hubungan baik dia dengan pembantunya & macamna respectnya dia dengan mak sendiri, dan kesanggupannya menyara hidup keluarga yang 100% bergantung dengan dia. Phew.

*kenapa aku cakap skema sungguh ni. Grrr.

Sehingga la terjadi satu insiden yang menyebabkan si Isabel ni hampir-hampir mati dilanggar kereta. Tapi nasib baik ada orang tolong selamatkan dan segala-galanya mengubah Isabel jadi orang yang baik. Perubahan tu pula memanipulasi karier dia sebab dia jadi hilang feel lakonkan watak jahat. Phew~

So, untuk menyelamatkan semula keadaan, Isabel terpaksa cari jalan lain untuk kembalikan semula semangat lakonannya. Maka Isabel bertekad untuk mencari seorang lelaki bernama Chris Bernal. Satu-satunya manusia yang menjadikan dia seorang yang berjaya dalam bidang lakonan dan terkenal dengan kejahatan. Hewhewhew.

Kenapa Isabel benci gila dengan Chris Bernal sehingga Isabel menjadi seorang yang kejam & kurang berperikemanusiaan terhadap orang lain?

Jawapannya sila tengok sendiri movie ini. Huahuahua.

Babak sweet-sweet terjadi bila Isabel sendiri datang mencari Chris Bernal dan berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan hidup keluarga Bernal. Segala strategi Isabel berakhir dengan keadaan yang sebaliknya yang dia harapkan.

Dan tanpa diduga, Isabel mula jatuh cinta dengan lelaki yang pernah patahkan hatinya satu ketika yang dulu.

Dapatkah cinta mereka bersatu? Dapatkan Chris menerima Isabel setelah Isabel menghancurkan hidupnya tanpa alasan yang pasti?

Astro Citra tengah tayang cerita ni, kalau tak dan tengok tu, paham-paham la kena download sendiri yee.. :P
Kbaiiii.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...