Kedutan Nuffnang

♥Si Awet Muda!♥

Monday, January 14, 2013

Aku sespek mata yang cool

Terus terang aku cakap dulu-dulu aku rasa pakai spek mata ni sangat cool. Sebabnya dia boleh tutup eyebag aku. Yes aku ada eyebag yang teruk. Yang buat mata aku jadi macam mata goldfish. O.O

Aku start pakai spek mata masa form 4. Masa tu aku pindah sesi pagi sekolah. Almaklum lah, duduk rumah macam-macam dugaan yang aku perlu lalui untuk tidur awal sebab besok mau sekolah. Hakikatnya iman aku lemah. Aku tertewas dengan godaan tengok Tv dan main mesej-mesej sampai lewat malam. Dulu-dulu mana ada pesbuk
lagi. Di hostel semua benda ni nda ada okayy. Then tidur pukul 2 3 pagi bangun sebelum pukul 6. Itu belum termasuk lagi side effect kepada mata bila tidur dalam kelas sebab cikgu malas mau mengajar. Manalah mata nda jadi macam panda?

Bila pegi check mata aku disyaki menghidapi rabun jauh dan silau kiri kanan mata. Aku bahagia. Pakai spek kan cool. Hoho.

6 bulan lepas duduk universiti aku mula tinggalkan spek aku. Sebab masa tu aku rasa pakai spek sangat childish. Hewhewhew. Aku buta dalam menilai kebendaan. Aku konfiden mata aku terang sebab aku minum Innershine tiap-tiap hari sepanjang 2 minggu.
Aku pakai spek pun bila duduk dalam hostel atau pegi makan. Tapi dalam masa yang sama aku tentang habis-habisan budaya pemakaian contact lens ni. (Sampai sekarang aku nda pernah sentuh benda tu. Huhu). Sebabnya aku rasa dari segi kebersihan dan cara pakai benda tu. Complicated. Lagi-lagi kalau aku nampak yang pakai konteklens kaler-kaler. Rasa macam Anaconda tengah tengok dan sedia mau makan aku. Sorry kawan-kawan. -.-"

Dan sekarang mata aku bergantung sepenuhnya pada spek bila aku mau study, mau drive, mau online waktu malam. Menyesal pula tinggalkan spek selama 2 tahun ni. Pengajaran ni pengajaran.
Aku sayang kau spek. Kau nda buruk, nda merajuk pun walau aku tinggal kau lama-lama dalam bekas biru tu.

I lebiu spek. Sebab lelaki impian cakap dia kenal dan bekenan dengan aku masa aku pakai spek. Mungkinkah Zizan Razak akan fikir benda yang sama juga?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...