Alkisahnya bermula apabila aku ditugaskan untuk mencari biodata dan sumbangan 2 orang tokoh Malaysia. Ini atas arahan adik aku okay. Cikgu ni pun satu, cuba minta biodata artis boleh? Mintalah biodata dan sumbangan artis Idola Kecil. Superstar mungkin?
Maka dengan itu aku pun duduk la depan komputer bersoal jawab dengan Encik Google. Bila taip tokoh-tokoh Malaysia, keluar segala ntah apa apa ntah. Sejak bila #AnuarHadi jadi tokoh ni?! Dan aku tertanya. Lalu menskipkan link itu begitu sahaja. Abaikan. Aku mengarut.
Dalam 30 minit jugaklah perah otak. Yang hanya dalam fikiran aku cuma Doktor SMS. Biodata berjela-jela. Sumbangan? Takkan mau tulis pasal anak dia yang comel dan diajar berenang seawal umur 8 bulan dan berjaya sama sekali menarik minat roomate aku #taehahzaini untuk ada anak macamtu tapi nda mau kawen.
Soo whateverrr~
BTW, Aku nda ingat pun aku pernah buat benda-benda macam ni masa sekolah dulu. Adakah kawan-kawan? Grrr. Nasib baik bapa ada duduk di tepi.
Aku : Lagi pap, siapa lagi tokoh mau cari?
Bapa : Emm..cari ja la siapa-siapa. 1 tokoh merdeka, 1 tokoh sukan.
Aku : Anu..cari pasal Ustaz tutt tutt la kali. (Sambil aku ketawa)
Bapa : Eih! Banga ustaz ni kuling! Nda bapa suka sama dia tu. Start dari bapa nampak dia nyanyi lagu C.I.N.T.A B.A.B.I tu terus bapa nda suka dia! (Kata bapa dengan penuh perasaan)
Aku : Aik. Betul ka dia yang nyanyi? Bukan laki wakada wakada ka tu?
Bapa : Bukann! Dia la tu!
Aku : Owh lain pula lagu yang satu orang lagi tu. (Kataku sambil terus menaip dan menaip)
Bapa : Memang dia la tu. Tekejut juga bapa. Ingatkan siapa ja nyanyi begitu. Orang kuat P** bah dia tu!
(Aku diam, menaip dan terus menaip)
Bapa : Adakah nyanyi begitu. Benci betul bapa sama dia start dari tu. Bla bla bla...
(Aku diam. Menaip lagi. Dan bila bapa berhenti cakap..
Aku : Bah nda pa lah bah. Jangan benci dia sebab politik. Belum cukup lagi umur aku untuk benci orang sebab tu ja. Best bah cara dia berdakwah dengan orang lain.
Bapa : :D
*nasib baik bapa ketawa juga? Kalau la ditakdirkan aku dapat bapa yang nda boleh menerima kehumoran aku tu macamana? Mataku merah ditumbuk bapa juga la efek dia! ♥
Berbezalah macamana pun skop politik aku dengan bapa tapi itu tidak menghalang aku untuk sayang bapa lebih. Eh, sayang bapa ka sayang duit belanja bulan-bulan? Konfius.
Sekian dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment